Sabtu, 14 Oktober 2017

Cara ke pulau Pangkor

JOM BERCUTI KE PULAU PANGKOR DI PERAK

Jika anda ingin bercuti ke Pangkor, terdapat dua pilihan lokasi jeti yang boleh anda naiki. Anda boleh memilih untuk menaiki feri dari jeti Lumut yang lebih jauh atau jeti Marina Islands yang lebih dekat jaraknya ke Pulau Pangkor. Tambang bagi feri adalah RM 16 untuk trip pergi dan balik. Perkhidmatan feri bermula seawal jam 6 pagi sehingga jam 11 malam. Bayaran untuk kemudahan tempat meletak kereta di sekitar jeti pula adalah sekitar RM 50 sehari bergantung kepada caj yang dikenakan oleh pihak pengusaha servis tersebut. 

Setibanya anda di Pangkor, pengangkutan awam adalah penggunaan van merah jambu. Kebiasaaanya jika anda telah menempah hotel atau resort terlebih dahulu, mereka akan menghantar van tersebut untuk terus menjemput anda ke lokasi penginapan. Anda juga boleh memilih untuk menyewa motorsikal sahaja jika bercadang bercuti ke sini secara solo atau berdua. Terdapat pelbagai aktiviti lasak seperti menunggang motor ATV, bermain banana boat ataupun memancing ikan di sekitar pulau atau menyewa boat ke Pulau Sembilan.

Antara lokasi yang menarik untuk anda kunjungi jika tiba di sini adalah mandi pantai di Teluk Nipah. Terdapat banyak kedai cenderamata dan pakaian di sekitar kawasan ini. Restoran makanan laut juga ada banyak di sini untuk memudahkan anda menikmati juadah. Terletak di sebelah pantai Teluk Nipah pula adalah Coral Bay. Pantai di sini adalah lebih cantik dan bersih serta kurang pengunjung. Dari sini juga anda juga boleh berjalan kaki ke pulau kecil Coral Islands yang menjadi lokasi popular untuk aktiviti snorkeling. Anda juga boleh menyewa jet ski atau berkayak di sini untuk  menguji kemahiran lasak anda.Anda juga boleh memilih untuk bermain buaian sambil menikmati sagu dengan air kelapa. Selain itu,  boleh juga memilih untuk mandi dan menginap di pelbagai resort dan chalet sekitar Teluk Dalam ataupun Pantai Pasir Bogak

Jika anda ingin membeli hasil laut di Pangkor, terdapat banyak kedai yang menjual sotong kering, ikan kering udang kering dan ikan masin. Hasil laut yang sinonim dengan Pangkor pula sudah tentulah ikan bilis mata biru yang berharga sedikit mahal daripada ikan bilis biasa. Anda juga boleh memilih untuk bersiar-siar di sekitar pulau ini sambil melihat lokasi bersejarah seperti Kota Belanda dan Batu Bersurat Belanda. Untuk makluman anda, Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak. Setelah diruntuhkan oleh penduduk tempatan yang menentang penjajahan Belanda, mereka telah membina semula kota tersebut dan dilindungi oleh 80 orang tenteranya. Setelah ditinggalkan oleh penjajah Belanda, Jabatan Muzium telah membina semula replika kota tersebut pada tahun 1973 untuk dimajukan sebagai monumen sejarah.

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...