Khamis, 19 April 2018

stress dan cancer

WanitaπŸ’—

Ustazah zaimah Ibrahim

Berat hendak saya kongsikan hal ini. Namun demi semua wanita yang dikasihi, saya gagahkan mencatat. Ini adalah hal antara hidup dan mati.

Perhatikan angka-angka ini:
S - 33 tahun - kanser payudara
M - 32 tahun - kanser payudara
M - 35 tahun - kanser servik
E - 33 tahun - kanser kelenjar
Z - 44 tahun - kanser hati & servik
M - 40 tahun - kanser payudara & tulang

Catatan di atas adalah senarai rakan dan saudara yang dekat dalam hidup saya. Ditakdirkan mereka telah diduga serangan kanser. Mereka ini bekerjaya, mempunyai keluarga, ada suami dan anak-anak.

Satu hal penting perlu dicatat - mereka juga tidak culas membuat ujian kesihatan setiap enam bulan atau setahun sekali.

Daripada enam sahabat saya ini, dua orang sedang berjuang, mengharapkan sokongan untuk sembuh. Empat yang lain sudah pergi dulu daripada kita yang bakal menyusuli mereka.

Intipati tulisan ini sebenarnya hendak beritahu, semakin ramai wanita Malaysia mendapat kanser ketika usia muda. Mengapa?

Kata doktor, pemakanan dan corak pemakanan adalah antara punca kanser. Turut menyumbang ialah stres bekerja, kemurungan dan tidak ada masa merehatkan fikiran.

Kanser ini jahat, lagi kita murung lagi cepat selnya membiak.
Sepuluh peratus lagi punca kanser ialah kerana faktor keturunan.

Kerap membuat pemeriksaan ulangan setiap enam bulan atau setahun sekali, bukan boleh dipercayai seratus peratus.

Kanser boleh membiak dari Tahap 1 ke Tahap 3, hanya dalam tempoh seminggu. Menjelang hari ke lapan, kanser sudah terus ke Tahap 4!

Kawan, jika sayang sahabat wanita kita, jangan beratkan fikiran mereka. Mudahkan tugas mereka, tolong ringankan stres dia. Sumbangan itu walau nampak sikit namun besar impaknya. Tolonglah.

Nasihat kepada golongan suami, tolonglah ringankan stres isteri. 
Anak-anak pula, tolong jangan serabutkan fikiran mak.
Kawan-kawan perempuan, jangan pentingkan diri sendiri dan sesakkan fikiran kawan lain dengan hal remeh-temeh.

Stres adalah punca kemurungan. Apabila murung, sel kenser akan bangkit bermaharajalela!

Terima kasih Drzubaidi HjAhmad. Komen Dr menginspirasikan tulisan ini. Kita tidak mahu lebih ramai lagi wanita menderita kanser pada usia muda.

#PRIDE #LindaMohdNor
#cancerfighter

Sharekan dgn rakan2 wanita lain & suami agar mereka lebih alert dgn penyakit maut ni.

SHARE UTK ILMU DAN INGATAN BERSAMA

.
Iklan:
Berminat viralkan perniagaan anda? Pm admin utk dptkan t&c iklan. Tq

tips berpuasa dan menyusukan

BERPUASA DAN MENYUSUKAN.

Syukur Alhamdulillah. Tahun ke  9 berpuasa dan menyusukan. Syukur. Dipanjangkan usia kita untuk menikmati lagi bulan ramadhan kali ini. Ibu menyusu ada beberapa tips nak saya kongsikan. Tips yang dah banyak diketahui pun dan dah banyak kali sudah saya kongsikan sebelum ini.

Kita yang menyusukan ini, keletihan kelesuan ketika berpuasa bukanlah kerana kurang makan tapi kebanyakkan kerana kita kurang air dalam badan. Sememangnya kita yang menyusukan perlu minum air yang cukup.

1. Minum air di waktu malam, caranya letakkan air 1.5L di sebelah tempat tidur. Minumlah semasa susukan anak. Waktu sahur minumlah air yang cukup. Selepas berbuka sehingga hendak tidur, minumlah antara 1.5L hingga 2L.  Kurangkan air bergula, air kelapa bagus untuk badan kita. 

2. Lewatkan bersahur. Pilihlah makanan berkuah, yang kurang garam, yang kurang pedas. Makanan bergaram tinggI boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan.

3. Kurangkan caffeine. Elak lagi bagus. Sama saja macam garam. Boleh percepatkan proses kehilangan air dalam badan. Caffeine juga menganggu penyerapan khasiat ke dalam badan.

4. Ambillah kurma yang cukup. Kalau biasa 3 biji, puasa ni ambillah 7 biji. Saya memang ambil 15 biji buat jus minum semasa berbuka dan bersahur. Kita semua tahu, kurma banyak khasiatnya.

5. Elak berada diluar terlalu lama. Cuaca adakala hujan tapi bila panas akan percepatkan lagi badan kehilangan air.

6. Kekalkan jadual memerah bagi yang bekerja begitu juga bagi yang direct feeding, susukanlah anak seperti biasa. Jika ada tanda-tanda yang membolehkan memberi kesan kepada ibu atau bayi, terimalah hadiah dari Allah. Rukhsah.

7. Makanlah makanan yang sihat. Homemade food itu lebih baik. Makan bukan sekadar untuk mengenyangkan malah untuk up imun badan kita. Kurangkan pengambilan gula putih dan elaklah makanan yang diproses. Pengawet pewarna perasa  melemahkan imun badan.

Semoga dipermudahkan kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga amalan kita semua diterima olehNya. Semoga diampunkan segala dosa-dosa kita. Aamin...

#Ramadhan

Isnin, 16 April 2018

hamil setelah minum kopi

HAMIL SETELAH BERHENTI MINUM KOPI

Beberapa pesakit saya yang mengalami masalah sukar hamil, akhirnya hamil setelah mereka berhenti meminum kopi.

Sebelum ini mereka tidak sedar bahawa mereka telah mengambil kafein secara berlebihan.

Ini kerana kopi bukanlah satu-satunya sumber kepada kafein. Minuman lain seperti teh , soda, coklat, dan beberapa ubat yang boleh dibeli di farmasi bagi melegakan sakit kepala juga mungkin mengandungi kafein.

Jadi pengambilan campuran minuman, makanan dan minuman ubat2an sebegini menyebabkan pengambilan kafein yg berlebihan tanpa mereka sedari. 

Bagi sesetengah wanita kafein didapati mengganggu kehamilan. 

#dietdrzubaidi

Maha Suci ALLAH...

Sabtu, 14 April 2018

resepi puding karamel

RESEPI PUDING KARAMEL

Bahan bahannya:
● 6-8 biji telur
● 1 tin susu pekat manis - kurangkan jika tak suka manis
● 1 tin susu cair
● 1 tin air
● 8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
● Sedikit vanilla extract

Cara-caranya :
1. Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Apabila cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan.

2. Pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sebati. 

3. Sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk. 
Jika mahu tekstur yang cantik dan tak berlubang, jangan dikacau adunan hingga berbuih kemudian ditapis sebelum dituang dalam mangkuk dan dikukus.

4. Sedap dihidangkan sejuk sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk yg sama atau dituangkan ke dalam piring kecil. Jika suka, boleh dihidangkan dengan ditabur fruit coktail di atasnya.

Selamat mencuba
Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.

smart fon dan anak anak

Stress Mak Ayah bila anak tak BEHAVE

Ini semua salah smartphone ! Anak-anak jadi degil, tak dengar cakap.

Ewahh..Senang je nak tuding jari kat alat elektronik yang tak bernyawa.

Sebelum menuding jari cermin diri dulu. 

Anak-anak ni "mirror" mak ayah dan juga orang sekeliling mereka tapi anak-anak ni sangat unik sebab mereka adalah "fushion" campuran semua mirror ni.

Dua sahaja hasil "fushion" ni mereka akan jadi lebih baik atau lebih buruk.

Jadilah "Good Mirror" pada anak-anak supaya mereka pun jadi "Good"

1.Tunjuk teladan yang baik bila di depan kanak-kanak kerana ia akan jadi ikutan mereka baik atau buruk. Dalam fikiran mereka tak wujud istilah baik dan buruk yang ada hanya contoh untuk mereka tiru.

2.Mereka tidak boleh di ajar tapi mereka boleh belajar. Minda kanak-kanak tidak sama dengan minda kita jadi cara mereka fahami sesuatu berbeza dengan kita. Beri mereka pendedahan yang banyak kerana bagi mereka "More Play, More Learn"

3.Utamakan "basic skill" sebelum fokus pada yang lain. Sosial skill, learning skill, emotion skill dan motor skill perlu di didik sebab ni asas untuk mereka belajar skill yang lebih advance.

4.Penuhi permintaan mereka selagi mampu kerana jika tidak dipenuhi perasaan "nak" tu tak kan hilang sampai bila-bila. Perasaan tu boleh jadi teruk dan boleh memberontak. Tu yang jadi anak meraung-raung kat shopping mall.

5.Boleh beri mereka smartphone atau tablet asalkan kita pantau dengan cara bijak. Contoh guna apps YOUTUBE KIDS sebab app ni sekat semua video yang content tak sesuai untuk kanak-kanak. Tonton bersama mereka supaya kita "Aware" dengan apa yang mereka tonton itu bermanfaat atau tidak. (Banyak rancangan kanak-kanak yang bermanfaat)

6.Banyakkan anak-anak bermain dengan rakan sebaya supaya mereka boleh bina kemahiran sosial rakan sebaya dan bukan hanya kemahiran sosial dengan orang dewasa. Tanpa kemahiran sosial ni mereka boleh "culture shock" masa sekolah nanti.

Mak ayah tolong jangan ambik mudah soal membesarkan anak-anak kerana saya percaya semua mak ayah mesti nak masa depan yang terbaik untuk anak-anak.

Tolong ingatkan dan sampaikan pada pasangan anda mungkin tanpa sedar hobi, kerja atau rutin harian mereka ada beri IMPAK NEGATIF pada anak-anak. Kalau boleh buatlah sesuatu yang ada IMPAK POSITIF pada mereka. 

Anak-anak ni penyambung legasi kita. Tak rugi kalau beri perhatian lebih pada mereka.

P/s : Follow Mohd Fhais & Set See First sebab saya selalu share pengalaman sendiri tentang bisnes, rezeki dan kekeluargaan.

Isnin, 9 April 2018

melecur ? tabur tepung ?

MELECUR, TABUR TEPUNG?

Setiap kali ada petua yang entah apa-apa ditulis oleh 1 netizen, gerenti akan dapat beribu-ribu perkongsian. Tak terlintas ke nak tanya dulu pada yang ahli sebelum terus percaya bulat-bulat dan terus sebar di alam siber.

Saya pernah tulis pasal melecur ni. Ni saya ulang sekali lagi sebagai ilmu untuk netizen yang menjadi kawan FB saya. 

Pesanan saya, TOLONG SEMAK FAKTA SEBELUM PANTAS JARI TU KLIK 'KONGSI'.

Melecur merupakan salah satu kecederaan yang kerap terjadi di rumah kita. Melecur boleh disebabkan oleh terkena air, sup atau kuah, atau wap yang panas.

Melecur boleh menyebabkan kesakitan yang teramat sangat. Kulit yang terkena melecur akan kelihatan kemerah-merahan atau menggelupas, melepuh, atau bengkak. Di dalam keadaan yang lebih teruk, kulit akan kelihatan keputih-putihan.

Sekiranya berlaku melecur di rumah, ikuti langkah-langkah berikut:
1. Alihkan anak dari punca yang menyebabkan melecur itu.

2. Lalukan air mengalir (suam atau suhu biasa) ke atas kulit yang melecur itu paling kurang 20 minit, sehingga bahagian tu dah tak rasa sakit. Ni untuk mengelakkan kecederaan tisu ke lapisan lebih dalam. 
ELAKKAN menggunakan ais, air berais, atau sebarang krim termasuklah minyak gamat, mentega, ubat gigi dan kicap.
APATAH LAGI TEPUNG GANDUM! Ya Allah. Seksa dan naya anak kecil ni kalau kena bawa ke hospital. Macam mana nak bersihkan tepung penuh melekat satu badan untuk doktor nak buat dressing yang betul. 
Itu belum kira potensi jangkitan kuman yang mungkin berlaku. Kasihan anak kita. Kalau kuman merebak dalam darah dan melibatkan orang-organ penting, komplikasinya menakutkan. 

3. Buang apa juga pakaian atau barang persendirian seperti jam, gelang, rantai yang berdekatan dengan kulit yang melecur itu.
TETAPI, sekiranya ia melekat pada kulit yang melecur itu, biarkan.

4. Gunakan kain selimut yang bersesuaian untuk memastikan anak kita tidak kesejukan semasa kita di dalam perjalanan ke hospital atau klinik. 
Pastikan selimut itu tidak bergesel dengan kulit yang melecur.
Sekiranya bahagian seperti tangan atau kaki yang melecur, tutup bahagian itu dengan plastik pembalut makanan yang lembut ('cling film'). 

5. Sekiranya, kecederaan itu tidak teruk, rawatan ubat-ubatan seperti Paracetamol boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan. 

6. Sekiranya bahagian muka yang melecur, pastikan anak kita duduk dan bukannya terbaring semasa dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan bagi mengelakkan bengkak yang lebih teruk. 

BILA MESTI MENDAPATKAN RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL?
1. Bila kulit yang melecur itu saiznya lebih besar dari tapak tangan anak kita.
2. Kulit yang melecur kelihatan keputih-putihan.
3. Bahagian badan yang melecur melibatkan muka, tangan, kaki atau kemaluan yang telah melepuh.
4. Melecur kulit yang melibatkan kanak-kanak yang berusia kurang 5 tahun.  

PENTINGKAN KESELAMATAN DI RUMAH!!!
1. Jauhkan anak-anak kita sekurang-kurangnya 3 kaki dari peralatan seperti dapur masak, seterika dan cerek elektrik.
2. Elakkan anak-anak yang masih kecil daripada menyediakan sendiri minuman panas dan makanan seperti mee segera. 
3. Jangan memasak, atau membawa atau pun minum air panas semasa mendukung atau mengendong anak. 
4. Pastikan tidak ada alas meja yang berjurai di rumah kita, terutama di meja makan dan meja kopi. Anak kita boleh menarik alas meja tersebut dan air panas boleh tertumpah ke atasnya. 
5. Jauhkan makanan atau minuman panas dari tebing meja.  
6. Apabila memasak, pusingkan pemegang periuk ke bahagian dalam menghadap dinding, untuk mengelakkan anak-anak kita menariknya. 
7. Jangan sesekali meninggalkan masakan kita yang sedang di masak dapur tanpa pengawasan. 
8. Sentiasa memeriksa suhu makanan atau minuman sebelum dihidangkan kepada anak-anak.
9. Sekiranya berkemampuan, pasang alat pemanas air untuk kegunaan mandian bagi mengurangkan risiko sekiranya menggunakan air panas yang dijerang untuk campuran mandian anak-anak kita.

IKHTIAR ITU MESTI PADA LANDASAN ILMU YANG BENAR.

Dr. Rusyainie Ramli
Ya. Saya doktor perubatan bertauliah, beretika dan berlesen. Tidak ada agenda tersembunyi.

Ahad, 8 April 2018

kanser payudara dan deodarant

Kanser Payu Dara & Deodorant

Aluminium Chlorhydrate

Aluminium Chlorhydrate, untuk selanjutnya saya singkat menjadi AC. AC terdapat dalam Nivea Deodorant sensitive without alcohol dan juga dalam Dove Deodorant Silk Dry (tutup emas), tidak didalam Dove fresh touch, juga rexona men xtreme.

Baru2 ini saya menghadiri sebuah seminar tentang kancer payudara. Waktu soal jawab, saya mengajukan pertanyaan tentang, mengapa bahagian ketiak adalah tempat dimana paling sering perkembangan kancer payudara terjadi.

Waktu itu pertanyaan saya tidak dpt dijawab dan akan diberi jawapan kemudian hari. Selang beberapa waktu, saya menerima pos, dimana ada keterangan/jawaban atas pertanyaan saya. Keterangan atau jawaban itu ingin saya informasikan kepada anda semua.

Penyebab utama untuk kancer payudara adalah karana pemakaian produk2 ANTI-TRANSPIRANTEN (= anti peluh). Kebanyakan produk yang ada dipasaran merupakan kombinasi dari anti-peluh dan deodorant. Produk Deodorant sendiri tidak berbahaya.

Mohon periksa bahan2 apa saja yang tertera dikemasan produk2 deodorant anti-peluh anda dirumah! Jika mengandung AC, SEGERA BUANGLAH, seperti. Rexona dan Dove Deodorant. Cuba menggunakan lain yang tidak mengandung bahan AC ini.Biar mahal sedikit asal tidak mudarat kpd kesihatan kita.

Alasannya adalah sederhana: Hanya beberapa bahagian dari tubuh kita yang dapat mengeleminasi zat2 racun, iaitu bagi. belakang lutut, belakang kuping, diantara kaki dan
ketiak. Zat2 racun ini dikeluarkan dalam bentuk peluh.

Produk2 anti-peluh mencegah peluh keluar. Dengan menggunakan deodorant anti-peluh, zat2 racun tadi tidak boleh dikeluarkan dari dalam tubuh, melainkan tertumpu di kelenjar getah bening dibawah lengan. Asal kanser payudara kebanyakan ditemukan di area bagian atas payudara.

Laki2 tidak sepeka wanita terhadap type penyakit ini. Meskipun laki2 menggunakan produk2 anti-peluh, bahan2 produk ini biasanya tinggal melekat dipermukaan ketiak dan tidak langsung masuk kedalam kulit.

Kaum wanita yang setelah mencukur bulu ketiak dan terus menggunakan produk anti-peluh lebih banyak risikonya, karana lewat luka2 kecil yg mungkin terjadi akibat mencukur bulu ketiak. bahan2 kimia yang ada dalam produk anti-peluh bisa lebih cepat masuk kedalam tubuh.

Rupa-rupaanya setelah di periksa, saya pn memakai deodorant yg mempunyai AC. Saya terus buang dan akan berhati hati ketika memilih deodarant selepas ini.

Tolong sebarkan hal ini kepada semua laki2 dan perempuan yang anda kenal atau pun xkenal. Kanser payudara kian hari mencapai jumlah yang membimbangkan.

Sumber : http://b17nitrilosides.blogspot.my/2009/01/kanser-payu-dara-deodorant.html?m=1

sky deck melaka masuk percuma

salam semua warga melaka 
ni nak habaq mai 
sky deck melaka masuk percuma  

tapi untuk warga yg lahir melaka sahaja 
tarikh 15-16 april sahaja 

10 pagi -10 malam 











Jumaat, 6 April 2018

jalan jalan perak . tiket maps perak tengah murah

korang kalau nak bli teket serendah rm58 

wonderfly.asia tgh buat promosi harga tiket 

so kalau korang nak beli boleh tekan link ni tiket maps murah




dewasa dengan kad pengenalan rm68 
kanak2 umur 12 tahun ke bawah dan 90 cm rm58 

sah sehingga 10 jun 2018 

kornag boleh main satu hari 
yer bukak kui 10 pagi ag 

jalan jalan penang . jurrasic research centre



dah pergi ritu seronok zayyan pun seronok 
dalam dia ada dua side 
mula2 akan perkenalkan pasal dinasour
terletak kat top komtar penang 

parking senang 
masuk kat jurrasic research centre sahaja rm48 
kalau budak bawah 90 cm free 
best 
kami pi petang 
yg taman yg mcm cte jurrasic world tu sejuk jer berangin 
mungkin kami pi ptg 
dinasour kat sana semua ada suara dan bergerak 
tempat selesa 
klau dalam bangunan tu fully aircorn 
mcm2 aktiviti lagi boleh pi klau li top komtar 






korang boleh tgk video kat instagram den yer ❤️. sebab upload video bahagian dalam dan luar tempat tu . bestπŸ‘πŸ» anak2 suka 

resepi ayam kfc






Ni ayam goreng yg hakak goreng sendiri ye..
Bukan ayam dr K F C tu...
Rupa je mcm dia...πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Resepi n cara2 nya simple je..TANPA TELUR YE..😊😊
Bahan2 :
Tepung ayam jenama Bestari, tak kisah lah korang nk guna perasa apa pun..😊😊
Tepung gandum
Tepung beras
Ayam
Minyak tuk menggoreng

Cara2 :
Mula2 perap dulu ayam ngan tepung bestari..
Perapan tu tk boleh terlalu pekat atau terlalu cair..kena betul2 cantik bersalut kat ayam tu sekata..
Perap lah dlm 15-30 min..
Kemudian sediakan tepung untuk salutan kering
Tepung bestari + tepung gandum + tepung beras
Akk main tuang je agak2..tk pernah bersukat..kdg ini terlebih, kdg itu terkurang..lebih kurang halal je org kata..
Panaskan minyak..akk suka guna periok..isi minyak stgh periok tu..
Tunggu minyak betul2 panas, kemudian kecik kan api..
Celop ayan tu seketul2 dlm tepung kering yg dh bercampur tu..jgn masuk gaul byk2..
Kena sabar, gaul seketul2..cara gaul tu pun kena betul..baru nnti dia jd cantik bersalut berkerak..
Bukan main tonyoh2 je..kaut tepung tu salutkan ke ayam..rata2..
Masukka terus dlm minyak panas td..
Biar kan semua ayam tenggelam dlm minyak ye..
Jgn isi sampai tk de ruang pulak piok tu..
Ok, kat sini api kena jaga..bila ayam dh masuk semua, suhu minyak akan menurun kan..
Jd besarkan blk api..bila minyak dh mula panas, kecik kan blk api tu..ayam kena sentiasa balik balikkan baru masak cantik sekata warnanya..
Proses m3nggoreng dlm 20min..
Ikut size ayam korang lah..kalo kecik2 15 min cukup..
Ayam yg dh siap akan garing rangup di luar dn basah lembut di dlm..

Selamat mencuba..hakak halalkan dunia akhirat..
😊😊😊😊

#hakaksado
#hakaksambalhalia

Khamis, 5 April 2018

rancang kewangan di usia muda

Rancang Kewangan Di Usia Muda.
.
Mengikut kajian, ramai orang gagal menguruskan wang simpanan dengan baik, menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk sara hidup yang kian mencabar ini.
.
Bayangkan 5 tahun akan datang, duit RM1500 ni takkan cukup dengan nak beli barang untuk anak-anak, barang keperluan, nak bayar hutang PTPTN dan ini belum termasuk lagi nak bayar hutang personal loan.
.
Jadi, di sini Lia nak ajak kepada semua belia-belia muda untuk mula merancang kewangan seawal usia 20-an. Manakala yang berumur 30 tahun ke atas perlu pendekatan lebih kepada perancangan persaraan.  
.
.
Umur 20 hingga 29
.
+ Hidup gaya seorang student (suka berjimat)
+ Jadikan amalan suka dan cintakan menabung
+ Asingkan 30% duit untuk simpanan seperti simpan di ASB, Tabung Haji dan Koperasi
+ Bahagikan wang simpanan mengikut kategori seperti : tabung aset, tabung pendidikan, tabung anak dan tabung persaraan
+ Buat side income perniagaan, contoh jadi dropship Dexandra
+ Sentiasa follow-up mentor atau guru untuk bantu anda kembangkan perniagaan
+ Rajinkan diri untuk hadir ke seminar seperti Azizan Osman, IezaYusof dan CoachZie
+ Banyakkan membaca buku motivasi dan tips bisnes
+ Cari ILMU, ILMU dan ILMU di mana sahaja anda berada
.
.
Umur 30 hingga 39
.
+ Rancang beli rumah untuk dijadikan pasif income
+ Rancang duit persaraan dengan lebih baik dari sebelum ini
+ Asingkan 10% duit ke simpanan perlindungan iaitu Life Takaful dan Medical Card
+ Simpan 6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan
+ Labur 10% je daripada simpanan untuk risiko yang tinggi ni contoh main saham
+ Korbankan banyak masa untuk dapatkan simpanan yang maksimum 
.
.
Umur 40 hingga 49
.
+ Biasa waktu ini sudah berkeluarga
+ Pastikan hutang kredit dah di selesaikan
+ Fokuskan 100% kepada tabung persaraan
+ Fokuskan juga untuk simpanan pendidikan anak-anak
+ Teruskan menabung dan jangan pernah berhenti untuk menabung
+ Fokus untuk menyampai ilmu kepada generasi muda
.
.
Umur 50 dan ke atas
.
+ Teruskan membuat simpanan (jangan pernah rasa dah terlambat)
+ Bincang dengan pasangan tentang pembahagian harta
+ Jangan ambil pelaburan yang berisiko tinggi
+ Rajinkan diri untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
+ Banyakkan masa bermain dengan cucu-cicik di taman permainan 
+ Eratkan lagi hubungan kasih dan sayang bersama keluarga yang di cintai dengan pergi bercuti
.
Kalau anda boleh follow betul betul guideline yang Lia bagi di atas ini, InshaaAllah anda akan bebas hutang dan mempunyai simpanan yang sangat banyak. 
.
Malah, duit lebihan yang anda ada itu boleh la bersedekah lebih atau menginfak harta bagi mencari keredhaan Allah swt dan demi saham akhirat juga.
.
Pastikan setiap matlamat yang anda ingin capai, tulis dengan details berserta berapa jumlah yang anda inginkan. Kemudian tampal di ruang bilik tidur atau office anda 

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...