Sabtu, 26 Januari 2019

Ular sujaul akra

Jom berkenalan dengan ular Suja'ul akra'

jangan kita tertipu dengan sepinya kubur ketika melaluinya
Jangan tertipu dengan tenangnya kubur ketika melihatnya

Sedangkan didalmnya roh roh bergelumang dengan siksaan..dan siksaan paling di takuti adalah seekor ular bernama SUJA'UL AKRA' ..menyiksa manusia yang semasa HIDUPNYA mencuaikan solat... Allah hurabbi... Mereka didalam sana mencemburui orang didunia kerana mereka ingin kembali kedunia untuk beribadat pada Allah walaupun seminit... mereka memohon pada Allah, ingan Kembali kedunia untuk berbuat amal soleh dan tidak lagi mencuaikan solat. Tetapi sudah terlambat, kerana pintu taubat sudah tertutup ketika roh berada di kerongkong...

BERANIKAH ANDA HADAPI SEORANG DIRI?

Berdoalah semoga dijauhi dari azab kubur

Orang Islam yang meninggalkan sembahyang akan disiksa di Alam Barzakh dengan seekor ular Akra (Suja’ul Akra). Ular ini yang akan menyiksanya dengan mematuknya mengikut waktu sembahyang yang ditinggalkan. Ular ini berkuku besi, berkaki, matanya berbintik-bintik putih, berbisa seluruh badan.

Akan muncul seekor ular yang bernama “Suja’ul Aqra” dan ular itu berkata:“Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh.” Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Suja’ul Aqra hinggalah hari Kiamat.

Maksud Hadith: “orang yang meninggalkan sembahyang, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama “Suja’ul Akra”, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat”.

Ambillah pengajaran...tingkatkan amallan soleh ...taatlah pada Allah dan rasul..

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...