Sabtu, 16 September 2017

3 punca utama wiring rumah murah TERbakar

Assalamualaikum 

Kes Isu kebakaran maahad tahfiz buat saya untuk tulis mengenai Isu ni









Punca Utama Wiring Rumah Mudah Terbakar !!

Owner rumah sila ambil perhatian dgn 3 punca utama di bawah 👇👇👇

1) OVER LOAD atau BEBAN LEBIH
Beban lebih ni berpunca dari kegunaan yg melebih-lebih. Contoh, dalam 1-1 masa, elakkan kegunaan "heater" pemanas air dan rice cooker dalam masa yg sama kt plug point atau litar yg sama. Ini akan menyebabkan over-heating akan berlaku pada kabel.

Boleh faham ke?

Kalau tak faham cuba korang angkat 3 tong gas yg korang buat masak kt dapur tu dalam masa yg sama, lepas tu berlari keliling rumah. Nt korang faham lah apa maknanya OVERLOAD.

Ni En. AHAS bg list antara peralatan elektrik yg menggunakan tenaga elektrik yg tinggi di rumah.

Elakkan penggunaan list di bawah ni pada litar yg sama dlm satu masa yg sama:

1) Peti Sejuk
2) Mesin Basuh
3) Aircond
4) Seterika
5) Water heater
6) Pembakar roti
7) Oven
8) Rice Cooker
9) Electric Jug kettle
10) Induction cooker

Macam mana nak tahu litar yg kita pakai tu litar apa? Nanti encik Ahas terangkan pada posting yg seterusnya ok..okay next.

2) SIZE KABEL TERLALU KECIL
Kabel terlalu kecil dari size standard yg dibenarkan. Kebiasaanya penggunaan bg litar yg menggunakan beban yg tinggi perlulah menggunakan size kabel yg sesuai dgn kegunaanya.

Kalau korang buat wiring atau beli plug extension dikedai, dapatkan khidmat nasihat dahulu atas penggunaan beban apa yg nak digunakan.

Jgn la nk jimat sgt sampai boleh dtgkan bahaya pd keluarga.

Faham ke faham?

3) KABEL BUKAN COPPER DAN MUDAH REPUT ATAU LEBIH SENANG FAHAM (KABEL MURAH)

Asal beli extension je mesti cari yg murah.. lps tu nak banyak point yg boleh cucukkan?

Hmm.. nasihat En. AHAS janganlah abaikan keselamatan semata-mata nak jimat duit beli barang murah. Bahaya tu dik oii.

Tak pasal2 rumah terbakar, kan lagi banyak nak tanggung kos kerugian? Fikir dulu sebelum buat, ye?

Ok, kat bawah ni ada contoh gambar yg korang JANGAN TIRU dan tengok sendiri akibat yg berlaku sekiranya masih buat.

Anda dapat sesuatu dari bacaan ini?

Klik LIKE & SHARE untuk mereka yang anda sayang.

Sumber : AHAS

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...