Apakah itu Demam Kepialu ?
Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi (S. typhi).
Seseorang yang dijangkiti oleh demam kepialu, membawa bakteria ini di dalam darah dan usus. Mereka boleh mencemari makanan dan minuman melalui penyediaannya dan boleh menjangkiti orang lain.
Apakah jenis-jenis makanan yang biasa di kaitkan ?
Makanan yang tidak di bersihkan dengan sempurna
Makanan bercengkerang ( Etok, kerang, kepah, kupang, lala dan tiram )
Sayuran mentah (ulam dan salad)
Cendol
Susu mentah
Apakah tanda-tanda dan gejala ?
Kebiasaannya gejala akan muncul selepas 1 – 2 minggu tetapi ia juga boleh berlaku dari 3 hari hingga 3 bulan selepas pendedahan.
Gejala :
- Demam berterusan dan berpanjangan, suhu melebihi 40 darjah celcius
-Cirit birit
-Sembelit
-Sakit perut
-Sakit kepala
-Sakit badan / lemah / letih lesu
-Kurang selera makan
-Ruam (bintik merah pada bahagian atas badan)
Bagaimanakah penyakit ini merebak ?
Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh tinja (najis ) manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhi.
Melalui makanan dan minuman yang di sediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier)
Komplikasi Penyakit
Menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal dan secukupnya
Seorang yang tiada tanda / simptom atau sembuh dari demam kepialu boleh menjadi pembawa bakteria kepialu (Pembawa Typhoid).
Bagaimanakah untuk mencegah Demam Kepialu ?
Basuh tangan dengan menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan juga sebelum menyediakan makanan
Hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
Minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan.
Elakkan ais kecuali ais yang di buat dari air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
Mendapatkan Pelalian Vaksin Demam Kepialu
Kekalkan kebersihan dan sistem pembuangan tinja najis yang sesuai terutama salepas banjir atau bencana alam
Hanya gunakan air bersih untuk penyediaan makanan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan