Selasa, 19 September 2017

Info kesihatan : kesan rokok kepada kesihatan

Pesakit pertama saya yang meninggal semasa saya mula mula jadi doktor adalah seorang perokok tegar dengan kanser paru paru tahap keempat. Saya pernah berkongsi kisahnya di post saya yang lepas.

Saya pernah bertugas di wad dada(respiratori) semasa mula mula jadi doktor pelatih dulu. 90% daripada pesakit kanser paru paru adalah perokok tegar.

Namun lebih ramai lagi isteri isteri dan anak anak kepada perokok tegar yang mempunyai masa asthma, copd, jantung dan lain lain lagi akibat kontak atau sentuhan atau pelukan atau ciuman hatta dari bau dan asap yang masih bersisa di dalam mulut, terlekat di badan dan pakaian perokok.

Ramai kanak kanak dan bayi yang datang ke klinik dengan masalah seakan asthma akibat daripada bapa yang merokok.

Dan banyaknya kes runtuhnya akhlak anak anak muda akibat daripada rokok. Dari rokok, mereka akan cuba benda lain pula. Kesian.

Yang membeli itu satu hal tapi yang menjual rokok atau ganja atau syabu atau arak atau apa sahaja benda yang merosakkan tu tak rasa berdosa atau bersalahkah?

Banggakah bila hembus asap rokok?
Terasa kacak atau bergayakah bila merokok?

Sungguh, perokok tidak nampak elok langsung.

Lagi lagi yang datang klinik kata demam dan batuk batuk, sakit tekak, pastu minta MC. Buka mulut saja bau asap rokok 'semerbak'. Ouh geramnnya rasa.

Mufti sudah kata rokok itu haram,maka ianya haram.
Al quran sudah kata benda yang memabukkan adalah haram, maka ianya haram.
Kau lebih hebat dari Allah ke untuk halalkan sesuatu yang Dia haramkan?

Tolong jangan cemari udara dunia ini dengan alat neraka kamu.

Tolong jangan rosakkan akidah dan moral budak budak muda.

Tolong jangan 'hitamkan' masa depan anak anak anda.

Tak boleh berhenti merokok?
Kenapa kalau berhenti akan mati kah?
Belum ada orang mati akibat berhenti merokok dan minum arak atau hisap dadah.

Saya sertakan link kenapa merokok itu merbahaya samada kepada perokok itu sendiri dan manusia sekelilingnya.




Apa? Tak faham bahasa omputih?
Kalau ada duit beli rokok sehari dua tiga kotak, mesti ada duit untuk hadiri kelas bahasa atau kelas ugama.

Dari bazir duit beli rokok, baik beli bahan bacaan yang elok untuk anak anak. Bukannya anak anak sahaja perlu belajar pandai pandai, mak ayah pun kena sama rajin tambah ilmu pengetahuan.

Kalau ada masa main fb atau game 3-4 jam sehari, takkan nak baca buku 1-2 jam sehari pun berbulu? 

Nota kaki : kenal agamamu insha Allah kau akan tahu apa impaknya✌️

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...