TAHAP KANSER
Perkataan kanser sebenarnya diambil dari bahasa Latin ‘ crab’ atau creeping ulcer atau bahasa Greek ‘ karkinos’. Ini adalah kerana sel sel darah di sekitar sel kanser mempunyai bentuk menyerupai seperti ketam.
Sehingga ke abad ke 17, sebelum ini cancer disebut sebagai canker.
1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk seketul atau selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dengan berat 1gram.
Jadi, boleh bayangkan betapa gagahnya kanser jika sel tumor itu telah besar atau merebak ke organ badan lain.
Sebab itulah, kita perlu cakna dengan diri kita jika ada sesuatu yang pelik atau lain dari biasa.
Bagaimana nak tahu kanser tahap berapa?
Ada 2 cara yang biasa digunakan untuk diagnosis tahap kanser iaitu:
1. sistem TNM
2. sistem nombor
Sistem TNM ini menerangkan tentang saiz asal (initial) tumor itu sama ada merebak ke kelenjar limfa berdekatan atau samada telah merebak ke organ lain atau tidak.
T merujuk kepada saiz tumor dan sama ada ia telah merebak ke kawasan tisu berhampiran.
( 1,2,3,4 dengan 1 adalah yang paling kecil)
N merujuk kepada sama ada kanser itu telah merebak ke kelenjar/nodus limfa berhampiran atau tidak.
( 0,1,2,3 dengan kosong adalah tidak melibatkan kelenjar limfa)
M merujuk kepada metastasis. Metastasis bermaksud kanser sudah merebak ke organ atau bahagian badan lain.
(0,1 dengan 0 tiada metastasis, 1 ada metastasis)
Contoh :
Kanser bersaiz kecil telah merebak kepada kelenjar limfa berdekatan tapi tiada organ lain terlibat : T2,N1,M0
Atau kanser bersaiz besar telah merebak ke kelenjar berhampiran dan terdapat juga di organ badan yang lain : T4,N3,M1
Saiz dan tahap kanser adalah berbeza untuk setiap organ. Ada kanser seperti kanser paru paru dan payudara yang mempunyai pengkelasan lebih mendalam untuk setiap tahap. Contohnya : jenis 1a,b,c.
Sistem number pula adalah pembahagian sistem TNM kepada tahap iaitu tahap I,II,III,IV. Biasanya penulisannya berbentuk Roman.
Tahap I : kanser bersaiz kecil dan hanya berada di dalam organ tersebut sahaja.
Tahap II : Saiz kanser lebih besar dari tahap I dan mungkin atau tidak ada penglibatan dengan kelenjar limfa berdekatan.
Tahap III: Saiz kanser lebih besar dari tahap II dan ada penglibatan dengan kelenjar limfa yang dekat atau jauh sedikit.
Tahap IV : Kanser yang telah merebak ke organ badan yang lain.
Namun ada juga kes yang dinamakan carcinoma in situ.
Maksudnya ada pertumbuhan abnormal pada sel, namun ianya kecil dan tidak membentuk sel kanser lain. Sel ini mempunyai risiko untuk menjadi kanser. Ada sesetengah menggelarnya precancerous cell.
Bagaimana nak tahu sesuatu ketumbuhan abnormal itu adalah kanser?
Biasanya pemeriksaan darah/ air kencing/ cecair badan akan diuji. Prosedur seperti CT scan atau MRI akan dilakukan dan akhirnya biopsy perlu dilakukan untuk melihat tahap dan jenis kanser tersebut.
Tidak ada rawatan batin atau alternatif untuk kanser.
Tahap kanser tidak boleh bertukar dari tahap IV ke tahap I hanya dengan supplemen,jus jus, jamu jamu, makjun, vitamin, homeopati ,stokin,kad magik, panty liner, bengkung yada yada yada.
Jangan ganggu pesakit kanser dengan mempromosi benda merapu.
Nyawa dan kesihatan adalah amanah.
Berniaga memang sunnah tapi kalau salah cara,itu pemusnah namanya.
Jika ada yang tak kena pada badan dan kesihatan, dapatkan pemeriksaan & rawatan di klinik dan hospital berhampiran.
Jangan bertanya di whatsapp atau media sosial.
Get a proper treatment.
Nota kaki : Bahan makanan bukanlah ubat ubatan.
Dr. Erna Nadia
Menyampah tengok penjual yang gelaran pun beli sampai nyawa nyawa orang pun dibuat suka suki, bangga dengan harta yang banyak?
Dunia ini hanyalah sandiwara dan persinggahan sahaja✌️