Resepi Tom Yam Putih Ala Thai ❤️❤️
Bahan-bahan:
v 1/4 ekor ayam..(dipotong kecil)
v 3 ekor sotong..(dipotong bulat)
v 6 ekor udang besar...
v 3 batang serai..(dititik)
v 2 ulas bawang putih (ketuk)
v ½ bawang besar (potong)
v 6 helai daun limau purut...(dikoyakkan sedikit)
v 1cm lengkuas...(dihiris)
v 3 bawang kuning/ bawang kuning...(dibelah 4)
v 5 biji cili api..(dititik sedikit)
v 1 biji tomato (belah 4)
v Carrot sedikit
v Cendawan tiram sedikit
v Bunga kobis sedikit
v beberapa sudu perahan jus dari 4 biji limau nipis(mengikut selera masing2)
v Garam,gula,serbuk perasa.
Cara membuat:
v Masukkan air 8 cawan, ayam, bawang putih, bawang besar, bawang holland, serai, lengkuas dan cili api ke dalam periuk. - Rebus semuanya hingga mendidih.
v Setelah agak2 ayam masak..(lebih kurang 5-7minit)
v Masukkan sotong, udang dan daun limau purut...
v Selepas itu masukkan semua sayuran.
v Setelah mendidih...masukkan garam dan serbuk perasa...
v Tutup api & masukkan perahan limau...sedia dihidangkan...
Selamat mencuba
Tiada ulasan:
Catat Ulasan