Isnin, 14 Januari 2019

Penyakit diabetes di Malaysia

PENYAKIT DIABETES DI MALAYSIA

14 JAN 2019

Penyakit diabetes di Malaysia menunjukkan perkembangan yang membimbangkan yang mana seorang dalam setiap lima orang dewasa berusia 30 tahun ke atas menghidapinya.

Dianggarkan 3.6 juta orang dewasa Malaysia menghidap diabetes, satu jumlah yang mencemaskan.

Diabetes yang tidak dikawal dengan baik boleh menyebabkan lebih banyak komplikasi. Penghidap diabetes berdepan dengan risiko CHD, iaitu 20 peratus lebih tinggi dalam masa 10 tahun selepas disahkan doktor menghidap diabetes.

Ini bermakna jika ada sekumpulan 10 orang dewasa yang duduk minum teh, 2 dari mereka adalah pesakit diabetes.

Selain itu jika seorang lelaki diserang penyakit jantung pada usia 45 tahun, bermakna beliau mungkin mula mengalami penyakit diabetes pada usia 35 tahun dan penyakit itu tidak dikawal dengan baik.

Kawalan gula yang tidak baik ini disebabkan oleh corak pemakanan yang salah. Pesakit selalu tidak menyangka makanan yang berasaskan  karbo berproses adalah penyebab utama masalah ini.  Bukan sekadar penambahan gula dalam makanan dan minuman saja.

Kita kurang tiga perkara dalam pemakanan kita iaitu air yang mencukupi, fiber (sayur dan buah)  serta minyak sihat dalam pemakanan kita.

Saya akan kongsikan lagi tentang corak pemakanan yang terbaik untuk kita.

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...