BAHAYA PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN YG BANYAK GULA.
Kita bimbang tentang pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia, yg menjadi punca obesiti dan penyakit kronik.
Kita bukan hanya bimbang berapa peratus gula yg tinggal bila satu produk dicampurkan dgn air dalam satu cawan, tetapi berapa nilai GI produk itu. GI yg tinggi akan memberi kesan pada peningkatan gula dan insulin dalam darah.
Ini kerana produk dan minuman sebegini mempunyai gula ringkas dari sumber karbohidrat ringkas yg berproses. Ia bukan gula kompleks dari sumbet karbohidrat yg kompleks yg membetikan nilai GI yg sederhana.
Gula-gula ringkas ini memberikan nilai GI yg tinggi. Jika GI tinggi, ia pasti mencetuskan masalah kesihatan.
Bg mereka yg sihat GI yg tinggi akan menyebabkan obesiti. Bg mereka yg mempunyai masalah kesihatan, ia akan menyebabkan sukar mengawal penyakit.
Bagi mereka yg mengalami stroke atau serangan sakit jantung, ia boleh berulang. Yg ada masalah ginjal, ia menyebabkan kerosakan organ yg lain (multiorgan dysfunction).
Tidak ada pesakit yg dapat mengawal gula dgn baik apabila mengambil produk ini. Bgbpesakit diabetis walaupun masih mengambil ubat, satu sudu dibancuh dalam air segelas, minum dan bacaan gula akan mencanak.
Tiada mana2 nutritionist, dietician dan doktor yg terlatih bersetuju bahawa produk makanan atau minuman manis adalah produk yg sihat. Cuma mungkin mereka berlembut dalam hal ini dgn mengatakan agar mengambil dalam kadar yg sederhana. Pada kedimpulannya mereka bersetuju, produk makanan dan minuman yg mempunyai nilai GI yg tinggi, bukanlah makanan atau minuman yg sihat.
Betul, ia memberikan tenaga segera tetapi ia juga mempunyai kesan jangka panjang.
Rata2 pengguna tidak mengambil produk makanan dan minuman ini kerana ia mengandungi vitamin yg ditambah tetapi kerana ia sedap dan manis.
Itu baru satu produk minuman, belum lg makanan utk sarapan lain yg juga byk gula. Makan tengahari? Makan malam? Kudapan waktu petang?
Sebab itu saya mencadangkan menghentikan pengambilan makanan dan minuman manis kerana banyak gula yg tersembunyi dalam makanan yg kita sbg pengguna tidak sedar.
Hampir keseluruhan makanan yg kita makan mempunyai gula yg ducampurkan ketika dimasak dan dihidangkan. Malah sayur2an yg ditumis juga diletakkan satu atsu dua sudu gula! Apatah lagi dalam kek dan minuman kita.
Sedangkan Persatuan Jantung Amerika hanya membenarkan pengambilan 6-8 sudu kecil gula ringkas (bergantung pada umur).
Gula yg tersembunyi dalam makanan mungkin kita susah elakkan. Tapi gula yg ditambah pada makanan dan minuman, juga minuman dan makanan yg manis, itu boleh kita elakkan.
Memang betul, pilihan di tangan kita. Tapi kalau setiap hari kita minda kita dimainkan iklan TV produk2 manis ini sbg produk sihat, sudah tentu masyarakat keliru.
Semenjak lahir kita diberitahu ia makanan sihat. Jadi bila kita sudah ada cucu pun kita percaya ia makanan atau minuman sihat.
Cuba kita lihat di negara maju yg mula memberikan perhatian pada produk yg manis sebegini. Tiada iklan di tv, cukai yg tinggi dan ia sukar diperolehi.
Doktor, dietician, nutritionist dan seluruh penyedia kesihatan memberikan kesedaran pada bahaya makanan/minuman sebegini di sana.
Saya menyokong saranan PPIM yg mencadangkan agar istilah "makanan atau minuman sihat" ini harus diberikan oleh pihak agensi yg berautoriti. Perlu ada hujah, mengapa ia dikatakan makanan yg sihat.
Bukan sesuka hati mana2 pihak pengeluar produk boleh gunakan perkataan "makanan dan minuman sihat" pada produk mereka. Jika tidak, ia boleh mengelirukan masyarakat.
Semoga bermanfaat.
#HealthDrZubaidi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan