Isnin, 13 November 2017

Makan durian ketika hamil

Maaf saya tak sempat reply komen komen sebelum ni.
Sibuk sungguh.

Harini isnin.
Klinik akan huru hara huhu haha macam isnin isnin yang biasa. Entah la kenapa tapi mesti akan terjonah setiap isnin😑

Harini ada dua pesakit warga emas kena stroke ( angin ahmar), bila ditanya kepada waris, kedua duanya ada makan durian sebelum kena.

Kedua pesakit tersebut mempunya penyakit darah tinggi, kencing manis, tinggi kolesterol dan gout.

Dan keduanya makan durian bukan 3-4 ulas tapi 5-6 biji zapp terus!
Alasan : sebab sedap sangat🤦‍♀️

Nasihat saya, berpada pada.

Durian tinggi potassium dan gula. 
Bila dah ada penyakit, makan ubat elok tapi kalau pemakanan tak dikawal rapi, boleh membinasakan.

Stroke boleh membawa maut.
Hati hati ok.
Nak nasihat lebih lebih, nanti jawapan cliche yang saya dapat dari pakcik makcik adalah : Eh saya makan garam lebih dari doktor😞

Ok, bukan cerita stroke dan durian sebenarnya yang saya nak tekankan hari ni. Itu baru mukadimah😉

Cerita saya adalah seorang pakcik 67 tahun yang datang temujanji kencing manis dan darah tinggi.

Terkejut saya tengok keputusan gula dia yang tiba tiba mencanak naik begitu. Sebelum ini elok, hensem sahaja.

Jadi, saya tanya pakcik ada rasa apa apa yang tak kena pada tubuh badan ke?

Ada katanya.
Sejak sebulan ini,dia kerap sakit kepala dan badan lenguh lenguh. Kadang tu rasa berpusing.

Bila diperiksa, tekanan darah sedikit tinggi (140/95), gula sangat tinggi dan yang lain termasuk ecg, air kencing semua adalah normal.

Dan seperti biasa saya akan tanya soalan cepumas:
Pakcik ada beli apa apa jus tambahan ke pil pil ke makjun ke tongkat ali ke?

Ada.

Boomm!
Saya dah agak dah.

Alaa doktor, jus ******h yang selalu keluar tv tu. Baru beli sebulan lebih, saja beli sebab dia kata boleh elokkan penyakit dia dan boleh hilangkan sakit sakit badan. Lagipun makanan sunnah kan.

Yakin dan betapa percayanya pakcik ini dengan auta iklan dan testimoni merapu.

Kesian kan?

Saya tak boleh marah.
Satu, sebab dia lebih tua dan saya perlu hormat
Kedua, sebab dia adalah pesakit 
Ketiga, sebab dia adalah orang awam yang tidak tahu asas perubatan atau perniagaan dan sudah tentulah dia akan terpedaya dengan ayat ayat pengiklanan.

Bayangkan dalam masa sekejap sahaja, tahap gulanya boleh mencanak naik.

Kalau pakcik ni stroke? kena serangan jantung? pengsan?
Siapa yang nak bertanggungjawab.

Dia tinggal dengan isteri sahaja di rumah.
Isteri juga warga emas, anak anak jauh dari kampung.

Tahap gula yang melambung naik boleh memudaratkan dan mengundang maut.

Tahap gula yang tidak terkawal akan merosakkan fungsi organ hati dan buah pinggang.

Buah pinggang yang rosak tidak boleh dikembalikan normal.

Kesihatan dan nyawa tiada galang gantinya.

Duit pun terbang hilang, kesihatan melayang.

Jika awak perasan, jus jus ini, botolnya lebih kurang sama, rasa manisnya sama, kilang sama, cuma label & harga berbeza.

Dan claim penjual penjual juga adalah sama.
Boleh sembuhkan berjuta penyakit, malah boleh diberikan kepada bayi dan budak budak konon untuk cerdik.

Pelik saya kenapa masyarakat mudah percaya.

Tak ada yang magik di dunia ini.

Kawal diri dan nafsu kita.
Sabarlah, di syurga nanti kita boleh request macam macam.
Di duniani, biarlah kita berpada.

Untuk anak anak, tolong jangan belikan jus merapu ini untuk mak ayah ataupun diri sendiri.

Negara kita adalah juara obesiti, maksudnya kita ni terlebih makan dan makanan. Jadi, tak perlu makanan tambahan dah.

Nak sihat,kena amalkan hidup sihat.

Kesian pesakit pesakit saya harini.
Ramai yang tinggi tahap gulanya.
Dan kebanyakkan adalah warga emas lingkungan umurnya.

Saya dapat rasa buah pinggang pakcik ini telah rosak juga kerana sudah tidak dapat kembalikan bacaan ke normal.

Tak perlu percaya pada testimoni.
Semua boleh direka.
Realiti, ramai yang menderita.

Cuba bayang kalau itu emak ayah kita?

What will you feel?

"Makan dan minumlah kamu dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan" 😊
( Surah al-A'raf:31)

Nota kaki :  "Perut itu adalah rumah penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit" ( Hadis riwayat muslim)

Bila kita gemuk dan sakit, jangan salahkan takdir dan makanan semata, cermin diri dengan cara hidup kita, adakah sunnah Rasulullah menyuruh kita makan macam esok dah tak ada?✌️

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...