Selasa, 29 Januari 2019

Contoh menu sihat untuk orang yang Mahu kurus

















Ni sedikit menu sihat . Selamat mencuba πŸ₯°

Slimmertique sendayu tinggi

Elakkan badan boyak dengan Slimmertique!
.
Dengan ramuan herba seperti Caulis Litsae Sebifera, Cinnamaum India, Semen Vermonia dan pelbagai jenis herba lain, Slimmertique berfungsi  untuk :
• Menurunkan berat badan (ambil bersama Garlic Plus & Lucimax)
• Melawaskan pembuangan air besar & kecil
• Menguruskan badan tanpa menyebabkan cirit-birit
• Mengelakkan rasa lapar & penat
• Menegangkan kulit & mengelakkan kulit mengelambir setelah berat badan turun
• Mengekalkan kecergasan tubuh secara menyeluruh
.
Selamat diamalkan bagi mereka yang mengamalkan Dtox atau kapsul lain Sendayu Tinggi pada masa yang sama. Bagi wanita yang menyusu bayi, disarankan pengambilan selepas bayi berusia 4 bulan ke atas.
.
Slimmertique RM39.00 (ahli RM35.10)
.
Beli di www.sendayutinggi.com, di 30 Outlet seluruh Malaysia, atau dari dealer online berdaftar.
.
#sendayutinggi #slimmingcapsule #slimmertique

saya dealer berdaftar sendayu tinggi πŸ’―❗️✅
0187935660 🌹.
postage everyday❤️
postage seluruh malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
3 free gift πŸ”
sebahagian pembelian akan disedekahkan ❤️πŸ˜€#sendayutinggimurah #sendayutinggionline #sendayutinggimalaysia #dealersendayutinggi #sendayutinggiperak #sendayutinggimanjung #testimonisendayutinggi #testimonidetox #sendayutinggilumut #sendayutinggiipoh #sendayutinggimekap #sendayutinggi #makeup #dollfoundation #dtoxsendayutinggi #easyfull #pearlcreamsendayutinggi #agentmanjung #agentsendayutinggi #dealersendayutinggimanjung #dealermanjung #dealersitiawan #sendayutinggisitiawan

Cas cod untuk hantar barang kepada costomer

Salam 
Bagi aku ini isu hangat jugak la bagi penjual penjual online macam akh 
Hahahah
Tapi aku kisah apa 
Memang kita patut cas kot kalau pi cod barang kat costomer 
Kita bukan guna minyak 
Bahkan kita juga  guna tenaga dan masa 
Biasa aku cod aku punya barang waktu rehat 
So aku korbankan aku punya rehat semata2 untuk costomer 
So bagi aku patut la untuk costomer terima semua tu 
Aku biasa ikut jadual ni 
Korang boleh follow juga 

Cara mudah dapat laporan ccris dari rumah



-info ini di share oleh pemilik akaun nur aliah bt mohd nor - terima kasih 



Ni Cara Paling Mudah Dan Murah Untuk Dapatkan Laporan CCRIS Dari Rumah. Silakan #SHARE
.
Lia jadi gelisah sangat bila ramai orang nak beli rumah tapi loan sangkut sebab ada masalah CCRIS!
.
Laporan CCRIS ni menunjukkan rekod pembayaran hutang kita kepada institusi kewangan / perbankan. 
.
Daripada rekod ini, ia dapat menunjukkan samada kita ni pembayar hutang yang baik atau tidak.
.
Laporan CCRIS menunjukkan dengan jelas tahap kesihatan rekod kewangan kita. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0,0,0,0,0. 
.
Maksudnya, kita tak ada sebarang tunggakan dalam hal pembayaran balik hutang.
.
Rekod kewangan yang tak cantik pula, ada pelbagai nombor, contohnya 1,2,3,4 dan sebagainya.
.
Kalau ada nombor 1 dan 3 pada ruangan pembiayaan kereta, bermakna kita dah terlepas sebulan untuk bayaran ansuran kereta. 
.
Untuk cantikkan semula rekod kewangan kita tu, perlukan masa 12 bulan agar nombor 3 tadi tu hilang daripada laporan CCRIS tadi. 
.
Laporan CCRIS hanya akan menunjukkan rekod bayaran hutang bulanan untuk tempoh 12 bulan terkini. Jadi, jangan risau, masih ada peluang dan ruang untuk perbaiki masalah ini.
.
Biasanya nak dapatkan laporan CCRIS ni kena pergi ke Bank Negara. Jadi kena guna masa nak ke sana, bayar tol dan parking dan terpaksa meredah traffic jem semata-mata nak dapatkan laporan CCRIS ni. 
.
Lecehkan? Tapi tak apa.
.
Dengan kemudahan internet kita boleh dapatkan skor kredit (credit score) secara online je! Murah pula tu! 
.
Iaitu RAMCI Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk kita dapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan kita.
.
Laporan ini mengandungi maklumat seperti:
.
✔️ i-Score (skor kredit)
✔️ CCRIS
✔️ SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA)
✔️ PTPTN
✔️ Maklumat pinjaman dari syarikat bukan berkaitan perbankan
✔️ Kalau ada mana-mana bank atau company yang nak tahu mengenai anda, dia akan reflect dalam report itu
✔️ Dan banyak lagi, Lia akan letak di ruangan komen
.
Nak tahu cara daftar? Klik pada gambar di bawah ini ya. Lia ada tunjukkan step by step untuk dapatkan laporan CCRIS ini.
.
Nota murah : Hanya RM15.00 je tau untuk dapatkan laporan CCRIS secara on9.
.
Boleh dapatkan terus di bawah ini, klik je link ini sekarang juga 
.
πŸ‘‰πŸ» https://www.mycreditinfo.com.my/index.php/home/signup/aff_1042
.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk ilmu yang bermanfaat ini. 
.
Follow saya πŸ‘‰ Nur Aliah Mohd Nor
.
Lia suka berkongsi Ilmu mahal di Telegram Bisnes. Ada lebih 25,000 orang dalam tu. Jom klik sekarang 
πŸ‘‰πŸ» https://t.me/nuraliahmohdnor
.
#ChettakiOmey










7 cara nak halus kan hutang jahat

7 Usaha Untuk Menghapuskan Hutang Jahat
**********************************************

Untuk mencapai tahap kewangan yang baik dalam hidup memerlukan usaha dan juga pengorbanan.

Nak hapuskan hutang jahat ni kadang kala perlukan masa yang lama. Korang kena istiqamah dan usaha betul-betul supaya hutang jahat boleh dihapuskan lebih cepat. 

Kejayaan tidak datang bergolek ataupun turun daripada langit. Ia memerlukan keringat, usaha dan pengorbanan.

Antara usaha yang kau boleh buat untuk menghapuskan hutang jahat adalah dengan;

***

1. Tanamkan Niat

Percaya dan yakin pada diri sendiri yang kau boleh lakukan. Kalau bukan kau yang membaiki kewangan kau, siapa lagi? Takkan kau nak suruh jiran pulak tolong baiki kewangan kau. 
.

2. Tuliskan Matlamat & Pelan Tindakan

Tulis matlamat dengan jelas, pelan tindakan, game plan dan perancangan kau untuk mencapai matlamat tersebut. Dapat bantuan seseorang yang boleh guide kau. Contohnya;

i. Nak selesaikan hutang kereta RM17K dalam masa dua tahun. 
ii. Nak langsaikan PTPTN dalam masa enam tahun.
iii. Nak hapuskan hutang peribadi RM30K
v. Nak selesaikan hutang kad kredit RM20K.
.

3. Berusaha & Bertindak

Teruskan berusaha secara konsisten ke arah matlamat kau tu. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Dalam berusaha, mesti banyak yang kau perlu korbankan. Biarkan. Ia berbaloi jika dapat mengubah nasib masa depan kau. Ada idea tapi tak bertindak, taguna juga. Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama. Tak gitu?

4. Monitor Perkembangan 

Pantau perkembangan pelan tindakan kau. Contohnya matlamat kau nak ada hapuskan hutang peribadi dalam RM15K dalam tiga tahun, Tahun pertama kau sepatutnya selesaikan RM5K. Kalau belum ada, kena berusaha lagi tambah pendapatan.
.

5. Baiki Mana Yang Kurang

Nama lagi pelan tindakan dan perancangan. Mesti ada kekangan dan halangan semasa. Jadi, kau jangan jadi macam pembaris. Ubah sikit mengikut kesesuaian ekonomi semasa kau. Tapi jangan tersasar daripada matlamat asal.
.

6. Berdoa & Bersedekah 

Berdoa kepada Tuhan supaya dipermudahkan segala urusan. Selalu berdoa murah rezeki tapi asyik mengumpat, kedekut nak bersedekah pun tak molek juga. Tidak akan jatuh miskin orang yang rajin bersedekah. Seimbangkan dunia dan akhirat. Pasti hidup kau aman.
.

7. Cari & Tambah Ilmu

Ilmu tu penyuluh hidup. Biar pakai baju lama tapi beli buku baru setiap tahun. Dapat update ilmu. Kau tu orang bagi ilmu free pun malas nak baca. Apatah lagi nak melabur sedikit untuk beli buku ilmiah. Majalah artis menggelupur pulak kau nak beli.

***

Hiduplah di atas bumi yang nyata. Bangunlah daripada lena yang panjang. Dunia ini tidak kejam tapi kau lah kejam dengan dunia kau sendiri. 

Masa muda kau nak enjoy. Pergi travel sana sini, beli kereta import mewah mahal-mahal bagai ataupun buat hutang jahat je. Dah masuk umur 30 tahun barulah nak kenal erti penyesalan.

Lepas tu mula lah nak salahkan kerajaan inflasi tinggi la, mata wang Malaysia rendah lah, harga rumah mahal lah.

Jangan. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan orang lain takkan buat ekonomi kewangan keluarga kau kembali pulih. Berusahalah anak muda. Tangguhkan kehendak yang menggunung kau tu. Dan masa depan kau akan berterima kasih dengan pengorbanan kau sekarang ni. Kah!

[ASY]

Jambu batu sedap di manjung

Salam 
Nak promote ni 
Jambu batu sedap area manjung 
Tuan dio area ayer tawar manjung 
Sedap nak matik 
Rangup dan rempah dia pun layan jer makan 
Ni bukan berbayar 
Ni promote seikhlas hati 
Boleh tempah nge akak misi ni 
Jambu baru lohang

S


Sape tengok instastory aku boleh kecur air liur weh 
Sedap giler jambu dia 
Nyum2 ok da 

Isnin, 28 Januari 2019

Tips nak bagi budak jalan cepat

Salam 
Bagi aku ni simple tips jer 
Aku harap membantu 
Anak aku si zayyan dan si zara 
Si zayyan yer lambat boleh jalan masuk umur setahun malam tu terus boleh jalan 
Si zara dalam 9 bulan lebih dah start berdiri lepas tgn 
Tapi dia xberani nak belajar jalan 
Dia just mapah2 cam tu jer 
Hari tu sekali aku bawak anak aku si zayyan pergi pergi mana tah .. ada sorg mak cik tu dukung zayyan 
Dia pun terus cabut stokin zayyan 
Dia cakap xyah pakai stokin 
Masa tu 6 bulan 
Bagi Bebas jer kaki dia 
Biar dia pgg rumput jalan sana sini 
Rangsangan kat kaki 
Pastu si zara ni aku xpakai kan stokin lepas hbis pantang 
Kecuali malam klau tidur dalam aircorn 
Sarung tgn lagi la dari dalam pantang aku tak bagi pakai 
Lagipun ayah dia yg potong kuku dua anak 
Byk ayah dia yg urus 
So aku memang dalam pantang fully rilek jer 

Lagi satu jangan ajar Walker ker apa ker kat anak 
Bagi jer dia ekplore dunia 
Jangan bagi tablet 
Bagi mainan 
Bawak dia jalan jalan 
Tapi si zara ni dia banyak contohi abang dia 
Kekuatan dan keazaman Dia nak berjalan tu banyak dia tengok abang dia jalan 
Dia banyak ikut abang dia la 
Kalau sape follow dia kat instastory
Biasa aku banyak update kat instagram and instastory jer perkembangan depe 
Kat fb ni just pilih2 jer . Malas dekpon sebab tak tapis sangat friend kat fb ni 
Itu jer tips dari aku 


Ahad, 27 Januari 2019

Sakit bawah ari ari akhir kehamilan

Sakit di bahagian bawah abdomen semasa mengandung. Bila check semua normal. Tapi sakit tetap tak hilang.

Jumpa Dr ni kata kencing kotor, bg antibiotik still tak hilang sakit.

Sakit mencucuk-cucuk tu memang tak boleh nak tahan. Duduk tak kena, baring mengiring tak kena.

Jumpa Dr lagi satu, kata sakit urat je ni, bagi MC suruh rehat, tapi sakit still tak hilang.

Jumpa bidan, dia kata kepala baby menekan, dia urut perut, hilang sekejap. Lepas 2-3 hari sakit semula.

Apa masalah aku sebenarnya ni?

Bukan penyakit misteri, dan juga bukan penyakit buatan orang. Erm, ada lah part 'buatan orang' tu, suami sendiri la. Sampai pregnant ni.

Ok, ni masalah yang agak biasa berlaku. Cuma perlu sedikit masa untuk Doktor dengar cerita dan periksa betul2,

Ia mungkin Diastasis of Pubic Symphisis.

Apa benda pulak ni kan?

Sebenarnya ia adalah pengembangan tulang pelvic. 2 Tulang pelvic, kiri dan kanan bertemu di bahagian depan dan bawah abdomen. Dekat area ari2. Di situ kedua2 tulang pelvic ni disambungkan oleh rawan.

Sewaktu nak bersalin, satu hormon iaitu relaxin akan dikeluarkan untuk membantu melembutkan ligaments disekeliling pelvic bone, supaya kepala baby boleh turun dan keluar. Kadang2, hormon relaxin ini keluar terlalu awal, menyebabkan ligament menjadi lembut terlalu awal dan ini menyebabkan instability kepada tulang pelvic. Instability ini akan menyebabkan rawan di antara mengembang secara terpaksa untuk jangka masa yang lama. Ini menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

So apa nak buat?

Untuk tahan sakit, boleh ambil paracetamol.

Kegels exercise

Betulkan postur duduk, jangan angkat berat atau apa2 yang menambah tekanan pada perut.

Hot pack mungkin membantu diletakkan di tempat yang sakit.

Pelvic support belt adalah magic treatment untuk penyakit ini, good pelvic support belt akan memberi sokongan kepada pelvic bone, menggantikan ligament2 yang telah dilembutkan oleh hormon relaxin itu. So carilah good pelvic support belt. Kami tak jual, tapi kalau ada penjual, boleh la letak produk you all di bahagian komen nanti ya.

Atau any mommies yang tahu atau pernah guna good pelvic belt support, mungkin boleh share di bahagian komen.


Sabtu, 26 Januari 2019

Skim rumah pertamaku

Skim Rumah Pertamaku (100% Financing)

Bella dah pernah up status ni lebih 5x... dan pernah buat live sharing 2x.. and masih menerima soalan yang sama sepanjang 2 tahun 😊😊

Ok.. biar bella repeat again.. dan semoga ada lah yang sudi baca sehingga habis.. harap-harap membantu kalian semua..

Skim Rumah Pertamaku (SRP) ni adalah start di war-warkan dalam budget kerajaan 2011 dan kerjasama antara MOF (Ministry of Finance), BNM, Cagamas dan Bank-Bank terlibat..

So semua MOF (Margin of Finance) adalah 100%.. kalau korang apply rumah pertama tapi dapat loan 90% je means itu tak termasuk dalam Skim ni ok.. 

Siapa yang layak apply?
1. Semua kakitangan swasta dan badan berkanun yang tidak layak untuk apply “Government Loan”
2. Ini tak termasuk kakitangan kerajaan yang berstatus kontrak ya 😊😊
3. Juga tak termasuk yang bekerja sendiri..

Apa syarat-syarat?
1. Mestilah rumah pertama dan tujuan untuk “own stay” bukan untuk tujuan sewa/investment
2. Subsales/Undercon (Untuk lelong boleh tapi tetap wajib dahulukan 10%)
3. Umur tak boleh melebihi 40 tahun masa nak apply  SRP
4. Harga rumah dari minima 100k - 500k maksima
5. Income tidak melebihi RM5k atau pun kalau join loan tidak melebihi RM10k
6. DSR tidak melebihi 60% daripada gaji bersih
7. Maksima 35 tahun ataupun umur tidak melebihi 65 tahun
8. Warganegara Malaysia sahaja

Soalan lazim
1. Kalau suami dah ada rumah isteri belum ada, nak apply SRP join name sebab gaji tak cukup.. boleh tak?
~ Hanya isteri sahaja yang layak lagi, suami tak layak sebab dah ada rumah

2. Kalau rumah tu kita bagitau bank untuk duduk sendiri tapi kita sewakan boleh tak? Ada orang check ke??
~ ni soalan ni korang kena jawab sendiri.. it’s about integrity.. kalau korang rasa itu bukan satu penipuan then korang boleh lah teruskan ambil kesempatan yang ada tu.. for me is simple.. kalau korang rasa korang betul dengan ambil tindakan macam tu, ikutlah.. kalau korang rasa bersalah, mungkin kena fikir sebaiknya sebab sebenarnya skim tu bukan untuk korang.. benda ni semua berkait rapat dengan attitude.. pasal check atau tak tu bella tak pasti.. tapi pihak cagamas berhak untuk buat macam tu kalau dorang nak..

3. Orang cakap rate untuk 100% SRP ni tinggi kalau nak bandingkan dengan MOF 90%.. betul ke?
~ Bella tak pasti dari mana “orang” tu dengar.. mungkin dari pengalaman sendiri.. tapi most of the bank memang ada offer rate yang tinggi untuk SRP tetapi untuk financing amount di bawah 200k.. tapi for me, daripada dengar “cakap” orang tu better pergi walk in sendiri bertanya.. ada bank yang offer serendah 4.75% untuk amount 100k asalkan di bawah skim SRP nih.. tak rajin nak walk in?? Ok, pergi farmasi beli ubat “rajin” ya 😊😊
Kidding.. but pleaseeee.. boleh telefon bank untuk tanya kot kalau dah malas n takde masa nak walk in..

4. Bank mana yang terlibat?
~ most of the bank.. ada 14 bank kat mesia ni offer skim SRP ni ok.. boleh check kat πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
http://www.srp.com.my/bm/bank.html

5. Berapa interest rate?
~ untuk soalan ni, bella takde jawapan nya.. sebab setiap bank berbeza-beza.. pihak Cagamas takde meletakkan berapa rate yang patut bank tetapkan.. semuanya bergantung kepada bank yang terlibat..

6. Kalau saya kerja government boleh dapat tak 100% SRP nih?
~ TAK BOLEH.. sebab government staff layak untuk apply government loan 100% di bawah LPPSA

7. Suami kerja government, isteri kerja swasta, boleh apply SRP join name tak?
~ tak boleh.. hanya isteri sahaja yang layak

8. Belum berkahwin, masih bujang trang tang tang boleh apply SRP tak?
~ boleh.. berkahwin bukan syarat untuk apply SRP.. bujang ka, dara ka, janda ka, duda ka semua boleh 😊

9. Gaji RM4.5k tapi DSR tinggi, nak campur Div ASB so gaji jadi RM5.5k.. boleh tak apply?
~ tak boleh.. sebab income dah lebih dari 5k.. syarat mesti 5k maksima sahaja..

10. Gaji suami RM7k Isteri RM2.5k, boleh tak nak apply SRP ni kalau join loan?
~ boleh, asalkan income bersama (kombinasi/join) tak melebihi RM10k..

11. Kalau subsale wajib tak bayar 3.18% kepada agent dan selebihnya 6.82% kepada owner?
~ kalau subsale, 3.18% memang kena bayar pada Agent.. kamon, agent pun kerja cari makan nak sara keluarga juga ok! Be fair to them ya 😊😊
Untuk bayar owner, in atas budi bicara.. kalau owner takde masalah nak tunggu then shud be ok.. kalau owner minta juga deposit, korang tetap kena standby.. nanti bila loan released, baru lah korang akan dapat balik duit tu.. 

12. Untuk SRP ni Legal Fee (LF) dan Valuation Fee (VF) boleh masuk (capitalised) dalam financing tak?
~ Untuk SRP bank akan provide 100% + 5% dan portion 5% tadi hanya untuk MRTA/T sahaja.. which means tak boleh nak capitalised untuk LF dan VF..

13. MRTA/T wajib atau tidak?
~ ini tertakluk kepada bank yang meluluskan financing tersebut.. Cagamas hanya mewajibkan untuk ambil Fire Insurance/Takaful sahaja

14. Islamik atau Konvensional?
~ keduanya boleh.. takde masalah.. tetapi bella sarankan untuk Muslim, pls pilih Islamik.. tidak boleh TIDAK ok.. kalau ada bank yang offer konvensional sahaja, pls pergi ke next bank ya.. pls pls pls..

15. Kalau nak letak SPA 2 nama tapi loan satu nama sahaja boleh ke?
~ tak boleh.. hanya untuk First Party sahaja.. maksudnya, kalau loan 1 nama SPA mesti 1 nama, begitu juga sebaliknya..

Ok bella bagi 15 dulu Q&A..

Untuk maklumat lanjut boleh pergi ke website SRP.. kalau malas nak google boleh click link kat bawah nih πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
http://www.srp.com.my/bm/  ni versi bahasa melayu..
Kalau tak faham boleh tukar ke bahasa inggeris atau click link kat bawah nih πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
http://www.srp.com.my/en/

Untuk soalan lazim yang lain boleh juga rujuk di sini
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
http://www.srp.com.my/bm/faq.html
Tak faham bahasa melayu boleh click english version
πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»πŸ‘‡πŸ»
http://www.srp.com.my/en/faq.html

Sekian sahaja status panjang untuk korang baca.. kalau dah baca sampai habis boleh lah tekan “share” supaya sahabat handai rakan taulan yang lain dapat juga maklumat nih..

Untuk soalan boleh drop kat komen.. jangan PM sebab kalau komen ramai2 boleh baca dan ramai juga yang boleh tolong jawabkan..

Kalau nak beli eBook Q&A Financing yang bella buat, boleh drop komen eBook Q&A, nanti bella PM untuk code diskaun.. 😊😊

Korang memang awesome sebab baca sampai habis! Tahniah πŸ‘πŸ‘


Tea tree oi primer sendayu tinggi


.
Peminat Tea Tree Oil Primer sila munculkan diri !! Cuba share feedback korang pakai Tea Tree ni. Korang yang kulit berminyak memang disarankan untuk pakai primer dulu sebelum bersolek kalau tak nak muka tu boleh goreng siakap 3 rasa. Tea Tree Oil Primer ni bukan primer biasa tau, sebab dia ada ekstrak Tea Tree yang sangat bagus untuk rawat masalah kulit berminyak. Ia akan bantu untuk kawal pengeluaran sebum dan mengelakkan solekan jadi bercapuk atau cakey akibat kulit yang berminyak.
.
Tea Tree Oil Primer ni memang dikhaskan untuk mereka yang ada masalah kulit berminyak dan berjerawat sahaja. Penggunaan primer sebelum solekan akan bantu beri base yang sempurna untuk hasil solekan yang cantik. Ia bantu untuk elak pori wajah dari tersumbat dengan produk makeup kita tu.
.
Makeup Primer RM36.00 (ahli RM32.40)
.
Beli di www.sendayutinggi.com, di 30 Outlet seluruh Malaysia, atau dari dealer online berdaftar.
.
#sendayutinggi #teatreeprimersaya dealer berdaftar sendayu tinggi πŸ’―❗️✅
0187935660 🌹.
postage everyday❤️
postage seluruh malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ
3 free gift πŸ”
sebahagian pembelian akan disedekahkan ❤️πŸ˜€#sendayutinggimurah #sendayutinggionline #sendayutinggimalaysia #dealersendayutinggi #sendayutinggiperak #sendayutinggimanjung #testimonisendayutinggi #testimonidetox #sendayutinggilumut #sendayutinggiipoh #sendayutinggimekap #sendayutinggi #makeup #dollfoundation #dtoxsendayutinggi #easyfull #pearlcreamsendayutinggi #agentmanjung #agentsendayutinggi #dealersendayutinggimanjung #dealermanjung #dealersitiawan #sendayutinggisitiawan

Tempat makan best Di manjung grill


Baru nak update blog 
Ritu pi makan kat mix and grill platter 
Belakang ocean manjung 
Best 
Sedap dia punya spaghetti sedap sampai anak anak tak cukup makan 
Boleh repeat makan lagi 

JALAN jalan gold coast morib

Part 1 
Jalan2 gold coast morib 
Aku book masa bulan 12 lagi 
Klau kornag book kat Agoda murah jer hotel nj 
Masa nak smpai sini memang masuk hutan sikit 
Tapi aku dah tau so aku bawak siap2 zikir yg pasang kat plag tu 
Biasa aku travel mmg aku bawak 
Day 1 here smpai dalam pukul 2 bertolak dari kl 
View yang sgt cantik 
Cuma hotel dia cam lama sgt 
Byk benda dah rosak dan buruk dalam bilik 
Xupgrade 
Sebut jer hotel international 
Hmmm





Ok pergi bukan masa cuti sekolah memang x ramai sgt org 
So heaven kot 
Hehehhe 

So boleh pilih Bilik nak duk tingkat berapo nak view kan water park 
Org cakap kalau view kan hutan byk hantu 
So nnti part 2 aku nak cite kisah seram lak kat Gold Coast Morib 

Resepi asam gumpal

Asam gupal @ sagupal ... Resepi yg Menggunakan biji sagu utk luaran dan kacang hijau sebagai intinya... Serta sedap dimakan bersama kuah santan yg lemak lemak manis ... Kuih ni popular di pantai Timur

Resepi asam gupal (10-14biji)

Bahan A (inti )
1 cwn kacang hijau
1 keping gula Melaka
3/4 cawan gula
Air secukupnya

Masak bahan2 diatas sehingga empuk dan kering. Sejukkan dan bulat2kan

Bahan B
1 1/2 cawan biji sagu
1 cawan air panas

Bersihkan sagu dan toskan hingga kering.. Masukkan air panas ke dalam biji sagu dan kacau sebati sehingga biji sagu agak kental dan boleh dikepal. Isi air sedikit demi sedikit ye... Dah ok stop isi air lagi takut nanti terlembik  nanti susah nak kepal..

Kepal kepalkan biji sagu dan masukkan inti dan tutup dengan kemas.

Kukus adunan ni selama 15-20 mnt

Bahan C
1 cawan Santan pekat
1 cawan air
1sudu kecil halba
3 biji bawang merah kecik (mayang)
Sedikit garam
Sedikit gula
1/2 inci halia (dipotong nipis memanjang)

Masak bahan2 C hingga mendidih ...sentiasa kacau supaya santan tak berketul... Kemudian letak asam gupal dalam kuah santan

Siap tuk di makan

Kenapa kene ambil vaksin

Kenapa doktor-doktor bersungguh-sungguh sangat ambil berat pasal vaksin ini? Sebab doktor-doktor belajar daripada SEJARAH.

Penyakit yang dahulu telah dihapuskan lama (eradicated) kini MUNCUL KEMBALI setelah berpuluh-puluh tahun tak pernah wujud selama ini.

Gara-gara imuniti masyarakat yang makin hilang disebabkan pengaruh gerakan anti-vaksin yang semakin melanda negara kita.

Apa contoh penyakit yang dahulu telah membunuh jutaan nyawa, tapi dapat diselamatkan & dikawal melalui vaksinasi (imunisasi)?

1. Smallpox

Penyakit yang menyebabkan parut yang sangat mengerikan. Smallpox ini nampak lebih kurang sama macam Chickenpox, tetapi ia lebih mengerikan & telah membunuh RATUSAN RIBU nyawa pada zaman dahulu. Namun ia telah berjaya dibasmi (eradikasi) di seluruh dunia melalui vaksinasi pada tahun 1980 (dengan izin Allah SWT sudah semestinya).

2. Poliomyelitis.

Penyakit yang boleh buat lumpuh separuh badan kepada orang yang dijangkitinya. Ia telah dibasmi di 3 rantau di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu Rantau Amerika, Eropah dan Pasifik Barat. Malaysia telah mencapai status eradikasi Polio (Sifar Polio) pada Oktober 2000.

3. Pertussis

Ataupun turut dikenali sebagai penyakit 'Batuk 100 Hari' atau 'Whooping Cough'. Batuk 100 hari tanpa henti sehingga paru-paru bayi jadi kepenatan dan boleh membawa kepada mati.

4. Kanser Pangkal Rahim

Sehingga kini, terdapat dua jenis vaksin yang boleh melindungi perempuan daripada jangkitan HPV yang menyebabkan kanser servik. Kedua-dua vaksin ini telah terbukti berkesan dalam mencegah jangkitan HPV subtype 16 dan 18, yang menyebabkan 70% keseluruhan kes kanser servik.

5. Kanser Hati

Kanser Hati yang kebanyakan kes berpunca daripada jangkitan Hepatitis B telah berjaya dicegah melalui suntikan vaksin Hepatitis B pada otot lengan. Direkodkan lebih kurang 80-90% daripada mereka yang menerima suntikan vaksin ini akan terhindar daripada risiko mengalami penyakit kanser hati.

Secara keseluruhannya, kadar kematian (mortaliti) penyakit cegahan vaksin dilaporkan telah berkurangan dengan ketara di seluruh dunia.

Imunisasi telah menjadikan dunia semakin selamat (dengan izin Allah SWT) dengan menyelamatkan JUTAAN nyawa daripada dijangkiti penyakit-penyakit FATAL (maut) yang BOLEH DICEGAH AWAL.

Tanpa imunisasi, 2-3 juta lagi kanak-kanak & orang dewasa akan mati setiap tahun akibat penyakit poliomyelitis, meningitis, difteria dan penyakit-penyakit cegahan vaksin yang lain.

Sebab itu para doktor begitu bersungguh-sungguh menyarankan ibubapa yang ada anak-anak kecil untuk memberikan suntikan vaksin awal kepada anak-anak mereka.

Bukan saja-saja. Dan bukan sebab nak dapat duit apatah lagi sebab agenda Freemason. Bukan!

Tapi sebab kami belajar daripada SEJARAH. Sejarah dahulu yang sangat PAHIT untuk diceritakan tetapi kini makin kembali semula disebabkan keengganan sebahagian daripada kita yang begitu angkuh sikapnya.

Tolonglah belajar daripada sejarah ya.

"For those who do not learn history are doomed to repeat it." -George Santayana-

Ruzaini Maidin & Amirul Azmeer Asmadi,
#NotaKesihatanMesir.

P/s:
1. "Kenapa nak kena ambil vaksin pula?"
https://www.facebook.com/100001227871204/posts/2232537016797206/

2. "Kat mana nak ambil vaksin PERCUMA di Mesir?"
https://www.facebook.com/100001227871204/posts/2235002406550667/

3. "Anak saya tak ambil vaksin pun selamat je tak ada apa-apa?"
https://www.facebook.com/100004786844290/posts/1156507417852142/

Susu pekat manis home made

Terima kasih yang sudi berkongsi resepi *SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE*πŸ˜†
.
Jimat oi tak payah beli dah hat dalam tin lepasni. 
Jimat, selamat dan dijamin bersih. Sekali buat dapat banyak pula tuπŸ˜‚
.
RESEPI SUSU PEKAT MANIS HOMEMADE

- 1 cawan air panas
- 1½ cawan marjerin
- 2½ cawan gula halus
- 1 paket susu tepung 300g

Masukkan airpanas, gula, marjerin then susu tepung ..blend je semua sampai halus..siapπŸ˜‚

p/s: kalau kurang manis campuq gula lagi kalau cair letak lagi susu tepung. Adjust ikut nak takat mana, cayaq ka pekat. Selamat mencuba😊

Demam kepialu

Apakah itu Demam Kepialu ?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).

Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.

Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?

Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
Sayuran mentah (ulam dan salad)
Cendol
Susu mentah

Apakah tanda-tanda dan gejala ?

Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.

Gejala :

- Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 darjah celcius
-Cirit birit
-Sembelit
-Sakit perut
-Sakit kepala
-Sakit badan / lemah / letih lesu
-Kurang selera makan
-Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)

Bagaimanakah penyakit ini merebak ?

Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.

Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)

Komplikasi Penyakit

Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya

Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).

Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?

Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan

Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya

Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.

Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan

Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu

Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam

Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan

Kenapa anti vaksin

Jawab Hujah Anti Vaksin

M3, kumpulan doktor,
jawab hujah kumpulan anti-vaksin

Keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah antara topik yang paling banyak dikaji dalam jurnal saintifik. (Gambar AFP)
PETALING JAYA: Mereka yang menolak pemvaksinan sering memberi pelbagai alasan terhadapnya, daripada keraguan mengenai status halal kepada kandungannya yang didakwa boleh dipersoalkan.

Malah, ada kalanya mereka menimbulkan teori konspirasi, melibatkan Order Baru Dunia yang didakwa mencipta virus sebelum membangunkan vaksin untuk mengaut keuntungan .

Individu atau kumpulan begini, dikenali sebagai anti-vaksin, kadang-kadang merujuk kepada tulisan Dr A Majid Katme, jurucakap Persatuan Perubatan Islam di United Kingdom, yang diterbitkan pada 2011.

Majid berhujah, vaksin mengandungi, antara lain logam berat, nanah daripada binatang berpenyakit, air kencing, najis, formaldehid dan karsinogen, sorbitol, gelatin, dan monosodium glutamat.

Bagaimanapun, sekumpulan doktor yang menggelar diri mereka Medical Mythbusters Malaysia (M3) berusaha keras untuk membuktikan sebaliknya.

Usaha M3 penting, terutama sekali memandangkan meningkatkanya laporan kejadian penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin seperti demam campak.

Dr Mohd Syamirulah Rahim, seorang daripada 20 doktor dalam kumpulan M3 berkata, keberkesanan dan keselamatan vaksin adalah antara topik yang paling banyak dikaji dalam jurnal saintifik.

“Walaupun pun tidak ada yang 100% selamat, baik paracetamol atau makanan biasa, profil keselamatan setiap vaksin telah dikaji secara mendalam,” katanya.

“Manfaatnya disahkan jauh mengatasi risiko kesan sampingan dan komplikasinya,” kata beliau.

Beliau juga menolak teori Order Baru Dunia disebalik usaha penggalakkan penggunaan vaksin, dengan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Vaksin hanya meliputi 3% daripada pasaran farmaseutikal, katanya, dan kos merawat penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin adalah lebih tinggi daripada kos pemvaksinan secara besar-besaran.

“Kalau diambil kira perspektif Order Baru Dunia, tidakkah lebih menguntungkan jika tidak ada vaksin untuk mencegah penyakit dan komplikasi itu, dan keuntungan lebih besar diperolehi dengan merawatnya?

Mengenai penggunaan bahan pengawet dalam vaksin, yang merupakan satu lagi dakwaan dalam kalangan kumpulan anti-vaksin, Syamirullah berkata, bahan itu terdapat dalam banyak produk lain, termasuk farmaseutikal.

Kata beliau, faktor lebih penting tentang bahan yang terkandung dalam mana-mana produk, ialah dos yang digunakan.

“Dos akan menjadikan sama ada ia beracun atau sebaliknya, ” kata beliau.

Bagi vaksin, paras penggunaan pengawet adalah mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan cukup rendah untuk tidak mengakibatkan bahaya kepada kesihatan, berbanding penyakit yang boleh dicegah dengan vaksin, yang boleh membawa maut.

Satu lagi dakwaan biasa dalam kalangan golongan yang menolak pemvaksinan ialah kandungan raksa atau merkuri dalam vaksin.

Syamirulah memberitahu, di Malaysia, vaksin cuma mengandungi etil-merkuri yang berbeza daripada merkuri tak organik yang berbahaya dan digunakan dalam termometer.

Walaupun begitu kataya, etil-merkuri hanya berada dalam badan manusia selama 7 hari sebelum ia dikeluarkan melalui proses perkumuhan.

Berdasarkan bukti terbaru katanya, dos etil-merkuri dalam vaksin menjadikan sebarang usaha untuk mengaitkannya dengan keracunan neurologi sebagai sesuatu yang “tidak mungkin dari segi biologi”.

Syamirulah juga menjawab kepercayaan bahawa adalah lebih baik meningkatkan daya imuniti tubuh melalui “cara semula jadi” dengan berkata, vaksin bertujuan memberi perlindungan terhadap penyakit tertentu yang disebabkan oleh bakteria atau virus.

“Ini tidak harus dikelirukan dengan imuniti umum tidak spesifik semula jadi yang melindungi tubuh kita,” katanya, dengan menambah tidak semua perkara “semula jadi” itu selamat.

Beliau berkata, masyarakat tidak boleh merujuk hanya kepada kajian Dr Majid kerana terdapat banyak pihak berwibawa lain, termasuk sarjana Islam tempatan dan antarabangsa yang menyokong penggunaan vaksin.

Pada 2013 katanya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan memutuskan semua produk vaksin digunakan oleh kementerian adalah harus dan tidak mengandungi bahan yang diharamkan.

Tentang dakwaan kumpulan anti-vaksin bahawa berjuta-juta bayi hidup sihat sebelum vaksin diperkenalkan, Syamirulah berkata, terdapat terlalu banyak data yang merekodkan kematian bayi yang tinggi selama berdekad-dekad akibat penyakit yang boleh dicegah dengan penggunaan vaksin, seperti penyakit cacar.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/01/24/m3-kumpulan-doktor-jawab-hujah-kumpulan-anti-vaksin/

Maka kumpulan anti vaksin nak kami jawab apa lagi?

The Dressar & Co.

Selusuh mudah kan bersalin ?

Melihat kepada pengalaman saya yang sekelumit cuma ini,  yang sentiasa berhadapan dengan ibu-ibu yang sedang bertarung nyawa ni, secara peribadinya, saya tidak menggalakkan penggunaan air selusuh. Ada banyak sebab mengapa saya tidak mengalakkan penggunaanya dan jika ada ahli debat yang sanggup berdebat, saya persilakan.

Pertama : Ibu digalakkan berpuasa sepanjang tempoh bersalin - yakni ibu2 yang sudah memasuki fasa aktif bersalin yang berada di dewan bersalin untuk menyediakan ibu jika berlaku sebarang kecemasan yang memerlukan pembedahan ceaserean , ibu itu sudah berpuasa dan boleh segera dilakukan pembedahan ke atasnya. Jadi jika air selusuh diberikan kepada ibu-ibu nak bersalin ini secara tak langsung akan memberikan risiko kepada mereka

Kedua : Air selusuh ini seolah-olah memaksa pintu rahim terbuka sedangkan belum tiba waktunya untuk bersalin. Hal yang demikian akan menyebabkan ibu ibu mengalami kesakitan yang amat sangat. Di mana, melalui pengalaman saya, hampir kesemua ibu yang mengamalkan air selusuh ini meracau dan tidak keruan akibat kesakitan yang melampaui biasa. Tambah menyedihkan, ada di antara mereka terpaksa kami tolak ke dewan bedah untuk pembedahan caeserean kerana pintu rahim langsung tidak terbuka sedangkan ibu tersebut dalam kesakitan yang amat sangat. kontraksi yang kerap ketika bersalin akibat air selusuh ini kadangkala menyebabkan peredaran darah pada bayi terganggu dan boleh mengakibatkan bayi lemas secara tidak semena-mena.

Pandangan peribadi saya kepada pasangan yang baru berkahwin, terutamanya yang duduk di bandar-bandar besar, kalau boleh, janganlah mengharap kepada air selusuh ini. Lazimnya air selusuh ini bukan buatan sendiri, kadang kadang kita meminta orang lain yang buatkan, jadi kita tidak tahu apa yang terkandung dalam air tersebut. Memang diakui, syaitan itu ada, bahkan di setiap pembuluh darah kita, syaitan itu akan melaluinya. Jika inginkan kesenangan dan kemudahan dalam bersalin, lakukanlah solat taubat, mohon keampunan kepada Allah, mohon dipermudahkan segala urusan, solat hajat. Minta ampun pada suami, kedua ibu bapa, dan para suami, ampunkan dosa dosa isteri. Insyallah, Allah itu akan ada untuk kita.

Setiap kali, melihat pesakit yang mengamalkan air selusuh ini , sangat 'terasa' kesakitan para wanita itu, tapi apa kan daya. Kadang kala, kejahilan di atas ilmu yang ada membuatkan kita lupa, alpa dan lalai. Oleh itu, Allah sediakan masa 40 minggu bersamaan dengan 9 bulan untuk bersedia menghadapi semua itu.

Dan, yang terakhir pesanan saya, amalkanlah doa ini setiap masa - Laillahha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zholimin (Tiada Tuhan melainkan Engkau, Masa Suci Engkau, sesungguhnya aku dalam golongan orang yang menzalimi diri sendiri). Ini adalah doa Nabi Yunus ketika baginda ditelan oleh ikan Nun, di mana pada ketika itu baginda berpaling dari kaumnya yang enggan mengaku Allah itu sebagai Tuhan. Amalkan setiap kali musibah dan masalah melanda, insyallah akan melimpah Rahmat dari Yang Maha Berkuasa.

Saya bukan ustaz mahupun alim ulama, hanyalah manusia biasa yang menilai alam sekeliling, yang kadang-kadang terlupa, terlalai, penulisan kali ini, untuk diri saya sendiri dan pembaca yang disayangi.

SELUSUH TAK MEMUDAHKAN BERSALIN

Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

Resepi cakoi mudah

Asalamualaikum gemokning korg☺️☺️mana yg nampk  post cikgu hai sikit😍😍ok la mana tau pasar malam jauh anak plak ramai jom la buat cakoi sendiri.sedap makan cicah smbal ke kaya atau kari pergh

πŸ”₯RESEPI CAKOI MUDAHπŸ”₯

BAHAN BAHAN

400g tepung gandum kalau nak lg lembut gune tepung roti atau hight protein
3/4 cawan air
1 sb majerin
1 sk garam
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1sb yogurt original
1 biji kuning telur
1/4 cawan air suam
2 sudu kecil yis kering
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

CARA CARA

1. Masukkan yis bersama sedikit air suam dan gula bia berbuih
2 kesemua bahan satukan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
3 Masukkan tepung sikit demi sikit sambil uli. tp kaau lembik sgt adunan boleh la tambah2 sikit tepung sampai menjadi doh.
3. Uli sehingga doh tak melekat pada mangkuk nak pakai mixer pon boleh yg mata cangkuk nak sado pakai tgn la. Rehatkan selama 30 minit untuk naikkan sikit doh tersebut.ttup permukaan bekas dgn kain lembab

cara membentuk cakoi
1. Canai doh memanjang bentuk segi empat tepat.
2. Potong doh lebih kurang 1-1.5 inci.
3. Cantumkan dua doh yg dipotong tadi,
4. Ambil lidi dan tekan sikit bahagian yg dicantum tu untuk membentuk cakoi. Pastikan lidi dicelup air baru tekan
5. Sediakan minyak untuk menggoreng. Bila dah panas, ambil doh cakoi tadi. Sebelum dimasukkan kedalam kuali, tarik doh tadi memanjang. Gunakan api yg kecil sikit ye. kekuningan boleh la angkat
taraaa siap.doakan cikgu murah rezeki amin2

Perubatan islam atau perubatan sekular

PERUBATAN ISLAM ATAU PERUBATAN SEKULAR?

Hari ini wujud golongan yang hanya ingin berubat hanya menggunakan apa yang dikatakan makanan sunnah seperti madu,habbatus sauda,zaitun dan seumpamanya serta menolak penggunaan vaksin. Mereka mendakwa mereka telah beramal dengan perubatan Islam.Benarkah?

Mungkin mereka perlu membaca lebih banyak berhubung sirah dan sejarah peradaban Islam berhubung ilmu perubatan.

Satu hakikat yang perlu diketahui bahawa ilmu perubatan ini antara ilmu tertua dalam dunia ini. Allah swt yang mencipta penyakit dan Allah swt jualah yang mengilhamkan kepada manusia untuk mencari penawar atau ubat kepada penyakit tersebut.

Ilmu perubatan moden bukanlah sesuatu ilmu yang baru sebaliknya ia berasaskan asas,kajian,dan pengamalan ilmu perubatan lama sedunia yang berkembang dari semasa ke semasa. Malah sarjana perubatan Islam di zaman kegemilangan Islam antara yang banyak menyumbang hasil kajian dan ilmu terhadap pengamalan perubatan moden pada hari ini.

Kita perlu sedar bahawa asas utama agama ialah ilmu. Oleh sebab itulah, ayat pertama yang diturunkan ialah ayat seruan untuk membaca. Membaca itu jambatan kepada ilmu. Ilmu membawa kepada petunjuk yang benar.

Pengamalan dan praktis perubatan moden pada hari ini berasaskan kepada evidence-based medicine selari dengan asas Islam bukannya sekadar beberapa kerat testimonial pelanggan.

Jika dalam politik, kita katakan mereka yang cuba memisahkan politik dengan agama merupakan orang yang sekular, begitulah juga dalam perubatan. Mereka yang cuba memisahkan ilmu perubatan moden dengan agama Islam sedar tak sedar sebenarnya telah mengamalkan sekularisme dalam ilmu perubatan.

Rezeki mee campa

Assalamualaikum ...saya pasti ramai yang ternanti2 resepi sup champa ni kan?.mee champa pedas berasap ni boleh berpeluh satu badan..hari ini saya share resepi yang pasti meleleh air hidung.. selamat mencuba

RESEPI MEE CHAMPA

BAHAN KUAH
1 1/2 - 2 kg daging lembu beserta tulang untuk dbuat bone broth
3 liter air
4 biji bawang holand* potong 4
3 biji bawang besar * potong 4
2 inci lengkuas dipotong nipis* hiris nipis
seekor sotong kering sebesar tapak tangan* kalau takde tak kick la kuah sop ni..tp kalau takde boleh la abaikan
daun ketumbar seikat
daub bawang
2 batang kulit kayu manis*
4 biji bunga lawang*
1/2 cawan sos ikan
gula
garam
perasa jika suka
serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
3 kiub stok perisa daging

caranya
1. Merebus tulang dan daging lembu ni memakan masa agak lama untuk mendapatkan bone broth . bone broth ni bagus untuk kesihatan kita ..

caranya didihkan air rebusan dulu masukkan daging dan tulang dalam 30minit hingga 1 jam kemudian buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.. kemudian masukkan air dan tulang serta daging rebus kembali dalam selepas 30 minit mendidih lihat jika air rebusan ada buih2 atau keruh buang lagi airnya.. dan masukkan air yang baru (3 liter) dan masukkan tulang serta daging dan rebus lagi...kali ini rebus sehingga daging empuk.. keluarkan daging dan rebus tulang sehingga 5@6 jam..

2. Sementara daging kita empuk .. anda boleh bakar dahulu bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, dan sotong kering..kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)

3.  Dalam rebusan tulang tersebut masukkan bahan2 yang kita bakar tadi..masukkan, sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/lada sulah dan kiub stok perisa daging, garam dan perisa serta daun bawang.  rebuslah dengan api perlahan.. sebenarnya sup ni sangatlah sedap jika makan panas2..

time korang ceduk kuah tuang dalam mangkuk mee tu kan ..korang kene tapis guna penapis supaya bawang2 nsegala rempah tak masuk dlm mangkuk mee tu..so dpt kuah yang suci bersih je..

SAMBAL LADA
4 biji lada merah (besar)*
20-30 biji cili api*
2 ulas bawang putih*
2 sudu besar cuka
sedikit garam

caranya
1. rebus sehingga layu bahan2 bertanda * diatas kemudian toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. siap

MINYAK BAWANG PUTIH
3 labu bawang putih dibersihkan dipotong halus
1 cawan minyak jagung

panaskan minyak dan masukkan bawang putih goreng sehingga kekuningan dan tutup api ...

AKSESORI LAIN
kuey teow, mihun,mee champa
daun ketumbar, daun sup, daun bawang
limau nipis
hirisan daging
minyak bawang putih
lobak asin yang dipotong halus
sambal lada
tauge
kicap
serbuk lada sulah/lada hitam
gula (tambahan jika suka manis)
sos ikan jika perlu

## psst time nak makan tu kan korang boleh la taruk kicap, perah asam limau, taruk sambal lada, minyak bawang putih , serbuk lada hitam/lada sulah, sos ikan jika suka dan gula jika yang suka manis.. bahan tambahan ni la penyedap mee sup korang tau!! sekali cuba mesti nak lagi

maaf sebab lambat post resepi ni.. tukang masak biasa campak2 je bahan2 dlm periuk tp nak bagi resepi kat sini kene buat ikut sukatan semoga berpuasahati semua

Cuci gambar murah tiap bulan dengan teratur

Tiap bulan aku mesti cuci gambar family 
Tu dah mcm hobi dan kegemaran aku 
Suggestion aku 
Klau korg nak cuci gambar murah dan teratur 
Mcm aku buat kat atas 
Aku guna apps life book 
Apps ni best sebab boleh connect nge Facebook album family dan instagram 
Yg best nyer ko boleh letak tajuk ko sendiri 
Hehe 
Contoh aku bagi aku letak tajuk ikut aku suka je
Kdg2 dalam tajuk umur mereka ada jalan2 
Klau banyak jalan2 aku letak tajuk jalan2 la 
Campur 


Bagi aku murah la ko tekan jer terus sampai rumah 
Dia akan hantar tracking dekat email tu yg syok 
Jadi selamat mencuba 

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...