TENTANG DETOX
Dulu, ada seorang hamba Allah pm saya dan memaki hamun bila saya up post berbunyi : Produk detox semua menipu & ianya tidak membantu.
Alkisahnya wanita tersebut menjual produk untuk detox.
Katanya air minuman detox yang dia jual boleh menyingkirkan segala mak nenek toksik, boleh menguruskan badan, boleh mengurangkan inci badan dan seperti biasa boleh menyembuhkan masalah kolesterol, jantung, kencing manis, stroke, kanser yada yada yada.
( biasanya penjual detox ni akan kata produk depa ada lemon sebab depa tak habis habis dok canang yang air lemon adalah air detox which is not true pun)
Ramai sungguh yang terpedaya dengan produk sebegini.
Why oh why?
Maybe sebab ada satu ketika dahulu, pernah tular tentang air lemon dan air nabes boleh menyahtoksinkan aka detox terbaik.
https://www.webmd.com/diet/detoxification-diets-and-procedures-directory
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3239317/
https://www.webmd.com/diet/a-z/detox-diets
https://www.organicnutrition.co.uk/articles/detoxing-and-cleansing.htm
Saya sertakan link yang boleh anda baca untuk tambahkan pengetahuan anda tentang detox. ( kena bagi link sebab nanti akan ada bani yang kata saya cuma sekadar gebang)
Proses detox adalah proses semulajadi badan.
Hati akan menyahtoksinkan segala toksin seperti kolesterol dan segala toksin dari makanan, ubatan, minuman serta darah dan hormon lain.
Usus badan akan memang mempunyai fungi detox tersendiri yang Allah kurniakan untuk menyahtoksin segala makanan dan minuman yang masuk ke dalamnya, malahan proses penceraian makanan berlaku di dalam perut dahulu sebelum sampai ke usus
Buah pinggang juga adalah organ detox penting dalam badan.
Adakah organ organ ini memerlukan supplemen atau air tertentu atau jus atau makjun atau jamu tertentu untuk menjalankan fungsi detox?
Sudah tentulah TIDAK.
Produk produk yang kata ada fungsi detox hanya membuatkan toksin semakin beraja di dalam organ organ. Lagi tambah kerja depa nak kena detox banyak benda dan sampai satu tahap organ organ ini akan menjadi lemah sehingga tidak mampu lagi menjalankan fungsi normalnya.
Lalu berlakukah masalah hati dan buah pinggang bocor.
Jika anda baca artikel dan jurnal yang saya sertakan di atas, untuk memastikan proses detox berjalan lancar setiap masa adalah dengan menjaga pemakanan yang sihat dan rajinkan diri bersenam.
Air lemon dan air nabes bukanlah air detox.
Ianya cuma air buah biasa sahaja.
Anda boleh sahaja minum air buah san sayur yang lain seperti orange, epal, kiwi, carrot, tomato. Sama sahaja cuma lemon mempunyai sifat antioksida yang sedikit tinggi berbanding buah buahan yang lain.
Selainnya anda cuma perlu memastikan anda minum air masak secukupnya (2-3 liter sehari untuk yang sihat) setiap hari. Ini adalah detox asli yang ramai kurang peka.
Makan makanan yang seimbang dan betul setiap hari.
Lebihkan serat ( buah & sayur), seimbangkan karbohidrat,protein dan lemak.
Karbohidrat dan protein perlu sama banyak ok.
Terlebih karbohidrat,akan meninggikan risiko mendapat kencing manis.
Terlebih protein, akan memberikan masalah kepada buah pinggang.
Terlebih serat ( tak ambil karbo dan protein) juga masalah kerana tidak cukup nutrisi.
Terlebih lemak, akan meninggikan risiko mendapat pelbagai penyakit.
Sebab tu, saya dah kata diet yang suruh makan protein sahaja atau lebihkan protein adalah TIDAK BETUL.
https://www.livestrong.com/article/287589-protein-only-diet-for-a-fast-weight-loss/
Adakah usus boleh tersumbat?
Boleh.
Tapi bukan dengan makanan dan bukan dengan sewenang wenangnya.
Masalah usus tersumbat biasanya adalah disebabkan oleh penyakit usus atau ada ketumbuhan di dalamnya.
Usus memang sudah berfungsi untuk menguraikan segala apa yang kita telan menjadi najis. Tidak ada istilah makanan tersumbat melainkan jika anda ada masalah usus. Jadi, bila ada produk kata ianya untuk mengelakkan usus tersumbat, produk itu cuma menipu semata mata.
Ok, boleh fahamkan setakat ini?
Minumlah air kosong secukupnya
Makan dengan lengkap nutrisinya
Bersenamlah untuk memecahkan lemak yang ada
Boleh lebihkan sayur atau buah dalam menu seharian
Bukan karbohidrat atau protein sahaja yang boleh buatkan anda kenyang, serat pun boleh buatkan perut anda rasa penuh.
Bila lapar tu, makan biskut 2-3 keping pun dah memadai, tak perlu heavy heavy je setiap masa.
Ingat, makan sikit sikit tapi kerap ok.
Insha Allah, jika kita pandai kawal apa yang masuk dalam badan kita, sihatlah kita.
Jangan semua benda nak mudah saja ok.
Dan tolong jangan membazir beli supplemen merapu.
Nota kaki : Detox terbaik adalah detox dosa iaitu dengan taubat nasuha😊
Dr. Erna Nadia
Salam jumaat penuh berkat,
banyakkan berzikir, taubat dan selawat✌️