Selasa, 29 Januari 2019

7 cara nak halus kan hutang jahat

7 Usaha Untuk Menghapuskan Hutang Jahat
**********************************************

Untuk mencapai tahap kewangan yang baik dalam hidup memerlukan usaha dan juga pengorbanan.

Nak hapuskan hutang jahat ni kadang kala perlukan masa yang lama. Korang kena istiqamah dan usaha betul-betul supaya hutang jahat boleh dihapuskan lebih cepat. 

Kejayaan tidak datang bergolek ataupun turun daripada langit. Ia memerlukan keringat, usaha dan pengorbanan.

Antara usaha yang kau boleh buat untuk menghapuskan hutang jahat adalah dengan;

***

1. Tanamkan Niat

Percaya dan yakin pada diri sendiri yang kau boleh lakukan. Kalau bukan kau yang membaiki kewangan kau, siapa lagi? Takkan kau nak suruh jiran pulak tolong baiki kewangan kau. 
.

2. Tuliskan Matlamat & Pelan Tindakan

Tulis matlamat dengan jelas, pelan tindakan, game plan dan perancangan kau untuk mencapai matlamat tersebut. Dapat bantuan seseorang yang boleh guide kau. Contohnya;

i. Nak selesaikan hutang kereta RM17K dalam masa dua tahun. 
ii. Nak langsaikan PTPTN dalam masa enam tahun.
iii. Nak hapuskan hutang peribadi RM30K
v. Nak selesaikan hutang kad kredit RM20K.
.

3. Berusaha & Bertindak

Teruskan berusaha secara konsisten ke arah matlamat kau tu. Jangan hangat-hangat tahi ayam je. Dalam berusaha, mesti banyak yang kau perlu korbankan. Biarkan. Ia berbaloi jika dapat mengubah nasib masa depan kau. Ada idea tapi tak bertindak, taguna juga. Langkah seribu batu bermula dengan langkah pertama. Tak gitu?

4. Monitor Perkembangan 

Pantau perkembangan pelan tindakan kau. Contohnya matlamat kau nak ada hapuskan hutang peribadi dalam RM15K dalam tiga tahun, Tahun pertama kau sepatutnya selesaikan RM5K. Kalau belum ada, kena berusaha lagi tambah pendapatan.
.

5. Baiki Mana Yang Kurang

Nama lagi pelan tindakan dan perancangan. Mesti ada kekangan dan halangan semasa. Jadi, kau jangan jadi macam pembaris. Ubah sikit mengikut kesesuaian ekonomi semasa kau. Tapi jangan tersasar daripada matlamat asal.
.

6. Berdoa & Bersedekah 

Berdoa kepada Tuhan supaya dipermudahkan segala urusan. Selalu berdoa murah rezeki tapi asyik mengumpat, kedekut nak bersedekah pun tak molek juga. Tidak akan jatuh miskin orang yang rajin bersedekah. Seimbangkan dunia dan akhirat. Pasti hidup kau aman.
.

7. Cari & Tambah Ilmu

Ilmu tu penyuluh hidup. Biar pakai baju lama tapi beli buku baru setiap tahun. Dapat update ilmu. Kau tu orang bagi ilmu free pun malas nak baca. Apatah lagi nak melabur sedikit untuk beli buku ilmiah. Majalah artis menggelupur pulak kau nak beli.

***

Hiduplah di atas bumi yang nyata. Bangunlah daripada lena yang panjang. Dunia ini tidak kejam tapi kau lah kejam dengan dunia kau sendiri. 

Masa muda kau nak enjoy. Pergi travel sana sini, beli kereta import mewah mahal-mahal bagai ataupun buat hutang jahat je. Dah masuk umur 30 tahun barulah nak kenal erti penyesalan.

Lepas tu mula lah nak salahkan kerajaan inflasi tinggi la, mata wang Malaysia rendah lah, harga rumah mahal lah.

Jangan. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan orang lain takkan buat ekonomi kewangan keluarga kau kembali pulih. Berusahalah anak muda. Tangguhkan kehendak yang menggunung kau tu. Dan masa depan kau akan berterima kasih dengan pengorbanan kau sekarang ni. Kah!

[ASY]

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...