Selasa, 10 Oktober 2017

Kenapa doktor mengambil ujian darah

DRAKULA
( Post bulan 5 saya)

'Saya demam 4 hari lah doktor. Badan rasa sakit sakit, sakit kepala, meloya saja.'
( doktor : ok kita ambil darah)

' Saya ada bisui ka doktor kat bawah ketiak ni. Sakit sangatlah sebab terhempap je kan. Tengok ni merah menyala, saya rasa ada nanah tu doktor.'
( doktor : ok kita periksa darah)

' Kaki saya bengkak dan merah merah lah doktor. Sakit nyut nyut sampai ke pinggang. Rasa macam nak demam. Saya ada kencing manis juga ni doktor.'
( doktor : ok kita ambil darah)

' Saya pening kepala, sakit perut dengan meloya lah doktor. Jantung rasa dupdap dupdap. Period saya lama dah ni doktor, dah dua minggu pun tak kering kering lagi.'
( doktor : ok kita periksa darah)

Eh eh ehhh doktor ni drakula ka sikit sikit darah darah darah.

Habislah darah saya kalau asyik nak ambil darah je doktor oiiii.

Sakit tau tak ambil darah tu. Doktor tak pernah kena ambil darah memang la doktor taktahu.

Macam macam lah sumpah seranah dan mitos yang berleluasa.

Memanglah kena periksa darah wahai tuan tuan dan puan puan yang dikasihi. Kalau tak, macam mana nak tahu kalau ada jangkitan ke, darah kurang ke kan?

Doktor bukannnya bomoh boleh main bagi ubat sesuka hati je.

Demam sehari kalau suhu melangit pun kena periksa darah. Mana tau ada jangkitan bakteria ka virus ka. Lain lain tu ubat untuk setiap kuman.

Sama juga kalau ada bisul ke kaki bengkak ke, semua sebab nak tentukan ubat apa yang perlu dibagi. Bukan saja suka suki.

Kalau keluar darah berpanjangan pun kena periksa juga lagi lagi kalau ada simptom2 kurang darah macam jantung berdegup laju, sakit kepala, meloya, sakit perut, muntah, susah nafas, penat. Kalau darah kurang sangat, kena topup pula darah tu.

Darah tak akan habis pun kalau diambil setiap hari sebab kuantiti yang diambil sangatlah sedikit.

Cuba awak derma darah.
Lagi bergelen darah yang diambil.
Buat pula setiap tiga empat bulan sekali.
Elok sahaja kan penderma darah?

Dalam tubuh manusia ada 70ml/kg darah, lebih kurang 4.5-5.5 liter.

Sekali ambil darah cuma dalam 2-10 mililiter sahaja dan kalau kita menderma darah cuma 0.5liter darah sahaja yang diambil.

Darah merah dalam badan manusia memiliki usia dalam 120 hari dan akan sentiasa dihasilkan di tulang sumsum.

Sebab tu kalau sudah derma darah kena tunggu lebih kurang 3-4 bulan lagi untuk derma sekali lagi.

Jadi, jangan risau jika kena selalu ambil darah contohnya dalam kes demam denggi yang wajib diambil darah setiap hari untuk pemantauan.

Darah anda akan sentiasa dihasilkan semula melainkan jika anda ada masalah tulang sumsum yang akan merencat sedikit penghasilan darah dalam badan.

Darah manusia adalah kompleks. Terdapat beberapa komponen dalam sel darah kita iaitu :
1. Plasma
2. Sel darah merah
3. Sel darah putih
4. Platelets 

Setiap bacaan untuk setiap komponen darah adalah berbeza dan setiap satunya mempunyai fungsi yang berlainan.

Jika ada terdapat masalah samada kurang atau lebih untuk setiap komponen, maka perlu dibuat pemeriksaan lanjut.

Contoh:
1. Kurang darah merah kita panggil anemia
2. Terlebih darah merah kita panggil erythrocytosis
3. Terlebih darah putih kita panggil leukocytosis dan jika ada tanda tanda jangkitan, biasanya perlu mulakan antibiotik.
4. Jika darah putih kurang kita panggil leukopenia dan jika ada tanda tanda jangkita, biasanya disebabkan oleh virus seperti denggi.

Sebab itu pentingnya pengambilan darah.

Doktor tak minum atau jual pun darah anda.
Cuma perlu untuk tahu apa diagnosis dan apa rawatan yang sesuai sahaja.

Mitos tentang ada diet spesifik untuk setiap jenis darah juga adalah salah.

Peliknya orang kita, kalau doktor nak cucuk untuk ambil darah, takut sungguh mereka.

Tapi kalau dia pergi cucuk vitamin c, cucuk botox, ozon terapi ( eh dah diharamkan kan yayaiy), tak pulak depa takut. Siap boleh buat berkali kali. Sebab? Bayar banyakkah?🤔

Percayalah.
Setiap sesuatu pasti ada sebab musababnya.
Bertanyalah pada doktor atau anggota kesihatan yang merawat anda, insha allah akan diberikan penerangan.

Kalau depa tak bagitau jugak, mak depa hijau😜

Dan tolonglah jangan takut pergi klinik atau hospital hanya sebab takut kena cucuk. Kalau anda berikan kerjasama, sekali cucuk ( tak sampai 10 saat) dah siap.

Doktor bukan drakula ok.
Gigi semua pun kontot kontot aje✌🏻

Dari makan darah, baiklah makan nasik kandaq ka sushi ka pretzel ka makaroni ka yongtaufu ka megi goreng ka. Kenyang pun kenyang, sodap pun sodap.

Nota kaki : lebih baik menderma darah dari mencekik darah😜

Tiada ulasan:

Featured post

tips bayi: mandi lemon bagi mengurangkan bayi yang selsema batuk dan deman

assalamualaikum semua sape pernah ada anak2 pernah kene demam selsema ? alhamdulillah dari zayyan lahir hingga sekarang xpernah lagi dis...