Ahad, 5 November 2017

Isu sering bagi ibu susuan by fyn Jamal

agaknya sebab aku bercakap tentang susuan secara terbuka, tiba2 jadi perbincangan pula di media sosial.
.
maaf sebab tak berapa rajin nak reply DM dan respon kepada tag di fb, sebab isu2 khilaf begini memang aku angkat tangan; malas mau masuk campur.
.
apa yang aku boleh katakan;
bila datang isu2 khilaf (berbeza pendapat)— kita fahamkan yang tak ada yang salah, tak ada yang betul. asalkan berpegang pada hujah2 rujukan yang benar2 bersandar quran dan sunnah— proceed.
.
sedangkan angkat jari masa tahiyyat pun berbeza2; apa lagi perkara2 yang tak semua orang biasa.
.
antaranya:
.
1) anak susuan perempuan dengan bapa susuan (suami kepada ibu susuan)
2) berapa kali perlu disusukan
3) mengeluarkan susu dengan bantuan pil dan suntikan
.
wallahi i have no intention untuk berdebat / berdialog, tapi untuk yang mau membuat rujukan, aku sertakan link utk dibaca.
.
these three websites dah macam kitab aku dah. untuk pelbagai permasalahan, sebelum aku ajukan direct pada mana2 guru— inilah dia website kebiasaan aku.
.
malaysia:
www.muftiwp.gov.my
www.addeen.my
.
international:
www.islamqa.com
.
ketiganya akan meletakkan dalil dengan terang, menyenaraikan khilaf berkaitan kalau ada dan pendapat jumhur ulama’. senang kita nak faham.
.
so anyways,
secara ringkasnya:
bapa susuan dan anak perempuan susuan jadi mahram muabbad walau pun susu keluar dengan bantuan pil atau suntikan hormon.
.
links:
.
http://www.addeen.my/index.php/rohani/hukum/item/620-menjadikan-anak-angkat-sebagai-mahram
.
http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas/1242-bayan-linnas-siri-70-isu-berkenaan-ibu-susuan-pelbagai-hukum-kad-atau-sijil-susuan
.
kalau rajin utk mencari silap,
rajin2lah juga mencari kebenarannya.
.
apa pun jua, apa yang terbaik adalah saling menghormati. kita semua ada rujukan kita. kalau kita betul, alhamdulillah. kalau kita salah, minta bantuan pada الله. mudah. tak perlu marah2.
.
cuma satu je aku nak kata;
kebanyakan yg membikin ribut ni—
tak ada pun pengalaman dengan susuan ni. ambil anak angkat pun tidak. penah menyusu dan disusu ibu susuan pun tidak.
.
so..
kenapa serabut..?
.
benda senang je. kalau was2— tak usah.
orang yg faham— teruskan.
:)
.
wallahu a’lam.

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...