Isnin, 27 Mei 2019

Resepi nasi Lemak sambal Bilis

Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis yang ramai tertunggu2.. sebenarnya resepi simple sahaja.. mgkn sama sahaja resepi sambal bilis yang biasa kita buat tp cara masak mgkn berbeza .... nak sambal bilis kita sedap dan terangkat mesti masak lebih dari 2 jam insyaallah sambal bilis tu nanti mmg sedap ..

Resepi Nasi Lemak Sambal Bilis

(untuk 8 orang )

5 cawan beras
santan sederhana pekat dari kelapa fresh
garam
gula
1 inci halia diketuk
3 helai daun pandan disimpul

Basuh bersih beras kemudian masukkan santan ikut beras yang anda guna.. masukkan garam, gula sikit, halia dan daun pandan biarkan dlm 15 minit sebelum di masak tujuan nya hasil nasi lembut

Sambal Bilis Sedap

3 biji bawang besar di mayang
4 biji bawang besar di kisar
1 labu bawang putih dikisar
1- 2 cekak lada rebus dan kisar ikut kepedasan
sedikit air asam jawa (saya guna pes asam jawa adabi)
garam
gula
bilis goreng 1 mangkuk kecil
1 cawan @ lebih sikit minyak masak
air bila perlu sahaja

caranya
1. Panaskan minyak masak..dan perlahankan api dapur tp jgn perlahan sangat kira tahap sederhana ... Masukkan bawang besar yang dimayang tadi sehingga layu sahaja kemudian masukkan bawang kisar ..sbb apa hanya layu sahaja nanti hasilnya bawang mayang tu dia akan hancur sendiri ..Tumis sehingga naik bau
2. Kemudian masukkan cili kisar tadi tumis lagi hat ni kena lama tumis tau tak perlu isi air lagi.. biar dia pecah minyak.. kalau tak pecah korang tambah minyak lagi..nampak ia agak kering tambah sikit air .. kacau nampak lagi kering tambah lagi sedikit air .. begitula sehingga 2 jam atau lebih..
3. Last skali baru masukkan gula dahulu kemudian air asam jawa, garam, bilis goreng dan nak masuk ajinomoto pun ikut suka korang...
4. Biasa sambal bilis ni sedikit manis baru ngam dengan nasi lemak.. dan kuah sambal ni jangan pekat sangat dan jgn cair sangat..

SUMBER: TAHRUNNISAH JALI

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...