Jumaat, 13 Oktober 2017

Info kesihAtan = batuk berdarah dan santau

Assalamualaikum 


BATUK BERDARAH & SANTAU

' Eh, kau muntah darah ni, aku rasa kau kena santaulah!'

' Woi semun, kau ni aku tengok makin kurus, makin tak larat aje, makan pun nak taknak je, aku rasa baik kau pergi jumpa bomoh polan bin pilun, kau kena sampuk dengan jin ni takpun tertegur dengan setan'

Ada satu kes di kedah dua tahun lepas, seorang pakcik berusia lingkungan 40-an, di bawa ke hospital akibat sesak nafas melampau dan batuk berdarah. Kata anaknya, ayahnya mula batuk berdarah selama sebulan lebih, tak jumpa doktor dan jumpa bomoh kononnya disantau. Tetapi lepas jumpa bomoh, bomoh tu pula kena batuk berdarah dan bomoh tu kata jin yang masuk ke dalam badan ayahnya adalah jin siam sebab tu sukar dikalahkan.

Hurm last last ayahnya, bomoh tersebut dan beberapa orang pelanggan lain bomoh tersebut terkena jangkitan kuman tuberculosis atau tibi ( batuk kering).

Selepas ubat antitibi dimulakan, alhamdulillah keadaan mereka sudah stabil dan selepas 9 bulan mereka sudah bebas tibi.

Tibi adalah penyakit dan boleh dikatakan pembunuh nombor satu negara kita.

Antara faktor penyebab tibi adalah kebanjiran pembawaan penyakit ini dari imigran atau pekerja asing yang kebanyakkannya tidak menerima vaksin BCG di negara asal mereka.

Selain daripada itu, peningkatan kes penghidap HIV dan juga golongan antivaksin juga adalah antara penyebab tibi semakin tular.

Ada juga kes di mana pesakit tibi yang tidak menghabiskan rawatan tibi mereka menyebabkan penyakit mereka berulang dan bakteria tibi di dalam badan mereka menjadi kebal ( MDR-TB) dan sukar sembuh semula. 

Tibi adalah penyakit berjangkit melalui titisan air di udara ( airborne droplets) yang telah dicemari dengan kuman tibi.

Ianya boleh disebarkan melalui titisan air di udara apabila mereka bercakap, batuk, bersin, ketawa, menyanyi atau menjerit.

Ianya sangat mudah dijangkiti.

Golongan yang berisiko tinggi adalah:
1. Bayi dan kanak kanak
2. Golongan tua atau warga emas
3. Pesakit penghidap penyakit yang mengurangkan daya ketahanan seperti HIV, kencing manis, kanser, buah pinggang yada yada yada.
4. Pesakit di bawah ubatan steroids seperti SLE, psoriasis, Crohn disease
5. Pesakit yang menjalami rawatan kimoterapi
6. Individu yang terapat atau serumah atau setempat kerja atau sekatil  dengan pesakit tibi.

Tanda tanda tibi :
1. Batuk yang berpanjangan
2. Batuk berdarah
3. Sakit dada semasa bernafas
4. Sukar bernafas
5. Demam berpanjangan
6. Kurang selera makan
7. Penurunan berat badan yang mendadak
8. Berpeluh pada waktu malam atau menggigil.

Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali mempunyai masalah seperti di atas, tolong dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera di klinik dan hospital berdekatan anda!

Jangan melengahkan masa rawatan kerana ianya boleh membawa maut jika lambat dirawat.

Ingat, mencegah lebih baik dari merawat.

Kasihanilah orang orang disekeliling anda. Kerana kedegilan anda, mereka yang mendapat binasa.

Dalam kes di atas, kesian bomoh dan pelanggan lain, tak pasal pasal dapat tibi jugak🤦‍♀️

Boleh nak dapatkan rawatan Islam,cuma eloklah ke hospital dahulu kerana ianya melibatkan kesihatan. Buat dua dua rawatan kan bagus?

Nasihat saya adalah berhati hati jika membawa bayi kecil atau kanak kanak ke tempat yang ramai orang, kerana kita taktahu apa yang orang lain bawa dalam badan mereka.

Bukanlah kata jangan bawa anak anda keluar berjalan tapi elakkan tempat yang berisiko tinggi.

Anak kita, nyawa kita ada adalah amanah Allah untuk kita.
Jaga sebaiknya, bukan digadaikan atas sifat selfish malas mendapatkan rawatan yang betul.

Nota kaki : Dapatkan rawatan yang betul, bukannya asyik salahkan jin semata mata✌️

Sayangilah nyawa anda dan yang tersayang😊

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...