Sabtu, 26 Januari 2019

Perubatan islam atau perubatan sekular

PERUBATAN ISLAM ATAU PERUBATAN SEKULAR?

Hari ini wujud golongan yang hanya ingin berubat hanya menggunakan apa yang dikatakan makanan sunnah seperti madu,habbatus sauda,zaitun dan seumpamanya serta menolak penggunaan vaksin. Mereka mendakwa mereka telah beramal dengan perubatan Islam.Benarkah?

Mungkin mereka perlu membaca lebih banyak berhubung sirah dan sejarah peradaban Islam berhubung ilmu perubatan.

Satu hakikat yang perlu diketahui bahawa ilmu perubatan ini antara ilmu tertua dalam dunia ini. Allah swt yang mencipta penyakit dan Allah swt jualah yang mengilhamkan kepada manusia untuk mencari penawar atau ubat kepada penyakit tersebut.

Ilmu perubatan moden bukanlah sesuatu ilmu yang baru sebaliknya ia berasaskan asas,kajian,dan pengamalan ilmu perubatan lama sedunia yang berkembang dari semasa ke semasa. Malah sarjana perubatan Islam di zaman kegemilangan Islam antara yang banyak menyumbang hasil kajian dan ilmu terhadap pengamalan perubatan moden pada hari ini.

Kita perlu sedar bahawa asas utama agama ialah ilmu. Oleh sebab itulah, ayat pertama yang diturunkan ialah ayat seruan untuk membaca. Membaca itu jambatan kepada ilmu. Ilmu membawa kepada petunjuk yang benar.

Pengamalan dan praktis perubatan moden pada hari ini berasaskan kepada evidence-based medicine selari dengan asas Islam bukannya sekadar beberapa kerat testimonial pelanggan.

Jika dalam politik, kita katakan mereka yang cuba memisahkan politik dengan agama merupakan orang yang sekular, begitulah juga dalam perubatan. Mereka yang cuba memisahkan ilmu perubatan moden dengan agama Islam sedar tak sedar sebenarnya telah mengamalkan sekularisme dalam ilmu perubatan.

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...