Isnin, 25 September 2017

Cara mengajar anak al Quran sejak bayi

Assalamualaikum 😍



MENGAJAR ANAK AL-QURAN SEJAK BAYI

Setelah beberapa tahun saya membaca, mengkaji dan berfikir kenapa ada ibu, 

Yang saya telah kongsikan cara mengajar anak Al-Quran sejak bayi dengan teknik mudah hanya 2 minit sahaja setiap hari & teknik ini sesuai untuk ibu bekerjaya.

Tapi, kenapa ada ibu yang tidak amalkan dan tidak buat? 

Sedikit sebanyak, saya ada terjumpa jawapannya.

CONTOH 1 :

A : “Aisyah, dah mula ajar Furqan dengan AlQuran? Ada tunjuk flashcard hijaiyah ke?”

Saya : Dah, haah tunjuk Flashcard baris atas dan cuma ulang apa step yang saya buat pada Nuha dahulu.

A : Ooh yeke, Furqan tengok tak kad tu (atau dengan kata lain, anak saya tengok dan beri perhatian tak ketika saya mengajar @ tunjukkan flashcard pada anak)

.....

Disini sudah nampak puncanya iaitu :

1) Ibu tidak faham cara belajar seorang bayi yang usia tak sampai setahun

2) Ibu mahu bayinya belajar mengikut cara dan gaya orang dewasa

Cara orang dewasa belajar : kena tunjuk slow dan satu-satu dan perlu bagi perhatian @ fokus.

Kerana orang dewasa dan remaja belajar menggunakan otak kiri.

Cara belajar bayi :

Perlul laju dan sepantas kilat pun okay. Bayi tak perlu fokus dan bagi perhatian.

Bayi hanya perlu makan, koyakkan dan pegang flashcard. Itu tanda bayi berminat pada apa yang ibu ajar.

Ini kerana bayi belajar dengan otak kanan. Di Jepun, ia dikenali sebagai teknik Shihida dan di Barat, fames dengan Glen Doman.

Bila Furqan tengok kad saya sepintas sesaat dan kemudian ambil, pegang kad dan mula nak makan. Ia petanda yang bagus.

Perbezaan kefahaman tentang beza gaya belajar bayi dan orang dewasa membuatkan ramai ibu mula rasa “putus asa” dan mudah give-up mengajar anak dengan flashcard AlQuran kerana berfikir bayi tak beri perhatian. 

Sedangkan ia tidak begitu. Sebab ini ramai yang tidak konsisten beramal.

CONTOH 2 :

Saya : Senang je cara ajar bayi, hanya 2 minit sehari tunjukkan flashcard hijaiyah berbaris atas dan selainnya pasang alunan juzuk Amma  sama ada di rumah atau kereta.

Ibu : Kenapa nak ajar hijaiyah baris atas? Kenapa tak ajar huruf hijaiyah tanpa baris dulu?

Kenapa perlu pasang Juzuk Amma sahaja dan kenapa tak pasang keseluruhan 30 Juzuk AlQuran?

Alhamdulillah memang saya menjawab persoalan ini.

Cuma, apabila telah diterangkan mengapa dan kenapa perlu buat ini. 

Dan bila ibu terlalu fokus kepada persoalan kenapa dan mengapa berbanding tindakan. 

Waktu itu, biasanya tiada tindakan diambil dan masa berlalu begitu saja

KENAPA HAL INI TERJADI

Bila saya kongsikan tindakan dan cara mengajar saya, ianya adalah logik pada otak kiri.

Sedangkan, dalam kehidupan kita. 80% tindakan kita adalah hasil daripada minda separa sedar.

Minda separa sedar akan memainkan keseluruhan peranan penting dalam kehidupan.

Contoh : Ibu sudah tahu cara nak ajar anak dengan AlQuran ialah hanya ajar 2 minit saja sehari dengan flashcard hijaiyah.

Akan tetapi, otaknya tidak boleh menerima logik tersebut dimana minda separa sedarnya akan berkata seperti,

“Tak logik la ajar anak 2 minit sehari nanti anak boleh kenal semua huruf. Sebab saya cikgu sekolah, ajar budak pun susah dapat inikan baby!”

“Tak logik la kenapa nak ajar anak baca baris atas dulu. Aku dulu pun belajar kenal huruf dulu.

Nanti kalau ajar baris atas dulu. Anak mesti lambat kenal huruf Quran dan lagi susah hidup aku nanti”

“Susah la ajar anak, lagipun aku memang dah decide subkan pada Ustaz@Ustazah untuk ajar anak aku. Kan ada sekolah”

“Macam pelik kenapa nak kena buka Juzuk Amma sahaja. Patutnya bukalah juga juzuk lain bagi anak dengar”

Pemikiran ini biasanya akan terus berlegar di kepala. 
Masa dan tahun berlalu dengan pantas.

Di saat anak saya Nuha sudah melalui proses membaca AlQuran dengan flashcard, baca baris bawah atas depan, hafal Quran, dan kemudian membaca terjemahan. 

Serta sudah proceed ke ilmu lain untuk aktifkan otak kanannya. 

Ada yang masih pening lalat lagi di bulatan yang sama tentang mengajar anak dan menganggap Nuha memang budak bijak atau dilahirkan pandai secara tiba-tiba.

Sedangkan Nuha hanyalah seorang budak biasa, yang otaknya dirangsang dengan betul sahaja.

PENYELESAIAN MASALAH INI

Masalah ini tidak akan selesai kalau saya hanya kongsikan teknik saya pun.

Tetapi masalah ini akan selesai bila ibu sendiri berusaha dapatkan ilmu yang betul untuk ubah mindsetnya atau programkan minda separa sedarnya.

Melalui : Seminar Islamic Parenting kerana sekarang ada banyak seminar parenting di KL.

Namun, minda separa sedar juga banyak menghalang para ibu untuk dapatkan ilmu extra ini seperti mindset.

“Duit tak cukup, nak guna duit simpanan sayang..harga seminar dan kos pergi balik mahal.

“Rugi wei..pergi seminar parenting bukan dapat naik pangkat or jadikan LDP pun. Buat penat je pergi”

Dan banyak lagi halangan.

——

Hidup kita adalah pilihan, setiap orang mempunyai pilihan sendiri dalam hidupnya.

Saya kata pada suami, 

“Tak kisahlah sebab orang mesti pelik kata

Apalah si Aisyah ni berabis duit pergi seminar parenting dan seminar menyusu kat KL.

Dah la tak dapat nak jadikan as kursus LDP pastu bukan boleh naik pangkat pun. Duit habis plak tu”.

Sebenarnya, setiap orang berbeza pandangan kerana programming minda separa sedar mereka.

Kita akan dapat apa yang kita fikir.

Saya dan suami memandang kursus @ seminar yang keluarkan duit sebagai satu tools dan ilmu yang perlu kami dapatkan kerana nilai ilmu itu sendiri bermanfaat.

Kerana itu yang kami fikir. Sudah pasti ia berbeza dengan orang lain.

Apa yang penting bukan orang lain, tapi apa yang kita mahu dalam hidup kita.

Walaupun seminar parenting tiada nilainya pada dunia iaitu harga, gaji, wang dan pangkat.

Namun, nilai ilmunya besar pada diri saya. Alhamdulillah terasa lancar dan mudah untuk saya dan suami mendidik anak-anak kami.

Juga, terasa terang pula matlamat dan jalan akhirat kami kerana bila 

1) Saya pergi ke seminar parenting

2) Menulis dan berkongsi ilmu di blog dan facebook

3) Mendidik anak dengan ilmu pada zamannya  iaitu ilmu dunia dan akhirat.

Ialah terasa tengah “bina jalan” untuk sediakan bekal di kubur iaitu

1) Ilmu yang bermanfaat

2) Doa anak yang soleh.

Untuk mendidik anak soleh dan solehah, jika kita baca kembali sirah ibu-ibu ilmuwan Islam, mereka banyak dan terlalu banyak berkorban dan bukan sahaja duduk berdoa.

Banyak perlu usaha, usaha, usaha dan disertai doa.

--------------------

2 ulasan:

Mohd Izwan berkata...

Beruntunglah mereka yang pelajari Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran akan menjadi syafaat dan teman mereka di akhirat nanti.

Nurul Zulaikha berkata...

👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...