KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
Kanser ini adalah pembunuh wanita nombor dua selepas kanser payudara.
Kanser ini boleh dicegah insha Allah jika cakna tentang kesihatan anda.
Perkataan kanser sebenarnya diambil dari bahasa Latin ‘ crab’ atau creeping ulcer atau bahasa Greek ‘ karkinos’. Ini adalah kerana sel sel darah di sekitar sel kanser mempunyai bentuk menyerupai seperti ketam.
Sehingga ke abad ke 17, sebelum ini cancer disebut sebagai canker.
1 billion sel kanser diperlukan untuk membentuk seketul atau selonggok tisu kanser bersaiz 1 diameter dengan berat 1gram.
Jadi, boleh bayangkan betapa gagahnya kanser jika sel tumor itu telah besar atau merebak ke organ badan lain.
Sebab itulah, kita perlu cakna dengan diri kita jika ada sesuatu yang pelik atau lain dari biasa.
Ok itu serba sedikit tentang kanser.
Apakah serviks?
Serviks adalah otot yang menghubungkan rahim dan faraj.
Apakah kanser serviks?
Adalah apabila sel sel abnormal atau sel kanser membesar tanpa boleh dikawal. Biasanya proses ini mengambil masa yang lama lebih kurang 10 tahun untuk berlaku.
Apakah faktor risikonya?
1. Wanita yang aktif seksual pada usia yang muda
2. Wanita yang selalu bertukar tukar pasangan
3. Wanita yang mengamalkan gaya hidup bebas
4. Wanita yang dijangkiti HPV ( human papilloma virus)
5. Wanita yang mengadakan seks dengan lelaki yang mempunyai masalah jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, chlamydia, ketuat dan penyakit HIV/AIDS.
6. Wanita yang merokok.
Ada dua jenis utama kanser pangkal rahim:
1. Squamous cell carcinoma
- kes yang paling kerap berlaku
- Bermula dari sel leper ( squamous cell) yang menutupi serviks
2. Adenocarcinoma
- jarang berlaku
- Bermula dari sel kelenjar ( glandular cell) di dalam salur serviks.
Biasanya kanser ini tidak menunjukkan apa apa tanda di awal proses. Hanya bila sudah ditahap 2 ke atas, simptom simptom akan mula dirasai oleh pesakit kanser pangkal rahim ini.
Apakah tanda tanda yang biasanya dirasa oleh pesakit?
1. Keluar lelehan abnormal atau pelik dari faraj
2. Rasa sakit sewaktu melakukan hubungan seksual
3. Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual
4. Berlaku pendarahan selepas sudah menopause
5. Berlaku pendarahan abnormal di antara waktu haid.
Jika ada tanda tanda seperti di atas, tolong dapatkan pemeriksaan dan rawatan SEGERA di klinik atau hospital berhampiran anda.
Jangan melengahkan masa dengan bertanya di media sosial dan mencuba petua petua mengarut.
Ingat, kanser ini mengambil masa bertahun untuk menunjukkan tanda tanda. Jika anda lambat mendapatkan rawatan, sel kanser akan merebak ke anggota lain dengan lajunya!
Kenapa saya kata ianya boleh dicegah?
Kerana kita disarankan untuk melakukan ujian Pap smear selepas beranak dan kita digalakkan untuk mengambil vaksin HPV.
Vaksin ini boleh mengurangkan 70% risiko mendapat kanser pangkal rahim.
Ianya sudah tidak berkesan jika wanita tersebut sudah dijangkiti HPV.
Vaksin HPV ini sesuai diambil oleh perempuan berusia seawal 13 tahun atau wanita yang masih dara.
Vaksin ini akan kurang berkesan jika diambil pada usia lebih dari 26 tahun.
Sedikit panduan mengenai Pap smear:
Bilakah waktu sesuai melakukan ujian pap smear?
Selepas beranak.
Ianya digalakkan untuk melakukan ujian ini setahun sekali jika keputusan sebelumnya adalah normal.
Pap smear seeloknya dilakukan sewaktu pertengahan haid atau selepas 10 hari kitaran haid.
Jangan melakukan hubungan seksual sebelum melakukan ujian.
Jangan menggunakan spermicide, vagina gel/krim/lubricant dalam masa 2 hari sebelum ujian.
Apakah kaedah diagnosis untuk mengesan kanser ini?
1. Pap smear
2. Colposcopy
3. Biopsy
4. Cystoscopy atau Proctosigmoidoscopy
5. Imaging : CT scan atau MRI
Rawatan yang diberikan bergantung kepada tahap kanser.
Jika masih di tahap awal, hanya dengan pembedahan sudah mencukupi insha Allah.
Tapi jika sudah tahap kedua ke atas, perlu menjalani kimoterapi atau radioterapi atau pembedahan atau biasanya semua sekali.
Beringatlah sebelum terlambat.
Cegahlah sebelum parah.
Hati hati kerana kanser pangkal rahim tidak mempunyai tanda tanda di awalnya✌️
Nota kaki : Ingat, sel kanser ini adalah seperti kuasa jahat yang sukar dikawal jika tidak dirawat dengan betul dan segera. Mencegah lebih baik dari merawat.
Elakkan mengundang jangkitan kuman ke dalam badan kita.
Dan ada sebab Allah mengharamkan zina😊
Ok jom g kursus balik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan