STEROIDS
Ini ejaan yang betul untuk steroids.
Bukan stroit, steroit, seteroid, skrot mahupun skrotum.
Pernah dengar kawan kawan kita kata:
' Weyh, kawan aku ada try ubat resdung ni. Memang bagus. Pakai sekali pun dah elok!'
' Eh polan, ko tau tak sakit kaki gout aku terus elok lepas aku telan ubat ni. Member aku la yang suggest.'
' Joyah, tengok kulit aku dah licin kan? Aku baru try krim ni. Tak sampai seminggu terus elok muka aku. Kau takmau try?'
' Mak, mak cubalah makan ni. Kawan adik cakap bagus untuk sakit sakit badan. Tak payah makan dah ubat kencing manis semua tu.'
' Lahab, cuba ni. Bagus untuk sakit belakang kau. Boleh kau buat kerja macam biasa nanti. Aku beli kat jemah petang tadi.'
Biasa dengar kan?
Boleh pulihkan resdung
Boleh kuatkan badan
Boleh berikan tenaga yang kuat
Boleh hilangkan parut/jeragat cepat
Boleh hilangkan sakit badan
Boleh sembuhkan sakit lutut dan tulang belakang
Boleh semuanya.
Kenapa?
Kerana di dalam 'ubat' yang dibeli di atas talian atau di toko merapu atau farmasi tak berdaftar atau entah dari siapa siapa itu ada mengandungi steroids.
Steroids ini adalah anti keradangan ( menyembuhkan jangkitan) dan analgesik ( tahan sakit).
Doktor hanya berikan steroids untuk pesakit pesakit tertentu sahaja. Diberi dalam kuantiti yang betul perlu oleh badan dan wajib ada pemantauan.
Tak boleh suka suka ambil.
Bahaya.
Ubat highway ( makan makan terus ok, sapu sapu terus ok, minum minum terus ok) ini memang mengandungi kandungan steroids yang tinggi.
Kandungan steroids yang tinggi akan membuatkan banyak masalah.
( saya senaraikan dalam gambar di bawah)
Dan yang paling takut ada kesan kegagalan buah pinggang dan hati.
Sebab tu sekarang ni dah ramai orang yang kena jalani hemodialysis ( cuci darah). Muda muda pun dah banyak ada masalah buah pinggang bocor dan usus rabak.
Berhati hatilah.
Jangan main beli sahaja entah dari siapa.
Duit melayang
Kesihatan melayang
Nyawa pun boleh terbang menghilang
Yang menjual?
Ke sana sini berjalan naik kapal terbang dan bersenang lenang.
Ingat ok, ada masalah kesihatan, berjumpalah doktor.
Buat pemeriksaan sebetulnya.
Janganlah takut, doktor makan nasi macam anda juga, bukan makan orang.
Cukup sedih dengan lambakan ubat merepek di pasaran gelap ni.
Paling kesian kat orang orang tua atau di kampung kampung lah sebab mudah sangat terpedaya dengan penjual tamak haloba ni.
Tak ada istilah highway dalam perubatan.
Yang ada hanyalah highway utara selatan.
Btw ubat kk/ pcm/ panadol/ paracetamol adalah benda yang sama dan tidak mengandungi steroids. Ianya bukan hanya untuk demam tapi juga sebagai penahan sakit. Jangan salah faham ya.
Nota kaki : semua nak cepat, mati tau pula nak lambat😑
Biar lambat asalkan selamat✌🏻
Tiada ulasan:
Catat Ulasan