Kawan-kawan, panggilan 999 dan ambulan adalah untuk kes kecemasan sahaja. Jadilah pengguna bertanggung jawab dan tidak menyalahgunakan perkhidmatan ini.
Tahukah anda, jika anda membuat panggilan ke MERS 999, ambulan akan digerakkan ke lokasi anda walaupun anda tidak benar-benar memerlukannya. Bayangkan jika pada masa yang sama, orang kesayangan anda kemalangan jalan raya dan cedera parah tetapi tiada ambulan untuk dihantar ke sana kerana anda telah menyalahguna perkhidmatan tersebut, lalu dia meninggal dunia.
Apa yang anda rasa?
Ada orang buat panggilan telefon kerana demam-demam sedangkan ada kereta mewah di rumah.
Ada yang telefon ambulan kerana hos kencing tercabut dan dia ada 5 anak yang semuabya berkereta.
Kesemua tindakan ini adalah tidak bertanggungjawab.
Jom sama-sama kita sebarkan kempen kesedaran ini. Jangan salahguna panggilan 999 dan ambulan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan