Stress Mak Ayah bila anak tak BEHAVE
Ini semua salah smartphone ! Anak-anak jadi degil, tak dengar cakap.
Ewahh..Senang je nak tuding jari kat alat elektronik yang tak bernyawa.
Sebelum menuding jari cermin diri dulu.
Anak-anak ni "mirror" mak ayah dan juga orang sekeliling mereka tapi anak-anak ni sangat unik sebab mereka adalah "fushion" campuran semua mirror ni.
Dua sahaja hasil "fushion" ni mereka akan jadi lebih baik atau lebih buruk.
Jadilah "Good Mirror" pada anak-anak supaya mereka pun jadi "Good"
1.Tunjuk teladan yang baik bila di depan kanak-kanak kerana ia akan jadi ikutan mereka baik atau buruk. Dalam fikiran mereka tak wujud istilah baik dan buruk yang ada hanya contoh untuk mereka tiru.
2.Mereka tidak boleh di ajar tapi mereka boleh belajar. Minda kanak-kanak tidak sama dengan minda kita jadi cara mereka fahami sesuatu berbeza dengan kita. Beri mereka pendedahan yang banyak kerana bagi mereka "More Play, More Learn"
3.Utamakan "basic skill" sebelum fokus pada yang lain. Sosial skill, learning skill, emotion skill dan motor skill perlu di didik sebab ni asas untuk mereka belajar skill yang lebih advance.
4.Penuhi permintaan mereka selagi mampu kerana jika tidak dipenuhi perasaan "nak" tu tak kan hilang sampai bila-bila. Perasaan tu boleh jadi teruk dan boleh memberontak. Tu yang jadi anak meraung-raung kat shopping mall.
5.Boleh beri mereka smartphone atau tablet asalkan kita pantau dengan cara bijak. Contoh guna apps YOUTUBE KIDS sebab app ni sekat semua video yang content tak sesuai untuk kanak-kanak. Tonton bersama mereka supaya kita "Aware" dengan apa yang mereka tonton itu bermanfaat atau tidak. (Banyak rancangan kanak-kanak yang bermanfaat)
6.Banyakkan anak-anak bermain dengan rakan sebaya supaya mereka boleh bina kemahiran sosial rakan sebaya dan bukan hanya kemahiran sosial dengan orang dewasa. Tanpa kemahiran sosial ni mereka boleh "culture shock" masa sekolah nanti.
Mak ayah tolong jangan ambik mudah soal membesarkan anak-anak kerana saya percaya semua mak ayah mesti nak masa depan yang terbaik untuk anak-anak.
Tolong ingatkan dan sampaikan pada pasangan anda mungkin tanpa sedar hobi, kerja atau rutin harian mereka ada beri IMPAK NEGATIF pada anak-anak. Kalau boleh buatlah sesuatu yang ada IMPAK POSITIF pada mereka.
Anak-anak ni penyambung legasi kita. Tak rugi kalau beri perhatian lebih pada mereka.
P/s : Follow Mohd Fhais & Set See First sebab saya selalu share pengalaman sendiri tentang bisnes, rezeki dan kekeluargaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan