Jumaat, 24 April 2020

Chlorox

Dah lama ia digunakan. Kalau zaman nenek saya dulu, memang ia digunakan untuk menyental kotoran degil pada baju sekolah atau lampin bayi (zaman dulu, tiada lampin pakai buang 😢)

Ia mampu memutihkan baju.
Baunya memang tersendiri, boleh kenal. Kalau orang dulu-dulu mereka cakap ini bau hospital. Sebab ia banyak digunakan sebagai cecair antiseptik untuk mencuci linen dan peralatan hospital.

Ia mengandungi Sodium Hypochlorite yang akan diuraikan kepada garam dan bahan biodegradable. Kemampuannya untuk denature dan memecahkan protein menyebabkan ia mampu bertindak sebagai baktericidal atau bahan membunuh bakteria.

Sebab itulah ia digunakan sebagai disinfektan untuk mencuci permukaan rumah/pejabat semasa wabak Covid-19.
Bagaimana nak bancuh?
Ambik satu cawan Chlorox ini, campurkan dengan 9 cawan air paip dan isikannya dalam bekas spray untuk memudahkan ia diguna. Dan ia boleh disembur pada permukaan meja, tombol pintu dan pintu. Begitu juga di pejabat, ia boleh digunakan untuk membersihkan butang lift ataupun pemegang pintu yang banyak dipegang.
Ingat, 1 bahagian Chlorox + 9 bahagian air.

Tapi sebagai peringatan, Chlorox mampu mengakis sekiranya ditelan. Jangan campurkan dengan bahan berasid seperti cuka kerana ia akan menghasilkan gas klorin yang berbahaya. Elakkan terkena mata atau mulut atau menghidu untuk masa yang lama. Jangan gunakannya ke atas fabrik atau barang kulit juga kerana ia akan melunturkan warna melainkan sesetengah jenis Chlorox yang memang khas digunakan untuk fabrik berwarna.

Ingat, apa yang membunuh bakteria ini boleh membunuh anda sebagai perumahnya kalau ditelan!
(Jangan dengar cadangan Donald Trump ya. Itu sangat bahaya!)

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...