Ahad, 5 November 2017

Cara galakkan anak tido awal

Parenting tips

Selalu kawan2 aku tanya, apa yg aku buat sampai anak2 aku Confirm akan tido setiap hari Jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun xtau tips ni.. masa adam kecik2 dlu, selalu sgt dia terjaga malam atau tido lambat.. Endingnya, pagi aku n laki aku jadi zombie.. dia sedap tido pagi.. ktorg? kna keje kan.. 

So aku bykla membaca tips2 dari parents lain kat fb ni.. and aku apply and alhamdulillah mmbuahkan hasil.. dah berbulan2 anak aku displin tido awal.. Ktorg laki bini pun dapat me-time lebey selalu ☺️

Okay caranya mcmni.. 

1) Korg balik keje pukul 5/6 petang tu memang kena spend masa betul2 dgn anak2. Tolak benda lain ketepi, ajak la dorg main kat playground ke, main basikal ke, menari ke, apa2 aktiviti yg memerlukan tenaga yg banyak. Ini utk anak yg dah pandai berjalan.

2) Untuk baby macam ayra (5mo), aku try cara ni dan sgt sgt la berkesan.. Sejam sebelum nak tidokan dia, mandikan dulu dengan air suam, jgn lupa sapu minyak telon. Kena jaga perut baby supaya tak kembong. Then,sila buat dia ketawa. Ketawa, guling, happy2 (bukan tinggalkan dia main sndri ye, kita kena layan dia) . Aktiviti ni heavy utk baby, bagi dia mcm ahhhh penatnya hari i banyak gelak.. haha so smpai masa dia akan tido lena.. 

3) Balik semula utk anak umur mcm adam (1y11m), bagi dia makan kenyang2 dalam pukul 7 tu.. Ada masa anak xnak makan kan? Benda ni akan effect masa tido dia, sama ada dia xboleh tido sbb perut lapar atau dia tido dlu then terbangun tengah malam. Ktorg selalu dah kena bnd ni, so kalau ttbe adam xnak makan malam, ktorg bagi dia pisang. Pisang boleh buat perut dia tahan smp esok (in between malam tu dia menyusu la)

4) Ibu dan ayah kena berkorban masa malam.. nak start benda ni bukan papp bolehh je displin.. Nak biasakan anak2 dgn 1 perkara ni makan masa, jadi kalau nak anak2 tido awal.. malam ibu ayah xpyh la keluar rumah.. jenis mcm ktorg kalau balik rumah parents, ada masa nak dinner luar ktorg pesan siap2 kena keluar betul2 lpas mghrib and balik awal sbb budak2 tido awal. Alhamdulillah mak ayah ktorg memang very understanding bab2 cucu ni.

5) Oh 1 lg, masa tido bukak surah ruqyah (set repeat smp esok pagi, korg bole beli mini radio yg ada surah byk2 tu) ni boleh lindungi anak2 korg dr gangguan tengah malam.. paham2 jela kan.. sbb aku pernah terbaca yg jika anak2 bangun tgh malam tu maksudnya ada “benda halus” kejutkan ajak main/ganggu. Wallahualam.

6) make sure lampu tutup ye. Selagi lampu bukak selagi tu dorg susah tido.. Untuk parents yg ada 2-3 anak, try tidokan yg kecik dlu.. macam aku tdokan ayra dlu, then baru adam. Masa aku tdokan ayra tu ayah sambung buat adam penat, bg dia lari2 satu rumah.. ketawa2 mcm happy bebenau 😁

Boleh cuba ye ibu ayah semua.. training displin ni sebulan je lepas tu korg merdeka la malam mmg korg yg punya. Dorg dah tido korg pegi la layan korea smbil lipat baju ke apa ke.. Anak2 ktorg mmg dah tune, pukul 8.30 da kesat2 mata tu kira paling lambat dah la unless dia balik rumah tok nenek dan jumpa sepupu2 tu aku mmg tak boleh halang. Sebulan sekali kan. 

Bila dah ada anak ni mmg boleh dikatakan hampir seluruh hidup kita tertumpu pada dia. Tu kalau anak sorg, kalau 2,3,4 org? Tapi, Pentingnya kita tahu bahawa utk suami isteri meluangkan masa bersama2 berdua tu boleh membahagiakan rumah tangga. Hari2 boleh dating depan tv kalau korg berjaya tips ni (acah2 tgk movie kat wayang) 😝

Ni tips ikhlas dari pengalaman kami sendri 👍🏻 Tips ni kena kerjasama suami isteri ye.. Anak pun anak korg sama2 kan.. 

Tapi aku pesan awal, spesis anak yg tido awal ni dorg akan bangun awal. Pukul 5-6 pagi mata dorg dah segar bugar 😂 Boleh cuba ! And share jika bermanfaat !

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...