Khamis, 5 April 2018

rancang kewangan di usia muda

Rancang Kewangan Di Usia Muda.
.
Mengikut kajian, ramai orang gagal menguruskan wang simpanan dengan baik, menyebabkan mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk sara hidup yang kian mencabar ini.
.
Bayangkan 5 tahun akan datang, duit RM1500 ni takkan cukup dengan nak beli barang untuk anak-anak, barang keperluan, nak bayar hutang PTPTN dan ini belum termasuk lagi nak bayar hutang personal loan.
.
Jadi, di sini Lia nak ajak kepada semua belia-belia muda untuk mula merancang kewangan seawal usia 20-an. Manakala yang berumur 30 tahun ke atas perlu pendekatan lebih kepada perancangan persaraan.  
.
.
Umur 20 hingga 29
.
+ Hidup gaya seorang student (suka berjimat)
+ Jadikan amalan suka dan cintakan menabung
+ Asingkan 30% duit untuk simpanan seperti simpan di ASB, Tabung Haji dan Koperasi
+ Bahagikan wang simpanan mengikut kategori seperti : tabung aset, tabung pendidikan, tabung anak dan tabung persaraan
+ Buat side income perniagaan, contoh jadi dropship Dexandra
+ Sentiasa follow-up mentor atau guru untuk bantu anda kembangkan perniagaan
+ Rajinkan diri untuk hadir ke seminar seperti Azizan Osman, IezaYusof dan CoachZie
+ Banyakkan membaca buku motivasi dan tips bisnes
+ Cari ILMU, ILMU dan ILMU di mana sahaja anda berada
.
.
Umur 30 hingga 39
.
+ Rancang beli rumah untuk dijadikan pasif income
+ Rancang duit persaraan dengan lebih baik dari sebelum ini
+ Asingkan 10% duit ke simpanan perlindungan iaitu Life Takaful dan Medical Card
+ Simpan 6 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan
+ Labur 10% je daripada simpanan untuk risiko yang tinggi ni contoh main saham
+ Korbankan banyak masa untuk dapatkan simpanan yang maksimum 
.
.
Umur 40 hingga 49
.
+ Biasa waktu ini sudah berkeluarga
+ Pastikan hutang kredit dah di selesaikan
+ Fokuskan 100% kepada tabung persaraan
+ Fokuskan juga untuk simpanan pendidikan anak-anak
+ Teruskan menabung dan jangan pernah berhenti untuk menabung
+ Fokus untuk menyampai ilmu kepada generasi muda
.
.
Umur 50 dan ke atas
.
+ Teruskan membuat simpanan (jangan pernah rasa dah terlambat)
+ Bincang dengan pasangan tentang pembahagian harta
+ Jangan ambil pelaburan yang berisiko tinggi
+ Rajinkan diri untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
+ Banyakkan masa bermain dengan cucu-cicik di taman permainan 
+ Eratkan lagi hubungan kasih dan sayang bersama keluarga yang di cintai dengan pergi bercuti
.
Kalau anda boleh follow betul betul guideline yang Lia bagi di atas ini, InshaaAllah anda akan bebas hutang dan mempunyai simpanan yang sangat banyak. 
.
Malah, duit lebihan yang anda ada itu boleh la bersedekah lebih atau menginfak harta bagi mencari keredhaan Allah swt dan demi saham akhirat juga.
.
Pastikan setiap matlamat yang anda ingin capai, tulis dengan details berserta berapa jumlah yang anda inginkan. Kemudian tampal di ruang bilik tidur atau office anda 

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...