Jamu nak kurus; kurus tidak, buah pinggang yang rosak!
23 tahun, muda lagi
Berat 120kg
Tahun lepas mengandung, dah didapati ada masalah buah pinggang “bocor”.
Bila kami kata “bocor” maksudnya, ada protein keluar dari penapis buah pinggang. Biasanya bila periksa urin, protein tu negatif. Bila buat ujian selama 24 jam, protein patut kurang 0.3mg. Biasanya inilah ujian lanjut yang kami buat jika pemeriksaan urin yang biasa ada positif protein.
Tapi beliau punya > 3gm protein telus. Kami panggil “nephrotic range proteinuria”. Masa itu, bacaan creatinine masih normal, bawah 100 umol/L.
Kami sarankan kuruskan badan. Tapi bukan kuruskan badan dengan jamu! Kuruskan lah dengan gaya hidup sihat. Tapi ya lah, produk-produk juga dia ambil. Aduuuhai.
Macam biasa lah kan, hilang dari radar! Elok lah tu, datang balik dah sesak nafas, sedang bertarung nyawa sekarang. Bacaan creatinine sekarang > 2000 umol/L !!! Tengok berat serupa jugak- > 100kg.
Kami nak ingatkan disini:
1. Obesiti is NOT OKAY. Ianya berkait rapat dengan pelbagai risiko termasuk buah pinggang. Sebab itu Doktor suka membebel nak elakkan penyakit, praktik gaya hidup sihat dan yang sewaktu dengannya.
Sebab itu tema Hari buah pinggang sedunia tahun 2017 tempohari adalah Obesiti (lihat tema dibawah). Nampak tak disebut situ healthy lifestyle = gaya hidup sihat. Takde pun letak produk situ.
2. Jangan lah hilang dari radar. Tolong lah.
3. JANGAN sentuh apa-apa pun jika ada masalah buah pinggang kecuali rawatan dari Doktor yang merawat anda.
4. Nak kurus, jangan lah cari jalan mudah dan singkat. Bertahun makan macam-macam, mana boleh kurus dalam masa yang singkat? Kalau tanya saya ubat atau produk kurus punya cara iklan pun tak masuk akal!
Mohon lah fikir baik-baik sebelum mengambil produk mengarut seperti ini. Apa salahnya kawal makanan itu dan mula bersenam sikit? Beli produk pun bukan murah !!!
Kami kadang-kadang dah tak terkata apa-apa.
Baru 23 tahun, dah rosak buah pinggang!
Apa nak kata lagi ?
Dr Zaiha Harun & Rafidah Abdullah
Pakar-Pakar Perunding Nefrologi