Rabu, 25 Oktober 2017

Resepi kek coklat moist mudah

RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH

*YANG UMI GUNA UNTUK BERNIAGA.

Umi dah janji kan nak bagi resepi. Resepi ni memang resepi yang umi guna untuk berniaga kek dulu dulu. Masa nak cari duit tambah. Alhamdulillah kek ni ramai yang repeat oder lagi lagi lagi dan lagi.

SHARE tau resepi ni, niat nak bantu, mana tahu boleh bantu siapa siapa yang nak cari duit lebih kan. Boleh buat makan untuk raya juga.

Jom umi kongsi resepi. Semoga bermanfaat. ๐Ÿ˜Š

BAHAN BAHAN KEK
- 240g Tepung gandum
-60g serbuk koko
-230g gula
-1 cawan minyak
-1 cawan susu cair ( guna 2 sudu susu tepung kacau dalam air pun boleh )
-5g asen vanila
-5g sodium bikarbonat
-2 biji telur

CARA CARA
- Campurkan semua bahan dan kacau guna senduk sehingga sebati (Sebelum tu panas pengukus dulu )
-Lapik loyang menggunakan kertas minyak dan tuang semua bahan tadi.
-Ikat kain pada penutup periuk pengukus.
- Kukus kek selama 60 minit ( Dah boleh mula check kek dengan cucuk guna selepas 50 minit, kalau dah ok boleh tutup api )

BAHAN BAHAN TOPPING
-30g serbuk koko
-2 sudu minyak masak
- 1 cawan susu pekat manis
-Coklat rice

CARA CARA
- Campurkan susu pekat manis, minyak dan serbuk koko dan gaul secara double boil. Agak agak likat terus angkat.

CARA HIDANG
- Setelah kek sejuk, letakkan toping keseluruhan kek.
- Taburkan coklat rice.
- Siap!
- Cair dalam mulut bakhanggg

TIPS:
1. Kukus kek lebih moist berbanding bakar.
2. Topping boleh adjust ikut selera masing masing, lebihkan/kurangkan susu atau serbuk koko.
3. Letak topping ketika kek sudah sejuk.
4. Resepi diatas boleh juga digunakan untuk buat cupcake. (Kukus 20 minit )
Selamat mencuba! ๐Ÿ˜Š
SHARE biar sama sama boleh cuba ๐Ÿ˜˜


Resepi sandwich telur cheese sedap dan mudah

RESEPI SANDWICH TELOR CHEESE SEDAP DAN MUDAH!!!

Resepi sarapan pagi fav anak2, tapi admin pun suka, sedap! Kadang2 admin yg licinkan!! Hahahaha mantap!! Share la...

Bahan-bahannya :
5 biji telur ayam ~ rebus dan sejukkan terlebih dahulu
70gm mentega
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
kepingan cheese
1 buku roti putih sandwich
Cheese hancur *Apa jua jenis yang hancur

CARA MENYEDIAKANNYA :
1. hancurkan telur, cheese dan mentega sehingga sebati
2. taburkan serbuk lada sulah dan lada hitam
3. sapukan adunan telur ke atas roti dan letakkan sekeping cheese di atasnya lakukan sehingga habis
potong dua/ menyerong. Siap! 
- Klu nak lagi sedap boleh bakar, tapi klu tak nak pun tak pe..
*bakar di dalam ketuhar selama 5 minit atau keperangan
angkat dan hidangkan!

*Share dan tag kawan2

LIKE PAGE SENANGNYA MASAK




Resepi lala goreng tom yam ala Thai

RESEPI LALA GORENG TOM YAM ALA THAI

Bahan-bahannya:

1 kilo lala
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
seinci halia ~ dihiris
1 batang serai~ dititik/dipecahkan
1 biji tomato dibelah empat
1 kiub perencah tomyam
sebungkus kecil kacang sepat
semangkuk kecilbrokoli
1 sudu cili kisar
1 sudu sos tiram
garam dan gula secukup rasa
3 helai daun limau purut/kemagi/selasih (mana yg korang suka)

Cara-cara Penyediaannya:

Panaskan minyak masak
Tumiskan bawang putih,bawang besar,cili padi,serai,dan cili kisar
Masukkan sedikit air, perencah tomyam, sos tiram dan kacau sebati.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan lala dan goreng hingga sebati dengan sos tadi
Masukkan daun limau purut, kacang sepat,brokoli dan tomato
Kacau sebati bahan-bahan hingga bila lala dah terbuka Apabila lala dan terbuka, tandanya lala masak
Matikan api dan hidangkan.

Share dan tag kwn2


Selasa, 24 Oktober 2017

Resepi Rendang udang galah

RENDANG UDANG GALAH

Bahan-bahan:
1 kg udang galah(sederhana besar)
50 gram serbuk kunyit
100 gram bawang merah
30 gram bawang putih (dikisar)
50 gram buah keras (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
30 gram halia (dikisar)
20 gram lengkuas (dikisar)
20 gram kunyit hidup (dikisar)
10 gram cili giling
2 biji santan pekat
50 ml air asam jawa
3 helai daun kunyit (dihiris halus)
Minyak secukupnya

Cara-cara:
Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.
Selamat mencuba!
๐ŸŒน๐Ÿ˜



Ubun ubun bayi

UBUN-UBUN

Bahagian lembut ini dikenali sebagai fontanel atau ubun-ubun. Ada dua fontanel di kepala bayi yang baru lahir, dan saiznya berbeza sedikit. Fontanel di bahagian belakang kepala biasanya kecil sedikit dan berbentuk tiga segi. Ia dikenali sebagai fontanel posterior atau ubun-ubun kecil. Fontanel yang berada di atas kepala adalah lebih besar. Ia berbentuk seperti layang-layang dan dikenali sebagai fontanel anterior atau ubun-ubun besar.

Ketika lahir, tulang kepala bayi masih lembut dan dicantumkan oleh tisu-tisu. Dengan cara ini, apabila bayi melalui salur lahir, kepalanya boleh berubah bentuk apabila tulang-tulangnya saling berselisih. Ini akan membantu bayi anda melalui ruang yang sempit itu dan lahir ke dunia ini. Kepala ialah bahagian tubuh bayi yang paling besar, maka perkara ini merupakan kaedah semula jadi untuk membuatkannya kecil sedikit. Lama-kelamaan, tulang-tulang bayi akan bertemu dan bercantum, dan bahagian lembut ini akan tertutup.

Fontanel posterior atau ubun-ubun kecil agak sukar untuk dirasa dan ia biasanya tertutup menjelang usia bayi enam minggu, iaitu apabila tulang kepala bayi membesar.

Fontanel anterior atau ubun-ubun besar lebih jelas dan boleh dirasa dengan mudah sebagai sejalur kulit yang lembut di atas kepala bayi. Ia tidak akan tertutup dengan sempurna sehingga umur bayi melewati satu tahun, biasanya menjelang 18 bulan.

Selepas anda bersalin, pakar kanak-kanak akan melihat ubun-ubun bayi ketika membuat pemeriksaan ke atasnya. Biasanya, tidak ada masalah, tetapi jika ada masalah, beliau akan memaklumkannya kepada anda. Biasanya doktor akan memeriksa samada tulang-tulang kepala bayi membesar selari dengan tumbesaran keseluruhan badannya.

Perhatikanlah ubun-ubun bayi kerana ia boleh memberi petunjuk tentang tahap kesihatan bayi. Contohnya, ubun-ubun yang mendap mungkin menunjukkan bayi mengalami nyahhidrat, manakala ubun-ubun yang kembung boleh jadi simptom bagi meningitis.

Disemak oleh Dr Winston Yong Sin Chuen, bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini merupakan seorang penasihat pediatrik di sebuah hospital swasta di Lembah Klang.






Isnin, 23 Oktober 2017

Resepi Tom yam putih Ala Thai

Resepi Tom Yam Putih Ala Thai ❤️❤️

Bahan-bahan:
v  1/4 ekor ayam..(dipotong kecil)
v  3 ekor sotong..(dipotong bulat)
v  6 ekor udang besar...
v  3 batang serai..(dititik)
v  2 ulas bawang putih (ketuk)
v  ½ bawang besar (potong)
v  6 helai daun limau purut...(dikoyakkan sedikit)
v  1cm lengkuas...(dihiris)
v  3 bawang kuning/ bawang kuning...(dibelah 4)
v  5 biji cili api..(dititik sedikit)
v  1 biji tomato (belah 4)
v  Carrot sedikit
v  Cendawan tiram sedikit
v  Bunga kobis sedikit
v  beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis(mengikut selera masing2)
v  Garam,gula,serbuk perasa.

Cara membuat:

v  Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. - Rebus semuanya hingga mendidih.
v  Setelah agak2 ayam masak..(lebih kurang 5-7minit)
v  Masukkan sotong, udang dan daun limau purut...
v  Selepas itu masukkan semua sayuran.
v  Setelah mendidih...masukkan garam dan serbuk perasa...
v  Tutup api & masukkan perahan limau...sedia dihidangkan...

Selamat mencuba




Petua hilang kan batuk dan selsema pada bayi

PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI

Semua ibu bapa akan risau apabila bayi mereka dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.

Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.

Ini mungkin berlaku kerana terdapat lendiran yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir. Lendir (kahak) ini akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.

Pencegahan

Disebabkan bayi sangat mudah dijangkiti, ibu bapa perlu kurangkan membawa anak ke tempat-tempat yang ramai orang. Ingat formula ini: semakin ramai anak kita berjumpa orang, semakin tinggi risiko untuk anak kita dijangkiti.

awas! Sekiranya batuk dan selesema diikuti dengan demam, malah anak kelihatan lesu dan kurang menyusu, segeralah ke hospital untuk mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif.
Sangat penting untuk kita sentiasa memantau keadaan anak kita. Jika mereka dijangkiti, berikan susu badan dengan lebih kerap supaya mereka akan lebih mudah termuntah. Ini akan membantu kahak keluar secara semulajadi.

Petua semulajadi

Saya akan kongsikan beberapa petua yang sangat berguna untuk diaplikasikan kepada bayi anda. Ini adalah rawatan alternatif yang kita boleh lakukan di rumah.

Walaupun batuk dan selesema biasa berlaku dan ia akan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi, kita perlu risau dan mengambil langkah cepat supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Selain itu, jangan lupa berdoa supaya anak kita segera sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.

1. TEPUK PERCUSSION

Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.

2. PEMAKANAN IBU

Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.

3. MINYAK BAWANG PUTIH

Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak/ zaitun/ bayi. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. Bawang putih memang sangat terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan

4. KUNYIT

Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.

5. MANDIAN LEMON

Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.

6. GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih, letakkan di dalam stokin anak (pastikan bawang putih yang telah dibakar tidak terkena direct dengan kulit tapak kaki anak)

7. HABBATUS SAUDA DAN MINYAK ZAITUN
Goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.
Di samping kita berikhtiar, jangan lupa untuk berdoa moga Allah beri kesembuhan buat si kecil kita. Jika mereka ceria, sihat dan gembira, itulah yang sangat membantu perkembangan mereka.


Sabtu, 21 Oktober 2017

Keburukan nescafe 3 in 1

Tergerak hati nak share benda ni, mgkin ada yg xsuka sbb dia suka minum tp bila wife sya sendiri hampir botak sbb ketagih benda ni, sya share jugalah. Benda ni jadi zaman wife study (bujang), hari2 minum sbb mudah dan tahan mengantuk utk belajar, sampailah rambut dia gugur dan botak, skrg bila jadi kt korg lain pula, sya rasa kena share!

Peringatan sahaja.. kebenarannya terpulang kepada anda sendiri menilainya. Saya minum juga nescafe, tapi bukan 3 in 1 dan jarang2 sekali.

Kawan2 yang suka minum Nescafe..nah ini dia Keburukan Nescafe 3 in 1.

Nescafe 3 in 1 merosakkan jantung dan buah pinggang.
Kawan saya (dah arwah)...

dari usia muda...
pagi nescafe...2 X..
petang nescafe...2X...
malam nescafe...2X...
depan mata saya...
bengun dari kerusi ...

kaki dia terus patah...tulang dia reput...
Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakananan.

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.
1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh

2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.

3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.

4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.
Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya.

Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. 
Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. 
Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.
Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'
Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer

3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi

4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.

5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine

6. Elakkan memakan burger, nugget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan :Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.

11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.
Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

So, hope for best for those who still love Nescafe.
Dah lama dah tinggalkan Nescafe, lagipun Nestle tu kan syarikat Yahudi, Yahudi Zionis dah lama rancang untuk memusnahkan umat Islam. Tepuk dada, tanya perut.
Masih ada yg meragui. Blh google byk artikal pasal kenapa produk 3in1 bahaya :

Bahaya Minuman 3-in-1 Yang Kita Wajib Tahu
Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia, bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:

bahaya-minuman-3-in-1
1. Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.

2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.

3. Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.

4. Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5. Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.

6. Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.

7. Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.

8. Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.



Rabu, 18 Oktober 2017

Kanser rahim atau pangkal rahim

KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM

Kanser ini adalah pembunuh wanita nombor dua selepas kanser payudara.
Kanser ini boleh dicegah insha Allah jika cakna tentang kesihatan anda.

Perkataan kanser sebenarnya diambil dari bahasa Latin ‘ crab’ atau creeping ulcer atau bahasa Greek ‘ karkinos’. Ini adalah kerana sel sel darah di sekitar sel kanser mempunyai bentuk menyerupai seperti ketam. 

Sehingga ke abad ke 17, sebelum ini cancer disebut sebagai canker.

1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk seketul atau selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dengan berat 1gram. 
Jadi, boleh bayangkan betapa gagahnya kanser jika sel tumor itu telah besar atau merebak ke organ badan lain. 
Sebab itulah, kita perlu cakna dengan diri kita jika ada sesuatu yang pelik atau lain dari biasa.

Ok itu serba sedikit tentang kanser.

Apakah serviks?
Serviks adalah otot yang menghubungkan rahim dan faraj.

Apakah kanser serviks?
Adalah apabila sel sel abnormal atau sel kanser membesar tanpa boleh dikawal. Biasanya proses ini mengambil masa yang lama lebih kurang 10 tahun untuk berlaku.

Apakah faktor risikonya?
1. Wanita yang aktif seksual pada usia yang muda
2. Wanita yang selalu bertukar tukar pasangan
3. Wanita yang mengamalkan gaya hidup bebas
4. Wanita yang dijangkiti HPV ( human papilloma virus)
5. Wanita yang mengadakan seks dengan lelaki yang mempunyai masalah jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, chlamydia, ketuat dan penyakit HIV/AIDS.
6. Wanita yang merokok.

Ada dua jenis utama kanser pangkal rahim:
1. Squamous cell carcinoma 
- kes yang paling kerap berlaku
- Bermula dari sel leper ( squamous cell) yang menutupi serviks

2. Adenocarcinoma
- jarang berlaku
- Bermula dari sel kelenjar ( glandular cell) di dalam salur serviks.

Biasanya kanser ini tidak menunjukkan apa apa tanda di awal proses. Hanya bila sudah ditahap 2 ke atas, simptom simptom akan mula dirasai oleh pesakit kanser pangkal rahim ini.

Apakah tanda tanda yang biasanya dirasa oleh pesakit?
1. Keluar lelehan abnormal atau pelik dari faraj
2. Rasa sakit sewaktu melakukan hubungan seksual
3. Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual 
4. Berlaku pendarahan selepas sudah menopause 
5. Berlaku pendarahan abnormal di antara waktu haid.

Jika ada tanda tanda seperti di atas, tolong dapatkan pemeriksaan dan rawatan SEGERA di klinik atau hospital berhampiran anda.

Jangan melengahkan masa dengan bertanya di media sosial dan mencuba petua petua mengarut.

Ingat, kanser ini mengambil masa bertahun untuk menunjukkan tanda tanda. Jika anda lambat mendapatkan rawatan, sel kanser akan merebak ke anggota lain dengan lajunya!

Kenapa saya kata ianya boleh dicegah?
Kerana kita disarankan untuk melakukan ujian Pap smear selepas beranak dan kita digalakkan untuk mengambil vaksin HPV.

Vaksin ini boleh mengurangkan 70% risiko mendapat kanser pangkal rahim.
Ianya sudah tidak berkesan jika wanita tersebut sudah dijangkiti HPV.

Vaksin HPV ini sesuai diambil oleh perempuan berusia seawal 13 tahun atau wanita yang masih dara.
Vaksin ini akan kurang berkesan jika diambil pada usia lebih dari 26 tahun.

Sedikit panduan mengenai Pap smear:
Bilakah waktu sesuai melakukan ujian pap smear?
Selepas beranak.
Ianya digalakkan untuk melakukan ujian ini setahun sekali jika keputusan sebelumnya adalah normal.

Pap smear seeloknya dilakukan sewaktu pertengahan haid atau selepas 10 hari kitaran haid.

Jangan melakukan hubungan seksual sebelum melakukan ujian.
Jangan menggunakan spermicide, vagina gel/krim/lubricant dalam masa 2 hari sebelum ujian.

Apakah kaedah diagnosis untuk mengesan kanser ini?
1. Pap smear
2. Colposcopy 
3. Biopsy 
4. Cystoscopy atau Proctosigmoidoscopy
5. Imaging : CT scan atau MRI

Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap kanser.
Jika masih di tahap awal, hanya dengan pembedahan sudah mencukupi insha Allah.
Tapi jika sudah tahap kedua ke atas, perlu menjalani kimoterapi atau radioterapi atau pembedahan atau biasanya semua sekali.

Beringatlah sebelum terlambat.
Cegahlah sebelum parah.

Hati hati kerana kanser pangkal rahim tidak mempunyai tanda tanda di awalnya✌️

Nota kaki : Ingat, sel kanser ini adalah seperti kuasa jahat yang sukar dikawal jika tidak dirawat dengan betul dan segera. Mencegah lebih baik dari merawat.


Elakkan mengundang jangkitan kuman ke dalam badan kita.
Dan ada sebab Allah mengharamkan zina๐Ÿ˜Š

Ok jom g kursus balik!

Isnin, 16 Oktober 2017

Cara mengesan barah payudara

KANSER PAYUDARA

Maaf jika saya tidak membalas mesej di messenger atau di ruangan komen.
Minggu ni saya perlu beri dua ceramah : kanser payudara dan kanser serviks.

Saya cuba ringkaskan sedikit intipati ceramah saya ya.

Kanser payudara adalah pembunuh utama wanita sekarang ini. Jadi, anda perlu lebih cakna tentang bagaimana mengesannya di peringkat awal.

Kanser payudara terjadi apabila sel di dalam payudara membesar dan membiak tanpa boleh dikawal. Biasanya pesakit akan mula rasa ada ketulan di bahagian payudara atau sekelilingnya atau bawah ketiak.

Ketulan itu boleh jadi bahaya atau tidak merbahaya.

Ketulan yang bahaya disebut malignant atau sel kanser jika sel itu telah menyerang kawasan sekitar payudara dan merebak ke bahagian badan yang lain.

Kanser payudara kebanyakkannya berlaku pada wanita tetapi lelaki juga berisiko untuk mendapat kanser payudara.

Di manakah sel jahat ini bermula?
Kebanyakkannya bermula di kelenjar susu yang membawa susu ke puting. Namun ada juga yang bermula dari kawasan lain di sekitar puting atau payudara atau celah ketiak.

Bagaimana ianya merebak?
Apabila sel kanser masuk ke dalam darah atau nodus limfa dan disebarkan ke anggota badan yang lain.

Apakah nodus limfa?
Nodus limfa adalah rangkaian limfa yang terdapat di seluruh badan manusia. Ianya berbentuk seperti kekacang dan di dalamnya mengandungi hasil & baham kumuh sel dan juga sel sel sistem imunisasi.

Jadi, bila sel kanser telah menyerang nodus limfa ini, sel kanser ini akan membiak dan dibawa keluar ke organ lain. Kebanyakkannya cecair di dalam nodus limfa akan dikeringkan ke bahagian:
1. Bawah ketiak
2. Kawasan tulang selangka ( collar bone)
3. Kawasan dada berdekatan payudara

Jika sel kanser ini memasuki nodus limfa, kemungkinan besar untuk sel kanser ini disebarkan ke seluruh anggota badan kerana sel limfa berada di seluruh badan kita.

Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser payudara?
1. Pernah mengalami masalah kanser payudara pada sebelah payudara. 
2. Mempunyai masalah genetik tertentu yang meningkatkan risiko mendapat kanser payudara.
3. Mempunyai ibu, adik-beradik perempuan, anak perempuan atau lebih dari 2 orang saudara terdekat (seperti sepupu) yang pernah mengalami kanser payudara, lebih-lebih lagi jika dikesan pada umur muda. 
4. Masalah payudara yang meningkatkan risiko untuk kanser payudara( seperti `atypical hyperplasia`), atau pernah menjalani biopsi payudara lebih dari 2 kali untuk masalah payudara bukan kanser. 
5. Bersalin anak pertama semasa umur lebih dari 30 tahun. 
6. Menopause lebih daripada umur 55 tahun.
7. Akil baligh sebelum umur 12 tahun.
8. Tidak mempunyai anak selepas umur 30 tahun
9. Berumur lebih daripada 40 tahun

Adakah aktiviti fizikal boleh mengurangkan risiko kanser payudara?
Senaman lebih dari 4 jam seminggu boleh mengurangkan risiko kanser payudara kerana aktiviti fizikal boleh merendahkan paras estrogen dan meningkatkan daya imnunisasi.

Adakah penggunaan deodarant atau pisau cukur boleh meningkatkan risiko kamssr payudara?
Tidak ada kaitan.

Adakah penggunaan coli sewaktu tidur atau bersukan akan meningkatkan risiko kanser payudara?
Tidak sama sekali.

Adakah penggunaan coli bercawat besi meningkatkan risiko kanser payudara?
Tidak sama sekali.

Adakah berat badan berlebihan boleh menyebabkan kanser payudara?
Berat badan berlebihan mungkin boleh meningkatkan risiko kerana sel-sel lemak menghasilkan estrogen yang boleh merangsangkan pertumbuhan sel kanser.
Wanita sekitar umur 40`an dan 50`an yang paling berat mempunyai 2 kali ganda risiko mendapat KPD berbanding dengan wanita yang paling ringan yang berumur sama. 

Adakah saiz payudara  memberi kesan kepada risiko kanser payudara?
Tidak.

Apakah langkah pencegahan yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
1. Bersalin anak pertama sebelum umur 30 tahun
2. Memberi susu badan kepada bayi anda sekurang-kurangnya enam bulan
3. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang
4. Bersenam sekurang kurang 2-3 kali seminggu
5. Elakkan berat badan berlebihan

Adakah anda masih berisiko mendapat kanser payudara sekiranya tiada ahli keluarga anda yang mempunyai sejarah kanser?
Ya. Tidak ada pengecualian.

Adakah pemakanan yang tidak sihat boleh meningkatkan risiko kanser payudara?
Ya.
Ingat sel sel lemak meransang penghasilan estrogen.

Adakah anda perlu mengambil sebarang supplemen atau jamu atau apa apa pil kesihatan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
Tidak perlu dan tak payah membazir.
Ingat, kita taktahu apa kandungan di dalam jamu dan supplemen. Bahaya jika kandungannya boleh meninggikan paras estrogen di dalam badan. 
Jadi, sila jangan membazir.

Apakah tanda tanda awal kanser payudara?
Saya senaraikan di dalam gambar di bawah.
Jika ada tanda tanda seperti yang dinyatakan di bawah, sila dapatkan rawatan secepatnya.
Jangan berlengah kerana sel kanser cepat merebak dan boleh membawa kematian jika tidak dikesan awal dan tidak dirawat dengan segera.

Lakukanlan pemeriksaan sendiri payudara anda bermula dari umur 18 tahun.

Anda boleh melakukan pemeriksaan sewaktu baring, mandi atau sedang duduk berehat di rumah. Lakukanlah sebulan sekali.

Gunakan tangan sebelah kiri untuk periksa payudara sebelah kanan dan sebaliknya. 

Jangan lupa untuk rasa di celah dan bawah ketiak juga.

Kebanyakkan pesakit kanser payudara yang mendapat rawatan awal insha Allah boleh diselamatkan dengan rawatan yang betul.

Jangan berlengah dan ambil mudah ya.

Ingat, jaga makan, rajinkan diri bersenam, kawal tekanan, dapatkan berat badan yang ideal dan jangan membazir membeli benda2 merapu.

Nota kaki : Mahkota wanita bukanlah pada rambut semata mata, seluruh anggota badan juga adalah mahkota kurniaan Allah kepada kita. Jaga dan sayangi sebaiknya๐Ÿ˜Š

Ahad, 15 Oktober 2017

Cara hadapi rambut gugur secara semulajadi

GARAM ๐Ÿค”

Siapa kat sini Ada masalah rambut gugur ๐Ÿ˜ข
Mesti stress kan rambut gugur , rambut nipis rambut dah jarang jarang dan rambut dah nak BOTAK ๐Ÿ˜ญ

Meh Kita nak share tips mudah murah dan senang , guna barang yang Ada kat dapur je awak awak ๐Ÿค”( paling senang di abad ini )

Sy dah Amal kan , alhamdulillah berkesan ๐Ÿ‘๐Ÿผ rambut dah kurang gugur dah .. yang paling best rambut dah tumbuh semula , terpacak pacak anak rambut Kita ๐Ÿ˜ฌ

Korang amek sedikit garam dan campur dalam shampoo yang korang pakai Sekarang .. huh pelik kan ?? Tapi tu lah hakikat nya .. Cuba dulu baru tahu .. shampoo tu tak kesah pon korang guna jenama apa sekali pon .. cuma tambah garam je Dalam shampoo tu .. Lepas tu Mandi lah macam biasa ..

Dan paling best rambut korang Akan lembut dari biasa .. siapa je yang boleh pakai ? 1 family boleh .. ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Kalau Mandi tu shampoo termasuk mulut Ada rasa masin tu abaikan jelah ey ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Garam ni Kita amek kat dapur nak campur Dalam shampoo baru beli .. jangan lupa Goncang tau Lepas campur garam tu ๐Ÿ˜ฌsekali lah Kita share tips berguna ni untuk awak awak semua ๐Ÿ˜˜

Mami dhia ๐Ÿ˜˜

Moga bermanfaat 


Sabtu, 14 Oktober 2017

Resepi bihun sup simple

Resepi Bihun Sup Simple!!!

Bahan bahan
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
8 tangkai cili padi
Sebungkus bihun
2 tangkai sawi
Sepokok bunga kubis
Kubis
Sebiji lobak merah
Isi ayam dipotong kecil
Fishcake dihiris
Perencah sup
3 sudu besar minyak
Telur 2 biji
2 mangkuk air 

Hiasan
Daun bawang
Bawang goreng

Cara cara memasak
1. Panaskan minyak
2. Tumiskan bawang, cili padi sehingga wangi.
3. Setelah wangi dan kekuningan, masukkan ketulan ayam dan fishcake. Gaul sehingga ayam masak.
4. Masukkan air, garam, gula dan serbuk sup.
5. Masukkan sayur sayuran dan gaul sehingga masak.
6. Pecahkan telur ke dalam masakan. Masak sehingga sebati.
7. Taburkan daun bawang dan bawang goreng.
8. Celur bihun dan tapis. 
9. Hidangkan bihun di atas pinggan dan masukkan sup yang telah dimasak tadi.

Enjoy! 

Resepi mudah sarang semut sedap

Resepi Biskut Sarang Semut Sedap ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ‘๐Ÿผ

Bahan – Bahan Resepi Biskut  Sarang Semut – Resepi Biskut Raya

250 gram butter
100 gram gula halus
350 gram tepung gandum
100 gramtepung kastard
100 gram tepung jagung
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

 
Bahan Hiasan :

Sedikit coklat rice
Sedikit manik gula kecil yang bewarna warni
Secukupnya paper cup kecil

Cara Penyediaan Biskut Sarang Semut

Pertama , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pukul sehingga kembang butter dan gula halus dalam satu bekas, bila mengembang , masukkan lagi kuning telur  dan kacau sehingga rata.

Kedua , masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi adunan yang rata. Adunan yang telah menjadi doh itu diparut ke dalam bekas lain.

 
Ketiga , ambil parutan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam papercup serta taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180’C.

Keempat , bakar biskut sarang semut pada suhu yang sama selama 15-17 minit bergantung pada oven anda. Siap.

Memang senang kan ? Biskut yang masak dibiarkan sejuk dan disimpan dalam bekas kedap udara untuk bertahan lebih lama.



Resepi ayam masak merah kenduri

RESEPI AYAM MASAK MERAH KENDURI

Bahan2
1 ekor ayam - potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng - jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai - diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Siapppp...!!!
.
Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
.
.
Sila SHARE ye.
.
.

Cara ke pulau Pangkor

JOM BERCUTI KE PULAU PANGKOR DI PERAK

Jika anda ingin bercuti ke Pangkor, terdapat dua pilihan lokasi jeti yang boleh anda naiki. Anda boleh memilih untuk menaiki feri dari jeti Lumut yang lebih jauh atau jeti Marina Islands yang lebih dekat jaraknya ke Pulau Pangkor. Tambang bagi feri adalah RM 16 untuk trip pergi dan balik. Perkhidmatan feri bermula seawal jam 6 pagi sehingga jam 11 malam. Bayaran untuk kemudahan tempat meletak kereta di sekitar jeti pula adalah sekitar RM 50 sehari bergantung kepada caj yang dikenakan oleh pihak pengusaha servis tersebut. 

Setibanya anda di Pangkor, pengangkutan awam adalah penggunaan van merah jambu. Kebiasaaanya jika anda telah menempah hotel atau resort terlebih dahulu, mereka akan menghantar van tersebut untuk terus menjemput anda ke lokasi penginapan. Anda juga boleh memilih untuk menyewa motorsikal sahaja jika bercadang bercuti ke sini secara solo atau berdua. Terdapat pelbagai aktiviti lasak seperti menunggang motor ATV, bermain banana boat ataupun memancing ikan di sekitar pulau atau menyewa boat ke Pulau Sembilan.

Antara lokasi yang menarik untuk anda kunjungi jika tiba di sini adalah mandi pantai di Teluk Nipah. Terdapat banyak kedai cenderamata dan pakaian di sekitar kawasan ini. Restoran makanan laut juga ada banyak di sini untuk memudahkan anda menikmati juadah. Terletak di sebelah pantai Teluk Nipah pula adalah Coral Bay. Pantai di sini adalah lebih cantik dan bersih serta kurang pengunjung. Dari sini juga anda juga boleh berjalan kaki ke pulau kecil Coral Islands yang menjadi lokasi popular untuk aktiviti snorkeling. Anda juga boleh menyewa jet ski atau berkayak di sini untuk  menguji kemahiran lasak anda.Anda juga boleh memilih untuk bermain buaian sambil menikmati sagu dengan air kelapa. Selain itu,  boleh juga memilih untuk mandi dan menginap di pelbagai resort dan chalet sekitar Teluk Dalam ataupun Pantai Pasir Bogak

Jika anda ingin membeli hasil laut di Pangkor, terdapat banyak kedai yang menjual sotong kering, ikan kering udang kering dan ikan masin. Hasil laut yang sinonim dengan Pangkor pula sudah tentulah ikan bilis mata biru yang berharga sedikit mahal daripada ikan bilis biasa. Anda juga boleh memilih untuk bersiar-siar di sekitar pulau ini sambil melihat lokasi bersejarah seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat Belanda. Untuk makluman anda, Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Setelah diruntuhkan oleh penduduk tempatan yang menentang penjajahan Belanda, mereka telah membina semula kota tersebut dan dilindungi oleh 80 orang tenteranya. Setelah ditinggalkan oleh penjajah Belanda, Jabatan Muzium telah membina semula replika kota tersebut pada tahun 1973 untuk dimajukan sebagai monumen sejarah.

Tempat makan best kat Ipoh = cendol buah

Port nak makan cendol campur buah kat Ipoh. Datanglah ke sini kalau nak makan pulut jagung atau lien chee kang. Nak makan cendol oreo dengan cendol nata de coco pun ada. Memang sesuailah nak lepak sambil mencuci mulut kat sini.

FB: Cendol Green Town,Ipoh 
No.9 medan selera greentown, Jalan Hospital
31400 ipoh perak
Waktu perniagaan 10.30 hingga 6.30 petang
Call/Booking: www.wasap.my/60164543627

Harga Menu
Cendol kosong        rm2.00
Cendol kacang        rm2.50
Cendol jagung        rm3.00
Cendol pulut           rm3.30
Cendol oreo             rm3.50
Cendol natadecoco rm3.50
Cendol mangga       rm3.50
Cendol pisang          rm3.50
Lien chee kang       rm2.50
Wan tao long           rm3.00
Ais kacang ABC     rm3.50
CENDOL BUAH      rm4.50





Tempat makan best kat Ipoh = nasi kandar

Port makan nasi kandar piaw di Ipoh. Datanglah sini kalau nak makan nasi briyani campur ayam masak rempah. Nak lagi piaw, makan pulak dengan kari kepala ikan siap kacang bendi sekali dalamnya. Nak makan sini pun boleh, nak tapau bawak balik pun boleh. Jika nak order untuk tempahan banyak, boleh delive terus ke tempat korang di sekitar Ipoh..

FB: Restoran nasi kandar Tayub Selamat
No 77, Laluan Tasek Perdana, Medan Tasek Perdana, Ipoh
10 pagi sampai 6 petang 
Call/Booking: www.wasap.my/60164407786






Tempat makan menarik kat Ipoh = nasi lemak lah

Port nak beli nasi lemaklah kat Ipoh. Nak makan nasi lemak stail konvensional ada, nak makan dengan ayam goreng rempah pun boleh. Tapi lagi unik, ada nasi lemak balut dengan stail roti tortilla, memang rare. Gerai ini mengutamakan kebersihan, pakai sarung tangan plastik masa nak serve makan. Jika korang ada hajat nak membantu golongan yang kurang mampu, boleh beli nasi lemak dekat diorang. Nanti mereka akan hantar kepada gelandangan di sekitar Ipoh.

FB: https://www.facebook.com/nasilemaklah/
Depan McDonald's Meru Raya, Ipoh
buka jam 7 malam hingga 11 malam(Selasa tutup)
Call/Booking: www.wasap.my/60172784266

Follow Us: www.facebook.com/fcseladang









Jumaat, 13 Oktober 2017

Cara galakkan penghasilan susu

Assalamualaikum 




note: ONLY for ibu susuan. this would not apply for natural moms.
.
injection dan domperidone (apa jua jenis brand i.e.; motilium) sahaja tidak cukup.
.
jgn sekadar mengharapkan suntikan yang sekali itu dan pil setakat 3 biji sehari dapat mengeluarkan susu.
.
it wont.
.
this journey memerlukan yang berikut:
.
1) misi menaikkan berat badan utk yang kurus
.
i know we hate the weight, tapi KENA. berkorbanlah susuk solid utk sekejapan. lemak diperlukan utk susu. kita bukan ibu2 kandung yg keluar susu automatis. kita kena provide sumber utk diproses jasad kita.
.
makan makan makan makan makan. dan sebab makan ubat ni akan buat rasa nak muntah dan angin— makan.
.
2) strict regime.
.
stop aktiviti luar. berkorbanlah. setiap 3 jam, tolong pam 20-30 minit. tgh busy macammana pun— kena pam. tak boleh miss. perlu disiplin di tahap setiap 3 jam, badan kita akan senak kalau kita tak pam.
.
invest in breast pump. sewa. pinjam. tak kisahlah. tapi pam. dan KENA expect kita pam angin je seminggu dua. tak jadi apa. expect melecet dan pedih. maka beli nipple cream. kadang2 nampak macam xde harapan. just yakin. doa banyak2. solat hajat. tahajjud sekali.
.
domperidone jgn miss. buat alarm kat fon. letak ubat di mana2. jadi kalau alarm je terus makan. jgn “ala terlupa la”. disiplin laaaaaaa.
.
3) supplemen itu penting.
.
pergi kedai2 baby, tanya ada tak teh penggalak susu. ada banyak brand. aku beli brand neuner’s. beli kat kedai baby di curve damansara. brand lain pun boleh. xde masalah.
.
selain tu, aku beli halba. atau nama omputih dia fenugreek. rebus. minum. pahit payau bagai tu biasa laaaaa.
.
susu kambing minum banyak. aku minum @susujuna la apa lagi. selain tu, beli pil fenugreek. farmasi banyak. sehari 3 kali.
.
CONTOH DISIPLIN.
.
setiap pagi aku mulakan hari dengan horlicks, nestum, biskut wheetameal. lepas tu bilas dgn teh fenugreek yg aku rendam sekali 3 biji kurma merah.
.
pam:
7:30am
10:30am
1:30pm
4:30pm
7:30pm
10:30pm
.
tidur awal sebab regime ni mmg buat kita lemau. mmg penat weh. ada yg suka pam sampai malam pekat. silakan. mana2 yang selesa.
.
yang PALING penting—
stay hydrated.
minum air sekurang2nya 2litre.
.
bi iznillah.

Info kesihAtan = batuk berdarah dan santau

Assalamualaikum 


BATUK BERDARAH & SANTAU

' Eh, kau muntah darah ni, aku rasa kau kena santaulah!'

' Woi semun, kau ni aku tengok makin kurus, makin tak larat aje, makan pun nak taknak je, aku rasa baik kau pergi jumpa bomoh polan bin pilun, kau kena sampuk dengan jin ni takpun tertegur dengan setan'

Ada satu kes di kedah dua tahun lepas, seorang pakcik berusia lingkungan 40-an, di bawa ke hospital akibat sesak nafas melampau dan batuk berdarah. Kata anaknya, ayahnya mula batuk berdarah selama sebulan lebih, tak jumpa doktor dan jumpa bomoh kononnya disantau. Tetapi lepas jumpa bomoh, bomoh tu pula kena batuk berdarah dan bomoh tu kata jin yang masuk ke dalam badan ayahnya adalah jin siam sebab tu sukar dikalahkan.

Hurm last last ayahnya, bomoh tersebut dan beberapa orang pelanggan lain bomoh tersebut terkena jangkitan kuman tuberculosis atau tibi ( batuk kering).

Selepas ubat antitibi dimulakan, alhamdulillah keadaan mereka sudah stabil dan selepas 9 bulan mereka sudah bebas tibi.

Tibi adalah penyakit dan boleh dikatakan pembunuh nombor satu negara kita.

Antara faktor penyebab tibi adalah kebanjiran pembawaan penyakit ini dari imigran atau pekerja asing yang kebanyakkannya tidak menerima vaksin BCG di negara asal mereka.

Selain daripada itu, peningkatan kes penghidap HIV dan juga golongan antivaksin juga adalah antara penyebab tibi semakin tular.

Ada juga kes di mana pesakit tibi yang tidak menghabiskan rawatan tibi mereka menyebabkan penyakit mereka berulang dan bakteria tibi di dalam badan mereka menjadi kebal ( MDR-TB) dan sukar sembuh semula. 

Tibi adalah penyakit berjangkit melalui titisan air di udara ( airborne droplets) yang telah dicemari dengan kuman tibi.

Ianya boleh disebarkan melalui titisan air di udara apabila mereka bercakap, batuk, bersin, ketawa, menyanyi atau menjerit.

Ianya sangat mudah dijangkiti.

Golongan yang berisiko tinggi adalah:
1. Bayi dan kanak kanak
2. Golongan tua atau warga emas
3. Pesakit penghidap penyakit yang mengurangkan daya ketahanan seperti HIV, kencing manis, kanser, buah pinggang yada yada yada.
4. Pesakit di bawah ubatan steroids seperti SLE, psoriasis, Crohn disease
5. Pesakit yang menjalami rawatan kimoterapi
6. Individu yang terapat atau serumah atau setempat kerja atau sekatil  dengan pesakit tibi.

Tanda tanda tibi :
1. Batuk yang berpanjangan
2. Batuk berdarah
3. Sakit dada semasa bernafas
4. Sukar bernafas
5. Demam berpanjangan
6. Kurang selera makan
7. Penurunan berat badan yang mendadak
8. Berpeluh pada waktu malam atau menggigil.

Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali mempunyai masalah seperti di atas, tolong dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera di klinik dan hospital berdekatan anda!

Jangan melengahkan masa rawatan kerana ianya boleh membawa maut jika lambat dirawat.

Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.

Kasihanilah orang orang disekeliling anda. Kerana kedegilan anda, mereka yang mendapat binasa.

Dalam kes di atas, kesian bomoh dan pelanggan lain, tak pasal pasal dapat tibi jugak๐Ÿคฆ‍♀️

Boleh nak dapatkan rawatan Islam,cuma eloklah ke hospital dahulu kerana ianya melibatkan kesihatan. Buat dua dua rawatan kan bagus?

Nasihat saya adalah berhati hati jika membawa bayi kecil atau kanak kanak ke tempat yang ramai orang, kerana kita taktahu apa yang orang lain bawa dalam badan mereka.

Bukanlah kata jangan bawa anak anda keluar berjalan tapi elakkan tempat yang berisiko tinggi.

Anak kita, nyawa kita ada adalah amanah Allah untuk kita.
Jaga sebaiknya, bukan digadaikan atas sifat selfish malas mendapatkan rawatan yang betul.

Nota kaki : Dapatkan rawatan yang betul, bukannya asyik salahkan jin semata mata✌️

Sayangilah nyawa anda dan yang tersayang๐Ÿ˜Š

Rabu, 11 Oktober 2017

Info kesihatan = adakah najis anda normal

Assalamualaikum 


ADAKAH NAJIS ANDA SIHAT?

Ramai yang ambil enteng tentang najis sendiri apatah lagi najis orang lain atau spesis lain.

Ok, saya rumuskan jenis najis manusia di dalam gambar di bawah ya.
Haritu dah buat jenis jenis najis bayi kan.

Jenis 1
- tidak normal
- berketul ketul keras seperti kekacang
- diameter dalam 1-2cm
- sedikit sakit sewaktu melepaskan
- biasanya akibat kurang air atau serat , selepas pengambilan antibiotik
- kentut masih mudah dilepaskan

Jenis 2
- tidak sihat
- sembelit
- diameter najis 3-4 cm
- sukar dan biasanya diiringi dengan rasa sakit sewaktu dilepaskan
- biasanya najis terkumpul di dalam usus 2-4 hari
- boleh menyebabkan luka pada saluran najis atau anus, buasir, masalah usus, angin pasang, usus pecah
- kentut biasanya sukar dilepas dan berbau busuk lain macam
- biasanya disebabkan oleh kurang air, kurang serat, kurang bergerak, pengambilan vitamin tambah darah, masalah usus.

Jenis 3
- tidak normal dan tidak begitu sihat
- sembelit yang tidak begitu teruk
- najis terkumpul di dalam usus 1-2 hari
- masih memerlukan peneranan tetapi tidak begitu kuat dan sedikit sakit
- masih ada kentut seperti biasa

Jenis 4
- normal dan sihat!
- inilah najis yang ideal
- lembut
- panjang dan tidak terputus
- sekali sehari
- kentut tidak berbau busuk pelik
- mudah dilepaskan

Jenis 5
- normal dan sihat
- najis yang terpaling ideal!๐Ÿ’ฉ
- lembut dan mudah dilepaskan
- 2-3 kali selepas heavy meal ( makanan berat)
- diameter 1-1.5cm

Jenis 6
- tidak normal
- sukar dikawal
- borderline antara normal dan cirit
- disebabkan oleh pergerakan usus yang sedikit terlebih aktif
- faktor penyebab biasanya akibat terlebih pengambilan garam kalium, dehidrasi secara tiba tiba, tekanan darah naik mendadak akibat stress( tekanan), makan makanan pedas dengan banyak, penggunaan ubat pelawas ( laxative)

Jenis 7
- inilah yang dinamakan cirit
- cirit birit adalah apabila najis sebegini terjadi lebih dari lima kali sehari
- boleh dikatakan air tanpa pepejal
- berbau busuk

Ok, dah faham kan?
Yang normal adalah jenis/bristol 4&5
Yang lain adalah dikira tidak normal dan tidak sihat

Namun, jika najis diiringi dengan darah atau lendir, ianya adalah tidak sihat.

Najis berwarna cerah atau putih(krim) juga adalah tidak sihat.

Jika najis yang sekejap cirit, sekejap sembelit juga adalah tidak sihat.

Jadi, jika najis anda ada ciri ciri seperti yang disebutkan, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul di klinik atau hospital berhampiran anda segera.

Jangan pandang mudah ok.

Banyak penyakit usus yang kadangkala kita terlepas pandang dan akibatnya penyakit semakin melarat.

Insha Allah esok saya kongsikan tentang sembelit dan kanser usus.

Jaga diri
Jaga pemakanan
Minum air masak secukupnya
Bersenam

Nota kaki : Najis yang sihat bermula dari gaya hidup yang sihat๐Ÿ˜Š

Selasa, 10 Oktober 2017

Resepi ayam berempah meletup pop pop






Assalamualaikum 





AYAM GORENG BEREMPAH MELETOP POP POP

Bahan-bahan:

Bahan A (dikisar):

Serai
Lengkuas
Halia
Lada kering

Bahan B:

Telur ayam
Garam
Gula
Biji ketumbar
Daun kari
Tepung jagung

* Lebihkan bahan kisar untuk lebih sedap.

Cara-cara:

1. Sediakan ayam yang dipotong kepada 16 bahagian dan ditoskan airnya.

2. Masukkan bahan A dan b dan digaul sebati.

3. Perap selama 20 minit atau boleh disimpan di dalam peti ais.

4. Goreng dalam minyak yang banyak untuk masak sepenuhnya dan lebih rangup.

5. Siap dan boleh dimakan semasa berbuka dengan lauk lain.

Kredit: Khumaira CAFE & Catering
LIKE|SHARE|KOMEN

Info kesihatan = apa itu kolagen dan kepentingan

KOLAGEN
( Post bulan 8 saya๐Ÿ˜Š)

Perkataan  kolagen adalah berasal daripada bahasa Greek 'kolla' yang membawa maksud gam.
( kolla bukan koka kola ok)

Kolagen adalah sejenis protein di dalam tubuh badan kita. Boleh dikatakan ianya membentuk 30% daripada jumlah protein.

Ianya bertindak seperti gam yang memegang  tulang, kulit, otot, tendon dan boleh dijumpai dengan banyaknya di organ badan seperti  kornea, gigi dan salur darah.

Jadi, penting ke kolagen ni?
Amat penting!
Jika 'gam' ini tiada, kebanyakkan organ badan akan menjadi lemah.

Ada 16 jenis kolagen di dalam badan kita tetapi yang terpenting adalah 4 jenis iaitu
1. Jenis 1 
Membentuk 90% kolagen badan. Diperbuat daripada fiber yang padat. Ianya memberikan 'gam' kepada kulit, tulang, tendon, gigi dan tisu penghubung.

2. Jenis 2
Diperbuat daripada fiber yang lebih renggang dan biasanya dijumpai di bahagian sendi.

3. Jenis 3
Jenis ini berfungsi untuk menyokong struktur otot, organ badan dan salur darah.

4. Jenis 4
Berfungsi sebagai penapis dan biasanya dijumpai di antara lapisan kulit.

Semakin meningkat umur kita, badan kita akan semakin berkurangan menghasilkan kolagen. Kualiti kolagen juga berkurangan dengan peningkatan usia.

Terutamanya wanita.
Selepas menopause, penghasilan kolagen akan semakin lemah.

Tanda utama yang kita boleh tahu bilamana kolagen menjadi kurang berkualiti adalah apabila kulit menjadi kurang anjal dan mula ada kedutan.

Semua kolagen bermula daripada pro-kolagen.

Badan kita menghasilkan pro-kolagen dengan menggabungkan 2 jenis asid amino iaitu glycine dan protein.

Saya terangkan di dalam gambar tentang nutrisi dan tabiat yang boleh mempengaruhi penghasilan kolagen di dalam badan๐Ÿ˜Š

Penghasilan makanan yang paling baik untuk sumber kolagen adalah bone brooth ( sup tulang). 

Rebuskan sahaja tulang2 ayam atau lembu atau kambing, tak perlu garam yang banyak pun kerana tulang sudah mempunyai rasa yang sedap.

Jadi, berkesankah minuman yang kononnya mempunyai kolagen ini?
Haruslah tidak.
Kopi kolagen, susu kolagen, jus jus kolagen semuanya tinggi kandungan gulanya. 
Kononnya manis itu dari madu tapi sebenarnya gula.

Jangan tertipu bila ada produk mengatakan menggunakan madu. Ada beza rasa madu asli dan madu tipu.

Gula yang tinggi merencatkan penghasilan kolagen.

Kopi campur kolagen? Lagi mengarut.
Kaffein akan mengurangkan lagi penghasilan kolagen di dalam badan.

Betulkah ada krim yang mengandungi kolagen boleh mengurangkan kedutan?
Ada.
Tapi bukan krim lambakan.
Ianya adalah krim berkualiti tinggi yang memerlukan kajian mendalam. Bukan longgokan pasar malam atau toko toko ubat.

Krim yang mengandungi bahan seperti retinol, alpha hydroxy acid, peptide, resveratinol, anti oxidant ( beta carotene, lycopene, selenium) adalah bagus tetapi tiada kajian saintifik mengatakan ianya boleh mengembalikan keanjalan kulit.

Krim hanya membantu mengurangkan kedutan kulit tetapi bukan keanjalan kukit

Molekul kolagen adalah terlalu halus.

Krim atau serum adalah bermolekul besar dan sudah tentulah kegunaannya hanyalah untuk bahagian luar kulit sahaja.

Perlu diingat bahawa, keadaan bawah kulit adalah sama penting dengan atas kulit.

Jadi, perlukah sun blocked?
Perlu dan wajib.
Atmosfera kita semakin menipis dan sinaran uv semakin kuat untuk kulit kita.
Setiap hari wajib apply sun blocked ok. 
Lagi lagi yang selalu terdedah kepada sinaran matahari yang terik.

Tambahan pula, kulit kita semakin menipis dengan peningkatan umur.

Rawatan untuk penuaan bagi menghilangkan/mengurangkan kedutan hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit yang bertauliah sahaja. 

Biasanya berbentuk suntikan ( filler). Itupun ianya bukanlah untuk jangka masa yang lama.

Kolagen dalam badan kita akan berkurangan juga seiring dengan peningkatan usia.

Tidak ada kajian tentang penggunaan makanan tambahan untuk kolagen. Ianya cuma lebih kepada placebo effect sahaja.

Supplemen yang tinggi kolagen juga bukan boleh dihasilkan melalui kilang biasa. 

Ianya memerlukan kajian rapi dan berjuta ringgit. Bukan kilang yang boleh hasilkan 1001 jenis produk dengan bahan yang lebih kurang sama.

Ada juga supplemen untuk sendi sendi, ianya boleh membantu menambah dan membaiki sel sel dan anda wajib berbincang dengan doktor yang merawat anda. Jangan main beli sahaja ok.

Jadi, anda rasa tertipu dengan produk yang mengaku bahannya ada kolagen?
Ya, anda memang sudah tertipu.

Tahukah anda kandungan kolagen di dalam makanan seharian seperti sup tulang adalah sama sahaja dengan supplemen mahal? Semuanya bersumberkan protein yang akhirnya akan dipecahkan menjadi asid amino.

Ada yang kata alaa dari makan makanan biasa yang ada garam gula dan minyak, baik makan supplemen yang tak ada minyak garam dan gula.
Inilah kita katakan perbandingan yang tak bijak.

Kenapa kena letak garam gula dan minyak yang banyak bila masak? Kawallah apa yang kita makan.

Jika kita makan macam jebon, badan pun akan jadi macam jebon.

Dan tahukah kandungan di dalam makanan tambahan lagi merbahaya kerana ada bahan kimia lain? Tambah pula makanan tambahan yang tiada kajian spesifik, entah apa yang dicampur.

Janganlah bandingkan makanan segar dengan supplemen. Sudah tentulah yang bagus adalah yang segar.

Sebab itu saya selalu kata, dari membazir beli supplemen yang mahal, baik kita beli dan makan makanan segar yang sihat. 

Perlukah vitamin C?
Jika kita boleh makanan yang fresh, kenapa perlukan yang tiruan?
Jika mahu juga, beli lah di farmasi yang berdaftar, bukan yang online. Namun, tiada kajian mengatakan vitamin C membantu dalam keanjalan kulit cuma boleh membantu membekalkan sumber vitamin C sahaja.

Makan makanan yang sihat dan segar
Bersenam
Minum air masak banyak banyak
Amalkan ulam ulaman
Sentiasa positif 
Hiduplah dengan gembira

Makin tua, makin kedut itu biasa.
Kalau cucuk botox pun, lama lama akan kedut juga.

Jika awak menemui jantung kehidupan, insha Allah awak akan menemukan kecantikan dalam segala hal, bahkan pada mata yang buta pada keindahahan. Apakah jantung kehidupan? 
Tepuk dada, tanya iman๐Ÿ˜Š

Nota kaki : Kesimpulan kata, supplemen mengandungi kolagen adalah placebo semata dan krim kolagen juga adalah bersifat sementara✌๐Ÿป

Info kesihatan = sakit lutut

KEPALA LUTUT
( Post bulan 4 saya)

' Adoi doktor, lutut saya ni sakit sangatlah. Nak bengkok susah sangat. Jatuh minggu lepas tapi still sakit2 lagi' ( masih boleh berjalan)

' Aiyaa dokter. Ini lutut kan rasa asam asam(kebas) la. Susah mau jalan. Bila duduk saja, nak jalan mesti susah woo.'

' Adui adui adooohhhh! Sakit gilaaaaa!! Nak berdiri pun takleh ni!! Adoooohhhhhh' ( baru lepas accident)

' Doktor! Tengok la ni.. bengkak gilaaaaaa lutut saya ni.. sakit dia ya allah! Tuhan ja yang tau.. semalam ada makan nasik lemak lauk sardin dgn sambal sotong' ( pesakit memang ada gout)

Ramai juga yang datang ke klinik dengan komplen sakit lutut. Dari yang muda belia ke yang tua usianya. ( kalau cakap tua bangka nanti orang marah)

Terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan sakit lutut ni. Antaranya adalah :
1. Trauma/ cedera
- patah, koyak otot, cedera pada ligamen atau tendon, kurangnya pelincir antara lutut dan peha.

2. Penyakit lutut
- boleh jadi osteoarthritis, osteoporosis, reactive arthritis, tendonitis,gout dan lain lain.

3. Pendarahan pada sendi
4. Jangkitan kuman di kawasan lutut
- septic arthritis.
5. Obesiti
6. Peningkatan usia
7. Kurang mineral seperti kalsium, iron, magnesium
8. Terlalu aktif bersukan atau berolahraga
9. Masalah saraf

Tidak semua orang akan datang ke klinik dengan komplen yang sama. Ianya bergantung kepada penyebab berlakunya sakit lutut.

Komplen yang biasa kita dapat adalah :
1. Lutut bengkak
2. Lutut keras atau tak dapat dibengkokkan
3. Ada bunyi kruk kruk pada lutut
4. Tidak stabil bila berdiri
5. Sakit pada lutut bila berdiri atau bergerak
6. Lutut rasa lemah dan tidak mampu menampung berat badan
7. Demam
8. Rasa sengal sengal di kawasan lutut
9. Lutut menjadi panas 
10. Susah untuk bangun di waktu pagi( mengambil masa yang lama untuk berdiri/bangun dari katil).

Segeralah berjumpa dengan doktor jika ada tanda tanda seperti di atas.

Ada banyak pemeriksaan yang perlu dilakukan sebelum doktor mendiagnos pesakit yang datang. Yang paling penting adalah cerita yang pesakit sampaikan.

Ingat, doktor bukan bomoh yang boleh tahu awak sakit apa hanya dengan tengok sahaja.

Doktor biasanya akan membuat pemeriksaan xray / ultrasound/ ct scan/ mri, pemeriksaan darah, pengambilan sampel dari cecair di lutut ( jika perlu). 

Rawatan akan diberikan berdasarkan hasil diagnosis. Dan bukannya semuanya perlukan pembedahan.

Ramai yang suka salah sangka.
Asal lutut bengkak je gout.
Asal berdiri lutut rasa kebas sikit je patah.

Tapi tak ramai yang perasaan kebanyakkan masalah lutut adalah disebabkan oleh masalah berat badan.

Bahagian pelvic ( pinggul) ke bawah (peha,lutut,kaki) adalah bahagian yang menampung berat badan kita. Jadi, jika kita terlebih berat badan atau obesiti, perut membuncit dengan jayanya, kesianlah pada bahagian kaki dan pinggang kita. 

Bayangkan kena tampung 80-90kg setiap hari.
Sebab tu selalu sakit2 atau sengal2 lutut.

Muda muda lagi dah sakit sakit lutut.
Cubalah untuk dapatkan berat badan yang ideal.

Golongan kedua yang banyak komplen tentang sakit lutut ini adalah golongan yang berpenyakit kencing manis. 

Komplikasi utama pesakit kencing manis adalah masalah mata, buah pinggang dan saraf. Semua ni terjadi disebabkan oleh pengaliran darah ke organ dan salur darah lain sudah tidak cantik. 
Sebab tu badan kita akan rasa sengal2 sahaja bila kandungan gula tinggi. 

Saluran darah menjadi sempit menyebabkan organ tidak dapat oksigen dan bekalan darah yang mencukupi sebab tu tidak dapat berfungsi dengan normal.

Kalau dah ada penyakit gout, kawallah pemakanan kita. Janganlah sudah tahu tapi masih berdegil nak makan itu ini. Nanti bila dah sakit, asyik mengomel saja.

Bukan takboleh makan itu ini tapi kawal.
Bersederhanalah.

Dan untuk golongan yang sudah berusia biasanya lebih 50 tahun, masalah tulang rapuh atau osteoporosis adalah biasa. Lagi lagi untuk yang sudah menopause.

Bayangkan jika sudah berumur 55, dengan penyakit kencing manis lagi, berat 95kg lagi ( bmi 32), agak agak akan sakit lutut tak?

Jagalah dulu yang utama.
Insha allah yang lain lain juga akan terjaga.

Melainkan memang berlaku trauma atau ada jangkitan kuman, itu kita tak dapat nak elakkan.

Perlu ke fisioterapi?
Perlu untuk mengurangkan kesakitan dan membantu menyembuhkan fungsi kaki.

Perlu ke supplemen untuk lutut?
Tak perlu. Cuma perlu jaga makan ( cukup mineral yang diperlukan setiap hari). Glucosamine juga bukanlah ubat untuk sakit lutut, ianya cuma vitamin tambahan sahaja.

Betul ke ada supplemen yang boleh sembuhkan luka atau trauma lutut?
Tak betul. Semua itu hanyalah ubat tahan sakit dan mengandungi steroids sahaja. Jangan terpedaya.

Betul ke ada ubat sapu yang boleh buatkan makayah kita terus boleh berdiri?
Tak betul. Ubat atau krim sapu itu juga mengandungi analgesik/tahan sakit/steroids dan krim dengan elemen panas sahaja.

Hidup macam biasa.
Jaga makan. Pastikan semua elemen ( karbohidrat/protein/lemak/serat/vitamins) cukup dalam diet seharian.
Rajinkan diri bersenam.
Dapatkan berat badan yang ideal.

Ingat, badan cergas otak cerdas.

Nota kaki : badan makin berat, semua pun sendat, perut berlipat, lutut pun ketat✌๐Ÿป

Kenapa doktor mengambil ujian darah

DRAKULA
( Post bulan 5 saya)

'Saya demam 4 hari lah doktor. Badan rasa sakit sakit, sakit kepala, meloya saja.'
( doktor : ok kita ambil darah)

' Saya ada bisui ka doktor kat bawah ketiak ni. Sakit sangatlah sebab terhempap je kan. Tengok ni merah menyala, saya rasa ada nanah tu doktor.'
( doktor : ok kita periksa darah)

' Kaki saya bengkak dan merah merah lah doktor. Sakit nyut nyut sampai ke pinggang. Rasa macam nak demam. Saya ada kencing manis juga ni doktor.'
( doktor : ok kita ambil darah)

' Saya pening kepala, sakit perut dengan meloya lah doktor. Jantung rasa dupdap dupdap. Period saya lama dah ni doktor, dah dua minggu pun tak kering kering lagi.'
( doktor : ok kita periksa darah)

Eh eh ehhh doktor ni drakula ka sikit sikit darah darah darah.

Habislah darah saya kalau asyik nak ambil darah je doktor oiiii.

Sakit tau tak ambil darah tu. Doktor tak pernah kena ambil darah memang la doktor taktahu.

Macam macam lah sumpah seranah dan mitos yang berleluasa.

Memanglah kena periksa darah wahai tuan tuan dan puan puan yang dikasihi. Kalau tak, macam mana nak tahu kalau ada jangkitan ke, darah kurang ke kan?

Doktor bukannnya bomoh boleh main bagi ubat sesuka hati je.

Demam sehari kalau suhu melangit pun kena periksa darah. Mana tau ada jangkitan bakteria ka virus ka. Lain lain tu ubat untuk setiap kuman.

Sama juga kalau ada bisul ke kaki bengkak ke, semua sebab nak tentukan ubat apa yang perlu dibagi. Bukan saja suka suki.

Kalau keluar darah berpanjangan pun kena periksa juga lagi lagi kalau ada simptom2 kurang darah macam jantung berdegup laju, sakit kepala, meloya, sakit perut, muntah, susah nafas, penat. Kalau darah kurang sangat, kena topup pula darah tu.

Darah tak akan habis pun kalau diambil setiap hari sebab kuantiti yang diambil sangatlah sedikit.

Cuba awak derma darah.
Lagi bergelen darah yang diambil.
Buat pula setiap tiga empat bulan sekali.
Elok sahaja kan penderma darah?

Dalam tubuh manusia ada 70ml/kg darah, lebih kurang 4.5-5.5 liter.

Sekali ambil darah cuma dalam 2-10 mililiter sahaja dan kalau kita menderma darah cuma 0.5liter darah sahaja yang diambil.

Darah merah dalam badan manusia memiliki usia dalam 120 hari dan akan sentiasa dihasilkan di tulang sumsum.

Sebab tu kalau sudah derma darah kena tunggu lebih kurang 3-4 bulan lagi untuk derma sekali lagi.

Jadi, jangan risau jika kena selalu ambil darah contohnya dalam kes demam denggi yang wajib diambil darah setiap hari untuk pemantauan.

Darah anda akan sentiasa dihasilkan semula melainkan jika anda ada masalah tulang sumsum yang akan merencat sedikit penghasilan darah dalam badan.

Darah manusia adalah kompleks. Terdapat beberapa komponen dalam sel darah kita iaitu :
1. Plasma
2. Sel darah merah
3. Sel darah putih
4. Platelets 

Setiap bacaan untuk setiap komponen darah adalah berbeza dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan.

Jika ada terdapat masalah samada kurang atau lebih untuk setiap komponen, maka perlu dibuat pemeriksaan lanjut.

Contoh:
1. Kurang darah merah kita panggil anemia
2. Terlebih darah merah kita panggil erythrocytosis
3. Terlebih darah putih kita panggil leukocytosis dan jika ada tanda tanda jangkitan, biasanya perlu mulakan antibiotik.
4. Jika darah putih kurang kita panggil leukopenia dan jika ada tanda tanda jangkita, biasanya disebabkan oleh virus seperti denggi.

Sebab itu pentingnya pengambilan darah.

Doktor tak minum atau jual pun darah anda.
Cuma perlu untuk tahu apa diagnosis dan apa rawatan yang sesuai sahaja.

Mitos tentang ada diet spesifik untuk setiap jenis darah juga adalah salah.

Peliknya orang kita, kalau doktor nak cucuk untuk ambil darah, takut sungguh mereka.

Tapi kalau dia pergi cucuk vitamin c, cucuk botox, ozon terapi ( eh dah diharamkan kan yayaiy), tak pulak depa takut. Siap boleh buat berkali kali. Sebab? Bayar banyakkah?๐Ÿค”

Percayalah.
Setiap sesuatu pasti ada sebab musababnya.
Bertanyalah pada doktor atau anggota kesihatan yang merawat anda, insha allah akan diberikan penerangan.

Kalau depa tak bagitau jugak, mak depa hijau๐Ÿ˜œ

Dan tolonglah jangan takut pergi klinik atau hospital hanya sebab takut kena cucuk. Kalau anda berikan kerjasama, sekali cucuk ( tak sampai 10 saat) dah siap.

Doktor bukan drakula ok.
Gigi semua pun kontot kontot aje✌๐Ÿป

Dari makan darah, baiklah makan nasik kandaq ka sushi ka pretzel ka makaroni ka yongtaufu ka megi goreng ka. Kenyang pun kenyang, sodap pun sodap.

Nota kaki : lebih baik menderma darah dari mencekik darah๐Ÿ˜œ

Jumaat, 6 Oktober 2017

Info kesihatan Kuman Bekam

KUMAN BEKAM
.
Sedih dengar cerita seorang pesakit yang pernah dijangkiti virus Hepatitis C akibat berbekam. Mungkin ianya satu kes terpencil, tetapi boleh dijadikan iktibar kepada penggemar bekam seluruh dunia.
.
Kisahnya bermula beliau dihinggapi Hepatitis C. Setelah diselidik tiada sumber lain yang menyebabkan sumber jangkitan kecuali beliau pernah berbekam sebulan sebelum itu. Nasib baik beliau segera dirawat dari doktor pakar. Keputusan akhir darah dapati beliau sudah bebas dari Hepatitis C.
.
Beliau membayangkan kembali di saat bekam dijalankan, pengamal bekam tersebut tidak mengamalkan konsep kebersihan. Pengusaha bekam itu hanya membasuh 'cup' bekam dengan cincai sahaja. Walaupun gunakan sabun dan air, tetapi nampak lagi darah kemerahan melekat di dinding cawan tersebut. Kemudian lap dengan tisu tandas darah yang terkumpul. Cawan bekam itu dikongsi dengan pelanggan lain pulak. Sedangkan kini sudah ada cawan bekam jenis pakai buang. Tapi demi jimatkan kos, cawan yang satu itu dikitar semula.
.
Nasihat saya kepada para pengamal bekam agar menjaga kebersihan semasa menjalani prosedur. Perkara ini selalu patut ditekankan dalam kursus-kursus yang mereka hadiri. Paling minima 'universal precaution' perlu diamalkan. Membasuh tangan dengan betul, memakai topeng muka, memakai sarung getah tangan yang nyahkuman dan menyelia semua alatan sebaik sahaja prosedur wajib dilakukan demi mengelak jangkitan kuman.
.
Virus bahaya yang berisiko tinggi untuk dijangkiti seperti Hepatitis B, Hepatitis C dan HIV. Kajian mendapati peratus risiko jangkitan virus Hepatitis B sebanyak 30%, virus Hepatitis C sebanyak 2% dan virus HIV sebanyak 0.3%. Begitu juga bakteria stafilokokos, streptokokus dan pelbagai lagi boleh mengundang jangkitan yang menyeksakan jika tidak diurus dengan baik.
.
Pihak KKM melalui Unit Perubatan Tradisional & Komplimentari telah mengeluarkan garis panduan bekam. Antaranya:
1) Peralatan untuk berbekam
a. Alat bekam - cawan
Cawan bekam tanpa perlu memanaskan udara sebelum diaplikasikan kepada pelanggan.
Cawan–cawan ini perlu disterilkan selepas setiap sesi rawatan, dan cawan yang sama tidak boleh tidak boleh digunakan pada tempat yang berbeza atau pada pelanggan yang lain.
Pastikan saiz cawan adalah bersesuaian dengan tempat yang akan diaplikasikan.
b. Lanset steril pakai buang
Hanya lanset pakai buang sahaja yang digunakan untuk menoreh kulit semasa prosedur bekam basah dilakukan.
.
2) Amalan baik langkah berjaga-jaga
a. Pengamal dikehendaki memastikan standard langkah berjaga-jaga dalam penjagaan kesihatan sentiasa diikuti pada setiap masa dan semua pengurusan sisa klinikal perlulah mematuhi garis panduan pengurusan sisa klinikal (rujuk pada Garis Panduan Mengurus Sisa Klinikal di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, 2009)
b. Bagi memastikan bahagian badan yang digunakan untuk rawatan bekam basah tidak

dijangkiti kuman, pengamal perlulah menggunakan lanset steril pakai buang.
c. Permukaan kulit di bahagian badan yang akan digunakan untuk bekam basah perlu

dibersihkan terlebih dahulu dengan 70% isopropyl alcohol dan dibiarkan kering sebelum membuat torehan.
d. Semua peralatan bekam perlu dicuci hama dan disterilkan mengikut kaedah pensterilan dan disinfeksi yang bersesuaian sebelum digunakan pada pesakit.
e. Pengamal dikehendaki menggunakan peralatan perlindungan peribadi terutamanya sarung tangan semasa prosedur rawatan dan mesti memastikan tahap kebersihan diri sentiasa dijaga.
.
Semoga nasihat ini didengari
.








Ahad, 1 Oktober 2017

Info kesihatan PID (pelvic inflammation disease )

Assalamualaikum ❤️


PELVIC INFLAMMATORY DISEASE (PID)
(Saya kongsikan sekali lagi artikel ini khusus untuk mereka yang taksub dengan jamu dan insert2)

Kebelakangan ini makin ramai wanita muda mengalami masalah PID ini. Tapi tak ramai yang mendapatkan rawatan dengan betul. Dibiarkan sampai memakan diri sendiri.

Apakah PID?
Penyakit keradangan pelvis ini adalah jangkitan kuman terhadap sistem peranakan wanita. Jangkitan kuman ini boleh berlaku di bahagian serviks dan merebak ke rahim,ovari dan tiub Fallopio. 

Bagaimanakah PID terjadi?
Biasanya disebabkan oleh bakteria penyakit kelamin (STD- sexually transmitted diseases) seperti Neisseria Gonorrhea, Chlamydia Trachomatis. 

Tetapi di Malaysia, penyakit kelamin biasanya disebabkan oleh Gonorrhea.

Penggunaan vaginal wash juga merbahaya kerana ianya boleh mengubah pH asal mahkota wanita. 

Mahkota kita sudah mempunyai pH yang sesuai dan ada bakteri baik dan jahat dalam nisbah yang seimbang. Tidak perlu kita ubah apa apa.

Hubungan kelamin bersama suami tidak sama dengan proses memasukkan sesuatu selainnya. Jadi, tidak logik jika anda samakan hubungan dengan suami dan tangan sendiri. 

Siapakah yang berisiko tinggi mendapat PID?
* Membuat hubungan seks tanpa kondom ( dengan pasangan yang tidak kenali/ bertukar tukar pasangan)
* Berusia di bawah 25 tahun dan aktif dari segi seksual pada usia muda 
* Mempunyai pasangan seks baru;
* Mempunyai beberapa orang pasangan seks;
* Mempunyai sejarah mengalami jangkitan kelamin, atau suami anda mempunyainya.
* Menggunakan alatan pelik di bahagian sulit seperti douche atau meruang.

Jangkitan kuman ini boleh merebak dari bukaan rahim(serviks) dan menjangkiti seluruh bahagian  rahim, ovari dan tiub Fallopio.

Apakah tanda tanda dijangkiti PID?
Biasanya wanita tidak mengalami sebarang tanda tanda. Tapi jika anda seringkali berasa simptom seperti di bawah, segeralah berjumpa doktor.
( boleh rujuk gambar)

Adakah PID merbahaya?
Jika tidak dirawat dari awal, memang merbahaya.

Sebab tu jika rasa sesuatu tidak kena, terus dapatkan rawatan. Bukan tanya dulu kat group merapu dan malas ke klinik/hospital.

PID boleh menyebabkan tisu di bahagian tiub Fallopio tercalar (meninggalkan parut) dan bernanah. Ini boleh menyebabkan tiub tersumbat dan telur tidak dapat disenyawakan mengakibatkan mandul.

Jika telur itu disenyawakan, ianya tidak dapat turun ke rahim menyebabkan berlakukan kandungan luar rahim ( ectopic pregnancy).

Jadi, jangan ambil enteng.
Nanti salahkan jin pula๐Ÿ™„

Bagaimana pemeriksaan dilakukan?
Doktor akan bertanya sejarah penuh tentang penyakit anda dan melakukan pemeriksaan lengkap yang bersesuaian dengan simptom yang anda sebutkan.

Biasanya, pemeriksaan calitan pada bahagian serviks dan rahim.

Apakah rawatan untuk PID?
Jika didiagnos di peringkat awal, antibiotik akan diberikan berdasarkan keputusan pemeriksaan. Biasanya antibiotik akan diberikan selama dua minggu.

Anda wajib habiskan antibiotik anda dan elakkan bersama pasangan dalam masa dua minggu untuk mengelakkan jangkitan merebak.
Ingat, penyakit kelamin merebak dengan hubungan kelamin.

Perlukah rawatan pembedahan?
Kebiasaanya tidak perlu melainkan jika nanah itu terlalu besar menyebabkan kesakitan yang melampau atau nanah itu pecah.

Jadi, dapatkan rawatan segera sebelum terlambat.

Apakah langkah pencegahan yang perlu anda lakukan?
1. Hindari seks rambang.
2. Jangan gunakan douche 
3. Jangan meruang
4. Basuh mahkota anda dari depan ke belakang bukan sebaliknya.
5. Lakukan ujian Paps smear setahun sekali jika anda adalah seorang muda ( bawah 25 tahun) dan aktif melakukan hubungan seksual.
6. Tidak perlu gunakan feminine wash. Cukup sekadar air biasa. Cuci dan lap sehingga kering.
7. Jangan masukkan apa apa seperti jamu/manjakani/perapat ke dalam mahkota anda.

Bolehkah anda mengandung jika anda pernah dijangkiti PID?
Insha Allah boleh.
Dapatkan rawatan sebetulnya.

Ingat, jangan beri peluang kepada kuman untuk masuk ke dalam mahkota anda.

Jagalah kebersihan sebaiknya.

‎ุฅِู†َّ ุงู„ู„َّู‡َ ุชَุนَุงู„ู‰ ุทَูŠِّุจٌ ูŠُุญِุจُّ ุงู„ุทَّูŠِّุจَ ู†َุธِูŠูٌ ูŠُุญِุจُّ ุงู„ู†َّุธَุงูَุฉَ ูƒَุฑِูŠู…ٌ ูŠُุญِุจُّ ุงู„ْูƒَุฑَู…َ ุฌَูˆَุงุฏٌ ูŠُุญِุจُّ ุงู„ْุฌُูˆุฏَ ูَู†َุธِّูُูˆุง ุฃَูْู†ِูŠَุชَูƒُู…ْ 
‎(ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุชูŠุฑู…ุฏู‰:2723)

Sesungguhnya Allah swt. itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu. 
(H.R. at –Tirmizi: 2723)

Nota kaki : Lindungi mahkota kita dari kuman durjana✌๐Ÿป



Faraj tak boleh berkerak tapi boleh tersumbat apabila disumbat dengan benda merapu.

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...