Isnin, 18 Mac 2019

Tindakan semasa jerebu

Situasi jerebu di melaka semakin teruk.

Pagi tadi bawa aisy jalan-jalan luar rumah sekejap. Masa keluar tu gelap lagi, jadi tak nampak sangat la asap putih ( jerebu ).

Beberapa hari ni saya pun jarang buat kerja di kawasan terbuka ( open area ), jadi kurang kesedaran pasal jerebu yang melanda ni.

Masa hirup udara di luar rumah tu dah rasa lain macam. Bau macam asap terbakar pun ada. Ayah mertua pun keluar cepat-cepat cakap "bawa aisy masuk, jerebu ni"

Oh, baru tahu bau yang di hirup tadi jerebu. Cepat-cepat bawa aisy masuk, cuci muka dia bagi bersih asap-asap yang dah melekat tadi.

Jerebu ni bahaya !

Terutama kepada budak kecil yang ada masalah pernafasan seperti asma, paru-paru dan seangkatan dengannya.

Ikut la saranan dari jabatan kementrian kesihatan malaysia ni. Tak lama, sehingga masalah jerebu ni selesai.

Kongsikan pada rakan-rakan lain juga hebahan ni ye sebagai peringatan bersama.

Mohd Fhais
Papa aisy

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...