Tahukah anda ada kajian baru mengatakan yang diet yang tidak mengandungi atau kurang karbohidrat adalah merbahaya?
Bahaya kepada jantung dan organ badan yang lain.
https://www.sciencedaily.com/releases/2018/08/180828085922.htm
https://www.escardio.org/The-ESC/Press-Office/Press-releases/Low-carbohydrate-diets-are-unsafe-and-should-be-avoided
Sebab itu, diet yang betul adalah diet yang sihat. Diet yang sihat adalah diet yang mengandungi kesemua jenis nutrisi iaitu makronutrisi dan mikronutrisi.
Makronutrisi adalah seperti karbohidrat,protein, lemak.
Mikronutrisi adalah seperti vitamin vitamin dan mineral yang lain.
Tidak perlu supplemen tambahan, cukup dengan pengambilan makanan yang betul.
Karbohidrat ini bukanlah hanya tertumpu kepada nasi sahaja. Ramai yang beranggapan karbo itu nasi.
Big NO.
Karbohidrat adalah makanan yang mempunyai unsur kanji di dalamnya seperti nasi, roti, pasta, makanan berasaskan tepung seperti cucur, mi, koayteow, bihun,megi, biskut, ramen, capati, roti canai, tosei, termasuklah buah buahan seperti ubi kentang, carrot, segala jenis ubi yada yada yada.
Setiap hidangan besar iaitu makan pagi,makan tengah hari, makan malam, perlu ada karbohidrat.
Sebab itulah wujudnya pinggan sihat - suku suku separuh.
Suku karbohidrat,suku protein dan separuh serat.
Protein itu sebaiknya adalah yang berdaging putih dan serat adalah daripada buah buahan dan sayur sayuran.
Jadi, diet Atkin, diet tanpa karbo, diet keto, diet paleo semua adalah tidak betul ye.
Ya, ramai mahu kurus dan mereka menyangka karbohidrat yang membuatkan mereka gemuk. Padahal protein yang berlebihan lebih membuatkan gemuk.
Ramai nak kurus tapi salah cara.
Ada yang sampai takut nak makan sebab risau gemuk.Ada yang tak ambil karbohidrat langsung sebab risau gemuk. Janganlah sampai tahap begitu.
Nak kurus mesti kena sihat juga.
Nak sihat perlu tahu cara yang betul.
Hiduplah dengan gembira. Kenapalah asyik menyusahkan diri atas perkara yang tak perlu?😊
Dan untuk pesakit kencing manis, silalah kawal dan pantau pengambilan karbohidrat ya. Ramai orang orang tua yang salah sangka, ingat kencing manis tu hanya disebabkan oleh gula putih sahaja, dan mulalah timbul persepsi merapu iaitu gula putih angkara yahudi. Adoi🤦🏻♀️
Gula putih ka gula perang ka gula tebu ka stevia ka pemanis ka semuanya adalah gula juga. Kurangkanh sahaja ya.
Dan karbohidrat juga mengandungi kandungan ‘gula’ juga. Jadi pesakit kencing manis perlu tahu tentang ini. Mereka tak makan gula tapi salah kawalan dalam pengambilan karbohidrat. Sebab tu kena ada pemantauan supaya kita boleh betulkan mana mana yang salah faham😊
Ok, boleh faham kan?
Insha Allah boleh kan😘
Jangan lupa elok minum air masak/air kosong/air mati yang cukup ya setiap hari. Sejuk atau panas tak kisah janji air kosong. Sejuk atau panas, kalorinya tetap kosong. Jangan takut dengan air ais tau, takutlah pada makanan berkalori tinggi dan yang manis manis.
Ouh ya, telur tidak membuatkan luka bernanah ya malahan ianya bagus untuk penyembuhan luka. Jika anda ada alah pada telur, jangan makan.
Makan buah semasa selepas bersalin tidak membuatkan apa apa kembang ya.
Basahkan rambut semasa haid dan dalam pantang juga tidak membuatkan apa apa kembang.
Yang membuatkan anda kembang adalah pengambilan diet yang tidak betul sepanjang hidup.
Cubalah ubah diet kita.
Dan ajarlah badan untuk biasa bersenam. Paling malas pun boleh cuba bersenam 10minit je sehari. Janganlah kata 10minit pun tak ada masa. Dapat lompat bintang 200 kali pun okay dah tu😊
Ingat ya, ramai yang gelar diri mereka coach pemakanan tapi nasihat yang diberi adalah salah. Bahaya bila beri nasihat yang salah,lagi lagi berkenaan kesihatan.
Untuk bertanya tentang diet, boleh ke page RuQayyah Muhd dan Mohd Khairul Azuan. Mereka dietitians.
Risau saya sebab banyak sangat informasi yang salah tentang pemakanan yang saya lihat.
Ouh ya, sebelum saya lupa lagi, jenis darah seseorang tidak mempengaruhi diet dan personaliti ya. Tak baik percaya pada benda benda macam ini. Allah jadikan kita semua sama sahaja, jenis darah berbeza adalah kerana genetik kita berbeza sahaja, bukan disebabkan oleh pemakanan atau perangai mak ayah.
Iman tak boleh diwarisi, begitu juga dengan kesihatan✌🏻
Ok, cepat makan malam, dah pukul 8.15 ni.
Nota kaki : Apa apa yang kita buat, harus berpada pada. Kita adalah apa yang kita makan😘
Dr. Erna Nadia
Hari ini dapat kayuh basikal 40min, 9km, lompat bintang 200 kali, squats 50 kali dan planks 50 kali. Haa siapa kata dalam rumah tak boleh bersenam 🌻