PETUA HILANGKAN BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI
BATUK DAN SELESEMA PADA BAYI
Semua ibu bapa akan risau apabila bayi mereka dijangkiti batuk dan selesema. Bayi akan meragam dan menangis kerana mereka tidak dapat bernafas dengan baik. Sudah tentu tidur mereka juga akan terganggu. Ini akan memberi kesan kepada perkembangan dan tumbesaran mereka.
Kebiasaannya bayi yang berumur 6 bulan ke bawah, yang menghidap batuk dan selesema tidak akan diberikan sebarang ubat-ubatan oleh doktor. Ianya adalah normal selagi bayi masih aktif dan menyusu dengan baik.
Ini mungkin berlaku kerana terdapat lendiran yang tidak habis dikeluarkan semasa lahir. Lendir (kahak) ini akan keluar sendiri melalui muntah atau najis.
Pencegahan
Disebabkan bayi sangat mudah dijangkiti, ibu bapa perlu kurangkan membawa anak ke tempat-tempat yang ramai orang. Ingat formula ini: semakin ramai anak kita berjumpa orang, semakin tinggi risiko untuk anak kita dijangkiti.
awas! Sekiranya batuk dan selesema diikuti dengan demam, malah anak kelihatan lesu dan kurang menyusu, segeralah ke hospital untuk mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif.
Sangat penting untuk kita sentiasa memantau keadaan anak kita. Jika mereka dijangkiti, berikan susu badan dengan lebih kerap supaya mereka akan lebih mudah termuntah. Ini akan membantu kahak keluar secara semulajadi.
Petua semulajadi
Saya akan kongsikan beberapa petua yang sangat berguna untuk diaplikasikan kepada bayi anda. Ini adalah rawatan alternatif yang kita boleh lakukan di rumah.
Walaupun batuk dan selesema biasa berlaku dan ia akan membantu meningkatkan sistem imunisasi bayi, kita perlu risau dan mengambil langkah cepat supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Selain itu, jangan lupa berdoa supaya anak kita segera sembuh dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
1. TEPUK PERCUSSION
Tepuk bahagian belakang badan bayi dengan menggunakan tangan yang melengkung. Lakukan tepukan ini seperti kita mahu bayi sendawa selepas menyusu. Jangan menepuk pada tulang belakang bayi. Tulang belakang mereka masih belum kuat. Tepuk percussion ini bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak.
2. PEMAKANAN IBU
Untuk ibu yang menyusukan anaknya, diet harian ibu adalah sangat penting. Ibu perlu lebih selektif terutamanya dengan makanan manis yang akan merangsang pengumpulan mukus. Ambillah makanan yang berkhasiat terutamanya sayur-sayuran hijau.
3. MINYAK BAWANG PUTIH
Bakar satu labu bawang putih bersama kulitnya dan tambah minyak masak/ zaitun/ bayi. Lenyekkan bawang putih di dalam minyak tadi dan sapukan didada untuk legakan pernafasannya. Bawang putih memang sangat terkenal dengan sifatnya yang tinggi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
4. KUNYIT
Kunyit sememangnya terkenal dengan antibiotik semulajadi selain bawang putih. Tumbuk sedikit kunyit hidup, sapukan di dahi dan batang hidung anak. InsyaAllah selsemanya akan mengering.
5. MANDIAN LEMON
Letakkan hirisan lemon dalam air mandi bayi. Baunya dipercayai dapat membantu mengeringkan hingus bayi dan aromanya juga menenangkan.
6. GARLIC SOCKS
Bakar bawang putih, letakkan di dalam stokin anak (pastikan bawang putih yang telah dibakar tidak terkena direct dengan kulit tapak kaki anak)
7. HABBATUS SAUDA DAN MINYAK ZAITUN
Goreng biji habbatus sauda tanpa minyak, kemudian tambah minyak zaitun. sapukan ke dada anak. Bagus untuk batuk dan melancarkan sistem penafasan anak.
Di samping kita berikhtiar, jangan lupa untuk berdoa moga Allah beri kesembuhan buat si kecil kita. Jika mereka ceria, sihat dan gembira, itulah yang sangat membantu perkembangan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan