Assalamualaikum ❤️
Korang semua baru lepas habis raya haji kan.. sape sape yang Ada anak kecik pasti dah banyak duit raya terkumpul.. nak nak mak ayah yang bizi tak sempat ker bank tabung haji nak simpankan duit anak anak..
Kalau zayyan salah satu pelaburan yang kami sekeluarga buat adalah pelaburan ker Tabung haji.. ni salah satu pelaburan masa depan untuk zayyan selain daftarkan zayyan untuk haji juga..
Nnti kalau Ada masa saya cerita kan pelaburan pelaburan yang boleh dibuat buat anak anak yang baru lahir .
Hari ni saya ajarkan cara supaya Mudah untuk transfer duit Dari maybank ke tabung haji tabung haji ke maybank atau tabung haji kepada third party..
Biasa duit nafkah tiap bulan suami bagi pun aku transfer Kat sini jer senang .. kikikiki murah dan senang
Tak payah nak turun padang ke bank bagai.. kalau kami laki bini kerja shift mungkin Ada la banyak masa nak ker bank tapi ke banyakan orang banyak yang kerja waktu Pejabat dan tiada masa ke tabung haji
Mula muka yang wajib Ada Adalah Akaun Tabung haji dan buku tabung haji..
yang kedua kene Ada Akaun maybank 2u
Kalau korang dah Ada dua ni Korang boleh teruskan Membaca .. kikiki
Pastu Korang kene pi ATM maybank untuk melakukan proses ni.
Pastikan masa nak pi ATM bawak buku tabung haji kamu dan anak atau snap jer pic .. kan senang
Sampai ATM....😂
Masukkan kad dan masukkan no pin
Pastu pilih Akaun tabung haji tekan bahagian tu
Pastu pilih daftar Akaun tabung haji ker ATM kad
Biasa untuk Akaun sendiri kene masuk kan no akaun dan no siri.. so klau ingat no Akaun sahaja pun tak boleh .. kene ingat no Siri gak...
Yer Akan kuar macam ni.. lepas masukkan no tabung haji .. Akan Ada masuk kan no Siri...
Jadi selesailah akaun sendiri...
Kat bawah ni cara nak link tabung haji anak anak lak ker maybank2u ibu ayah
Berbeza bagi kanak kanak no Siri xda di muka depan kad bank
No Siri depe Ada dekat laman Akhir kad bank depe
Untuk kanak kanak juga proses yang sama masukkan kad dan masukkan no pin..
And pilih tabung haji
Lepas tu berbeza untuk Akaun sendiri lak berbeza dengan Akaun kanak kanak Korang kene tekan daftar akaun kanak kanak tabung haji ke ATM kad
Pastu mcm biasa masukkan no akaun
Lepas tu no siri
Pastu kene masukkan no ic anak Kamu
Lepas tu dia suh kita cek tiga tiga info yang kita masuk kan tu betul atau tak
Cek Elok elok yer
Pastu Korang Akan diberitahu sekiranya proses anda berjaya
Next blog saya Akan ajar cara buka di maybank 2 u dan lakukan transasi Dari maybank ke tabung haji.. tabung haji ker maybank.. Bahkan nak CEk balance dua dua Akaun pun boleh...
Nnti sy letak link di bawah yer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan